Tuesday 30 December 2008

One good deed deserves another(?)

Siang yang asalnya bersinar cerah kian malap. Belum pun lagi jam lima petang, matahari sudah pun mengundur diri. Cuaca yang sejuk-sejuk suam makin sejuk. Berapa lama saja aku melihat sinar mentari dalam beberapa hari cutiku ini. Jagaku yang selalunya hampir tengah hari kala langit mendung. Pejam celik sedar-sedar sudahpun maghrib kemudiannya.

Aku sudah mahu menulis tentang hal ini suatu masa lalu. Tapi masih kabur-kabur isinya sebelum ini. Masih kabur-kabur juga isinya kini. Sekadar rangkai-rangkai frasa yang bermain di fikiran saja mampu aku kumpulkan di sini. Hal yang hak dan baik.

You will find pleasure in doing good deeds.

Buatlah baik kepada orang, walaupun tak ada orang berbaik kepada kita.

Buat baik berpada-pada...

"Tak mahu terlampau baik lagi."

Please be nice. Hopefully I'll be nice, too.

Don't misinterpret the good intentions. I just wanna be good. Period.

Aku tak mahu banyak onar, tak mahu jahat. Kalau boleh, mahu hentikan terus. Tapi nyata benar, “Forbidden things have a secret charm.”

Jangan asyik salahkan ibu mengandung. Jangan lupa si anak juga kalau asyik terkurang ajar.

Satu persatu aku senaraikan dalam ayat-ayat itu. Mungkin waktu itu aku bengang. Mungkin waktu itu aku tertekan. Mungkin waktu itu aku sekadar making a point. Lebih untuk diri sendiri. Peringatan.

Baikkah aku? Jahatkah aku? Tahun baru menjelang - perubahan apa untuk aku?

Monday 29 December 2008

Things happen for a reason... or do they?

"History is fables agreed upon." - Voltaire

Sengal. Lenguh. Badanku. Demam kembali menjengukku yang sendirian di rumah kala hujung minggu ini. Sengal dan lenguh berkunjung sesudah aku teral diri mencuba NIKE Total90 Shoot II FG baruku. Mungkin kasut baru beri kelebihan. Mungkin aku dah makin bagus. Mungkin good day aku semata.

Terpaksa beradu awal semalam. Terlena awal pun sebenarnya. Demam mamah tenaga. Bersukan turut mamah tenaga. Makan malam tetap berselera, lalu bawa kantukku lekas di lounge-cum-ex-bedroom. Jagaku awal pagi ini. Enak menjamah sarapan sambil menonton wayang di skrin laptop sendiri.

Aku tiada idea untuk hari ini. Sekadar teringatkan minit-minit dan hari-hari yang telah berlalu selama disappearance aku dari teratak mayaku ini. Jadi, biarkan aku senaraikan segala peristiwa yang telah berlaku selama itu. Mungkin akan aku huraikan dalam pengisian berasingan kelak.
  • Bermula aku menyepi kerana aku sakit teruk. Sakit teruk yang mulanya dengan sakit mengada-ngada tika musim kian sejuk. D&V. Cukup takat itu. Tak mahu ada yang loya. Cukup sekadar tahu aku tak mampu bangun dari perbaringan dan tanpa makan seharian.
  • Paediatrics and Psychiatry rotations. Dua-dua yang tanpa aku sangka agak menarik. Don't like sick kids, not really confortable with psych patients. Tapi mampu pula aku layan mereka dengan senyuman kali ini.
  • Sambutan Aidil Adha di rumah. First own open house! Jayanya dengan sendiri. Tapi tak dilupa yang datang membantu juga.
  • Jejak umur 26 tahun Hijriah. Tapi aku masih terfikir, any change? For better or worse? Entah.
  • Kebakaran! Duvet aku kini dah ada cop sendiri. Two duvets, to be exact. Perlu shopping lagi nanti.
  • Kerja gila - spontaneous act of buying a return bus ticket to London. Walau begitupun, masih tetap berbaloi. Setiap saatnya...
Lapar. Sejuk. Perlu makan. Undur diri dahulu...

Saturday 27 December 2008

I got mugged.

Baru pulang. Hampir seharian di luar. Pulang sebentar hanya untuk makan dan tinggal barang di rumah. Dan keluar lagi. Itu pun beli juga pakora ayam untuk bawa pulang kemudiannya. Kini, di hadapan monitor komputer ribaku untuk menaip. Bernukilan kembali. Akhirnya dimulakan kembali. Gembira aku. Kalian pula?

Boxing Day.

Hari untuk ramai manusia membeli-belah sambil berjimat. Kadang-kadang cukup banyak. Juga hari untuk ramai manusia berboros. Juga kadang-kadang cukup banyak.

Aku? A bit of both. Ada yang perlu. Ada yang semata-mata mahu. Ada yang sekadar keperluan am. Ada yang semacam perlu tapi tak semestinya begitu perlu juga.


Barangan keperluan am
Bateri 9V nak diganti dari CO alarm dalam rumah yang dah banyak kali menjerit minta ditukar baru. Kalendar 2009 Manchester United F.C. untuk mulakan tahun baru tak lama lagi.

Barangan yang perlu
Sarung duvet yang perlu diganti selepas kejadian duvet berlubang (butiran lanjut dalam entri berikutnya). Juga kemeja baru. Wardrobe kerjaku dah terlampau pudar. Mahu variasikan sedikit warna pakaianku. Yes Yuna, my favourite colour is blue. Lalu, aku memilih warna pink(?). Mahu juga cari seluar, but that would be almost impossible on Boxing Day for me. Perlu diacu-pakai. Potongan badan aku sedikit beda berbanding populasi umum lelaki.

Barangan yang mahu
Three NIKE apparels. Kesemuanya on sale, jadi bedal ajalah! Jika waktu di kolej dahulu, satu kasut baru untuk setiap semester. Empat semester aku di sana. Some guys do like shoes too. Lagipun dah lama benar aku tak membeli kasut yang non-sport-related.

Barangan perlu tapi tak begitu perlu (atau perlukah?)
Kipas. Di Granite City? In winter? £4. Beli dulu. Musim panas di sini agak panas juga. Kalau tidak, bawa pulang ke tanahair bagus juga.

Seronok aku berjaya kembali ke sini. I'm definitely a terrible procrastinator. Nak mula saat aku cecah 26 tahun Hijriah umur, ditangguh. Mahu mula awal bulan lalu, kembali ditangguh lagi. Seksa, seksa... Banyak benar yang dah berlaku sepanjang aku menghilang. Akan aku senaraikan sebelum Tahun Baru. 100 entries by then, perhaps? Cabaran untuk diri aku sendiri.

Dah kenyang. Mengantuk pula. Tapi perlu simpan dulu barang-barang yang dah dibeli tadi. Dapur pun masih belum berkemas selepas masak.
My wallet is now thin.
As thin as my debit card.
You have mugged me dry, Boxing Day...

Tuesday 2 December 2008

It has been a while...

Ke hadapan kalian,
Telah lama aku menghilang. Telah banyak yang berlaku. Sakit. Malas. Seksa. Gembira juga ada. Hampir hilang sense of time.

Aku kini kembali. I will catch up with what you have all missed.
See you in a bit.

Saturday 8 November 2008

"Toink!" v2.0

Langit suram. Musim sejuk kian lama kian merangkak dekat. Mentari kian lama kian segan untuk muncul lama. Kelam malam pula meregang panjang.

Tapi di sini benarnya semua sama aja.
Musim luruh, basah hujan.
Musim sejuk, basah hujan.
Musim bunga, basah hujan.
Musim panas? Pun basah hujan.
Begitu juga hari ini.

Aku? Masih dalam mood "Canda. Intimacy. Nostalgia. Touch. Asmara." yang membuai aku. Limited period yang agak berlarutan pula. A good thing. Basah hujan tak mengganggu emosi. Suram langit tak mengganggu emosi. Bangunan kelabu yang megah berdiri di sekelilingku tak mengganggu emosi. Tak seperti saat musim sejuk pertamaku. Depressing and depressed.

Aku perasan aku mudah sakit kebelakangan ini. Genuinely ill, atau sekadar cari alasan? Mudah sakit, dan selalu benar letih kala istirehat. Dah mula sediakan bekalan vitamin C di rumah. Aku selalu aja membeli sayuran, tapi jarang benar buah-buahan. Perlu mula makan limau (walau hakikatnya merengsa perut ini. Kasihan Teacher WardenGotMyLoveNote yang hadiahkan limau sebakul untuk aku, hanya untuk diberikan orang lain)! Itu untuk kesihatan. Apa pula untuk tenaga? Ideas, anyone?

"Toink!"
Bukan yang menyakitkan hati.

"Toink!"
Music to my ears.

"Smash!"
Game over. You lost. I won.

My best performance rackets (raket putih dah berganti tali)

Newest family member, just arrived from Malaysia

Kau memang buat aku melompat.
Biarkan sajalah bulu tangkis itu aku hentamkan ke gelanggangmu.

"Toink!"

Wednesday 5 November 2008

Canda. Intimacy. Nostalgia. Touch. Asmara.


Mentari entah di mana. Cemburu gemawan kepadaku agaknya, sembunyi suria di baliknya. Aku cuma senyum. Riang. Aku tahu kalian mahu bersama.

Aku juga mahu bersama. Kembang hati. Kuntum senyum.
Sempurna.
Deeper Conversation.
Tercipta Untukku.
I'm Yours.
Belaian Jiwa.
...and the tunes kept on shining my day.

Aku.
Ceria.
Gembira.
Riang.

Mahu kongsi bersama?
Ayuh.

p.s. This is for a limited period only.

Monday 3 November 2008

Who am I?

“Words, like nature, half reveal and half conceal the soul within.” - Lord Alfred Tennyson

Hari ini aku menjengah teratak usang mayaku. I have reached my second milestone - now over 1,000 visitors.

Terima kasih bagi yang sudi.
Terima kasih bagi yang sabar.
Terima kasih bagi yang memuji.
Terima kasih bagi yang tersenyum lebar.

Aku harapkan hati ini tetap teguh di sini. Ceria menghibur, lara berduka. Telus jiwa untuk terus berarak dek bayu hidupku. Merentasi situ, sana, sini. Terus mencari...

Siapa aku?
Antara persoalan dalam pencarianku.

Doc-to-be.
Zuriat sulung Mak dan Ayah.
Abang.
Kawan.
Life, love and relationship counsellor.

Aku perlu usaha. Azam mahu jadi insan yang bisa bantu yang lemah, rawat yang sakit.
Aku mahu mereka bangga. Mahu jadi anak soleh buat mereka.
Aku ingin jadi contoh terbaik adik-adikku.
Aku sedia jadi 'all ears' atau 'shoulder to cry on' atau sekadar teman senda gurau.
Aku gembira membantu mereka untuk gembira, walaupun hidup sendiri jarang terurus.

Siapa aku?

Penulis setia luahan diri di blog serba ringkas dan sederhana ini. Yang sentiasa persembahkan diri dengan baris-baris kata semata. Sekadar bermadah untuk mereka kenali. Tanpa suara, tanpa rupa.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Who am I?


I am him, who is just another ordinary guy with an ordinary life.
..
Nice to meet you all.

Saturday 1 November 2008

Why tease me when it's easier to please me?

A tribute to Mademoiselle DownUnder

Teaser.

Pleaser.

Tease me, please.

I'm a teaser, not a pleaser.
Or a pleaser, never a teaser?

Please, no teasing.
But I can tease to please.

How about pleasing a teaser?
Or teasing a pleaser?

Then...
Why tease me when it's easier to please me?

Art or Crime?

Terasa sunyi hari ini.
Terasa mahu menyusuri Memory Lane lagi.

Tak kembara jauh. Menatap monitor laptop Twinhead putihku. Melihat foto-foto keluarga dalam simpanan. Tiba-tiba teringat akan gambar-gambar yang aku ambil sewaktu makan angin bersama Mak dan Nenek waktu musim panas lalu.

Something I admire when it is done right. But it is right? Lots of bad things don't make it right, right?

So, is it art or is itcrime?









Wednesday 29 October 2008

"Toink!"

Alam dah mula tunjuk belang. Mula asah taring. Aku yang asalnya dahpun berkeredong tebal, top-to-toe terjaga dalam gigil. Mungkinkah? Oui. Winter arrives early this year. Salji turun membasahi bumi Granite City. Tak cukup lebat untuk memutihkan atap teratak usangku ini, namun maklum sajalah ini sekadar mukaddimah buat semua.

Semalam dihalau pulang kerana sakit perut. Tanda simpati doktor, atau jaga-jaga demi kepentingan para pesakit? Atau mereka fikir aku temberang? Aduhai, makin senak perut aku...

Aku dah kembali ceria, kembali gembira. Senyuman buat mereka yang risaukan aku hilang, yang risaukan aku bernegatif semata, yang menasihati aku usah bimbang, yang mahukan aku tersenyum. Positivity to shine today. Rumah yang berjaya diurus bagai rumah kembali. Bukan reban ayam, bukan kandang kambing, bukan sarang tikus. Teratak. Rumah. Shelter. Home. I'm back!

*menggigil*

Aku sejuk. Angin kuat di luar, terasa sampai ke dalam. Aku perlu selubung.

*geram!*

Warming-up yang tak warm. Keras. Sekeras-kerasnya. Sejuk memang mengeraskan (bagi segala makna, aspek dan konsep yang difahami dan diketahui).

"Toink!" Damn, no!

Malam ini bukan malam aku. Tersenyum, aku masih. Cuma malam ini bukan malam aku. Tolong, aku perlu ganti tali raket baru!

"Toink!"

Memang mahu buat aku melompat!

Monday 27 October 2008

Night turns dark, but it is still lovely...

“One might well say that mankind is divisible into two great classes: hosts and guests.” - Max Beerbohm

Aku pulang. Sinar itu cuma sementara.

Gusar hati. Mahu sendirian di kamarku.

Terasa kehilangan.

What a lovely day! But now, what a waste...

***** *** ***** *** ***** *** *****

Sendirian yang diabaikan insan.

Dijadikan hos. Kemudian dijemput hos.

Kerisauan yang kian pudar. Lintasan senyuman.

Riuh sembang, tawa, dendang.

Walaupun masih terasa kehilangan. Masih perlu dicari.

Regards. Terima kasih.

The night turns dark but indeed, it is still very lovely...

Sunday 26 October 2008

What a lovely day! What a waste...

“To be unhappy is only half the misfortune, to be pitied is misery complete.” - Arthur Schnitzler

Pagi indah dan ceria.

Mahu bergembira. Lupakan hipokrasi dan paranoia untuk hari ini.

Bersuci dan menyegarkan diri.

Langkah kaki menikmati sinar mentari dalam dingin bayu.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Aku pulang. Sinar itu cuma sementara.

Gusar hati. Mahu sendirian di kamarku.

Terasa kehilangan.

What a lovely day! But now, what a waste...

Saturday 25 October 2008

You make me sick!

Kenyang benar. Baru pulang dari makan lewat malam di bandar. Sendirian. Kebiasaan. Sekurang-kurangnya tak kacau waktu orang lain. Aku flexible. Kalau ada lain yang flexible,lemme know and join me.

Hanya ditemani Mr Bangla-Loves-Malaysians yang dah 14 tahun menyuap mulut dan mengenyangkan perut-perut manusia di Granite City ini. Dia gembira hidup begitu. Memang lagak yang mampu buat dia menang pilihan raya kalau bertanding. He knows his customers by name. Everyone is his friends and everyone loves him. Sekarang dia mahu aku carikan gadis Melayu untuk jadi penambat hatinya. Aku? Dia gembira hidup begitu, aku gembira untuknya.

Malam minggu. Riuh dengan tawa riang dan/atau jerit hura-hara kemabukan itu lumrah. Lali aku separuh dekad di sini (p.s. - Ya, Anonymous. Aku dah ke overseas, dan masih di sini, dan sudah separuh dekad pun! Mata ini dah lihat pelbagai). Keriangan itu mengakhiri malam dengan hancing basah dan busuk muntah. Empty cans included. You are all sick, now you make me sick.

Teringat saat aku sakit. Lantas gampil jemari aku mencari data kesihatanku dalam sistem di hospital. Dua tahun lalu, aku sakit teruk. Tak tahan, lalu perlu ke A&E Department di tengah malas sejuk.

Mahu teka apa uzurku? Sedikit kisah: Lima hari demam panas. Lemah dan letih. Sakit perut. Juga sakit tekak. Akhirnya ke hospital setelah dua kali muntah hijau (literally). Aku mencari test results untuk sampel darah yang mereka ambil malam itu. Mungkin ada yang mahu mengintepretasikan? Just click on them if you think they're too small for your eyes.

Venous blood sample: Haematological result

Venous blood sample: Biochemistry result

Jangan risau, aku kini sihat. Tapi sudah kenyang. Katil ini sudah cukup suam untuk tubuh aku berbaring dan berlabuh pergi. Tamat lapan minggu di Stroke Unit, learned a lot, sekarang aku penat...

Friday 24 October 2008

F. R. I. E. N. D. - Whatever that means...

Loner.
Loser.
You choose.

Kalau nak dikirakan, hampir setahun aku menyendiri. Berpindah-randah tanpa alamat tetap. Living from a suitcase. Minding my own business.

Kini kembali aku dalam hidup komuniti. Mungkin paranoia buat aku rasa, "You're not really welcomed here." Mungkin. Mungkin.

Mak sendiri terkejut. Tak disangka hidup aku begitu loner a.k.a. loser.

Mungkin virtual life lebih selesa untuk aku. Openness. Minding my own business. Juga bagi mereka yang belum benar-benar kenal aku pun, masih dikira "kawan" tanpa perlu sebarang tanggungjawab. Everyone still minds their own business.

Bagi mereka yang terasa mungkin perlu ada tanggungjawab sosial terhadapku, aku lepaskan kamu dari belenggu sengsara itu. You don't need to if you don't want to. Just let me know. Lagi benci aku dengan talam dua muka, walau semulia mana jiwa kalian itu.

No wonder aku kini lebih senang menyendiri. Bersosial jadi suatu yang asing bagi aku. Membebaskan manusia dari tanggungjawab sosial mereka, dan untuk aku hidup tanpa beban dan membebankan.

Mungkin paranoia. Mungkin. Mungkin.

Aku baru terima cermin. Cermin diri. Baru disedarkan aku tak punya itu selama ini. Baru terlihat bayangan sebenarku. Kata aku berteman bagai monyet, melompat dari dahan ke dahan. Bermusim, dari pohon ke pohon. Seasonal. Dari satu kelompok ke satu kelompok.

Maka mungkin aku di sini untuk semusim cuma. Semangat hangat-hangat tahi ayam yang bakal luput dan pudar, lantas aku lupakan alam ini untuk mencari yang lain. Jika benar, maka akan berlaku. Seawal-awal ini aku susun jemari keampunan sebelum aku begini. Mungkin. Mungkin.

Friendship lasts forever. At least, that is what I thought.

Siapa kenal aku? Aku mahu jadi The Friendship Devil, boleh?

***** *** ***** *** ***** *** *****

Kata Mak, kalau dilaporkan catatan-catatanku ini di Hospital Bahagia, sudah pasti aku 'sangkut'. Again - Mungkin,mungkin...

Sunday 19 October 2008

"Jigsaw", Britney Spears, Vincent van Gogh, Isabelle Caro - What do they have in common?

Malam ini aku kesejukan. Perlu kelubung top-to-toe.

Minggu ini dah 2 hari aku binge-eating. Comfort-eating. Aku memang jenis yang makan banyak, tapi hanya bilamana ada majlis-majlis. Sejak Ramadhan, aku kurangkan.

"Mahu kurus," ujar diriku.
"Nak sihat," bisik hatiku.

Kala malam selepas kembara Memory Lane, benakku seakan jammed. Blur and blank. Tak senang duduk dibuatnya. Kemudian berdiri. Jakun pula jadinya - di tengah-tengah lounge-cum-ex-bedroom tanpa apa tujuan. Lalu terusku ke dapur mencari sesuap nasi (yang sesudahnya habis 3 pinggan nasi goreng campur!) kemudian melayan TV mengalih perhatian jiwa kosong. Jiwa kosong ironinya penuh pelbagai entah apa di benak.

Namun jiwa kosong kejam terhadapku. Dikosongkan kembali gastric cavity lantas minta diisi. Bergegas ke pasaraya seberang jalan mencari makanan rapu untuk dikunyah. Wah, pek besar bersama dips cuma £2! Aku tahu, kalau di sana mahu aja difikirkan empat puluh dua ratus sembilan kali untuk makanan rapu semahal RM12.21 (tukaran matawang asing terkini £1 = RM6.10532) semata-mata melayan nafsu dan perasaan. Sesi comfort-cum-binge-eating tiga jam non-stop diakhiri dengan beberapa gelas besar liquid (konon bantu aku hadam).

Gila. Kau gila. Kau itu jiwaku? Jadi... Aku juga yang gila?

Hari ini pula, jiwa kosong tanpa teman paksa aku keluar. Menikmati sinar suria yang jarang-jarang benar cerah untuk kami di sini.

Malas asalnya.
Malas bersendirian di luar.
Malas keseorangan di legar khalayak.
Malas merasa diri seorang loner a.k.a. loser.

Melangkah juga aku pergi. Mencari entah apa. Dalam kehidupan biasa yang digambarkan extreme penuh gusar, suram dan muram. Namun di penghujung harinya tangan-tangan berat bersarung wrist weights tambah berat dengan barang-barang keperluan yang tak berapa perlu.

Pinta hati mahu pulang menjamah salad untuk makan malam. Jerit nafsu, "Jom kita makan luar!" Melantak sendirian di restoran ala-KFC. Botol sos cili Maggi aku bawa sendiri. "Nampak sangat dari Malaysia," tegur Para Abang Kurang Muda Tiga Sekawan. Bersembang panjang dengan warga baru Granite City. Benar-benar lepaskan kekosongan dan kesunyian dengan sembang repek kosong aku. Pulang hanya untuk menyambung santap dengan coklat dan kerepek rapu. Lagi dan lagi. Diakhiri dengan beberapa gelas besar liquid (konon bantu aku hadam).

Bilik aku selerak lagi. Aduhai... Aku sedar perasaan aku saat ini. Memandang bilik kerana kecamuk aku, aku makin kecamuk. Makin serabut. Makin selerak.

Mahu ringankan beban di kepala.
Perlu ringankan beban di kepala.
Mesti ringankan beban di kepala!

MedicInfo - Some symptoms of mania:
Rapid speech, racing thoughts, irritability,
talkativeness, excessive/wasteful spending, hypersexuality, impulsiveness, euphoria, grandiose of ideas

Mania. Gila. Aku gila? Tak mungkin... In denial?

Victim of sudden-onset split personality disorder

Malam ini aku kesejukan. Perlu kelubung top-to-toe.

Thursday 16 October 2008

I hurt myself walking down Memory Lane...

“Many complain of their memory, few of their judgement.” - Benjamin Franklin

Feeling a bit ill.
Dari semalam lagi tiba-tiba aja bersin. Bersahutan di Stroke Unit. Students, doctors, nurses and patients alike. Cuaca Granite City yang tak pernah menentu. Setepat pepatah, "Sangkanya panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari" cuma tanpa membawa maksud itu. Terbungkam aku dalam kelubung duvet. Mahu putus nafas aku bersin berturutan. Angin dari North Sea mencuba-cuba dari sepoi mahu jadi badai. Musim sejuk mungkin datang awal tahun ini. Early and bad.

What now?

Aku lebih rela kemalasan tapi berada di hospital daripada uzur di rumah tanpa ada apa-apa untuk dilakukan. Kalau ada pun, terasa uzur benar mahu diuruskan. Pinggan mangkuk dalam sinki masih lagi menanti minta dibasuh. Lesu mahu ke dapur yang jarang benar berasap. Air paip pula tak pernahnya panas. Menjadi-jadi malasnya. Anyone wanna be my housemaid?

Tiba-tiba tangan aku gampil mahu mengimbau masa lampau. Kotak Ted Baker kebalu aku keluarkan dari wardrobe aku. Gambar-gambar lama dari zaman kolejku. Terasa muda dan terlampau innocent (kata penyedap hati). Zaman yang sangat riang. Second most exciting after my primary school experiences. Melayan sendiri memori-memori, then digitalised them into my Twinhead's laptop hard drive. Kemudian teringin pula membuka satu kotak lagi - kotak kasut hitam Topman yang aku punyai sejak Tahun Dua. Berat benar kenangan-kenangan yang menerjah keluar dari situ!

Membawa aku jauh kembali. Waktu aku sayang menyayangi tapi berakhir kecewa. Saat indah yang aku hampakan sendiri. Atas dasar apa? Kecil hati aku? Seksa hati kerinduannya? Salah faham kecil yang lama peramnya, jadi amarah besar. Luluh benar hati aku saat terjahan memori -memori itu menghentakku. Kecewa? Mengecewakan? Dikecewa? Masih tak pasti. Till now.

*argh!*

Tiba-tiba aku rasa gagal. Sangat-sangat gagal. It was indeed an awkward moment.

Dalam perhitungan usia yang makin lanjut, aku kini serik. Sangat-sangat serik. Aku lebih rela dikecewa dari bila-bila lagi mengecewakan hati-hati kecil dan fragile lain. Jangan pernah biarkan aku melalui denai waktu-waktu begitu lagi. Terasa begitu sampah. Yang itu, juga beberapa yang terakhir seumpamanya. How could I have been that pathetic?!

Duduk di birai katil. Termenung melihat bungkusan itu. Disusun kembali kemas ke dalam kotak. Ditutup kembali ruang memori itu. Disimpan kembali di dalam sudut wardrobe.

*mengeluh*

*lega*

Kemudian, wajah ini kembali tersenyum. Untuk setiap kenangan yang perit itu, sentiasa terhias sebelumnya memori-memori yang menyerikan. Aku masih punya guilt, cuma pasti aku harapkan gembira buat kemudian waktunya...

The paradoxical paradigm of life...

“Life is a paradox, you're damned if you do and damned if you don't.” - Nancy Cartwright

Maka berakhir sudah malamku hari ini. Penat dan lenguh yang aku rasa memuaskan. Kini tiba masa aku melabuh diri di tilam empuk. Mahu ku tutup mata, mahu ku pergi jauh seketika... Motivasi, di mana kau?

Jarang benar aku mandi sesudah bersukan di kala malam. Kering peluh di tubuh dan di baju sahaja. Pelik bagaimana aku mampu lena selesa begitu. Mungkin kelesuan melebihi segala-galanya, lantas katil itulah option terbaik. Juga aku rasakan, mandi menyegarkan. Susah pula untuk aku nyenyak setelah segar dari bersiram.

First win in a proper singles game. Seakan semarak membara dalam diri. Malam sukan yang begitu berjaya untuk aku. Motivasi mahu kurus, motivasi mahu aktif. Gila! Dari mana datang, aku tak tahu. Motif? Spesifiknya aku tak pernah pasti. To impress? Self-satisfaction? Maybe a bit of both. Whatever it is, aku bagai terlampau taksub buat masa ini. Motivasi begini yang aku mahu dalam hidup, tapi bukan hanya untuk satu aspek. Determination itu suatu yang aku mampu, jelas dari penghidupan diriku sepanjang Ramadhan. Aku mampu. Pelik mengapa berbeza benar tenagaku untuk perkara-perkara berbeza. Ya, motivasi.

Tengah hari selepas tutorial ringkas, aku dah tak larat. Felt drained. So knackered. Pagi yang aku sangkakan mula dengan semangat itu putus dan pupus. Susah betul begini. Mana pergi lelaki tangkas semalam? Mana kau pergi? Kenapa menghilang? Seksa aku hidup ups and downs begini...

Badan masih lenguh dari bersukan. Jagaku sedikit lewat, tapi masih dengan jiwa luhur dan murni! Luhur? Murni? For real? Aku begitu ghairah mahu jadi bagus (bukan tunjuk bagus). I can change, I know I can if I really want to.

Tarikh: Hari ini.

*** ***** *** ***** ***

Tarikh: Semalam.

Sedikit awal. Sedikit longlai. Sedikit sejuk. Sedikit malas. Sedikit perlahan. Sedikit lupa. Pagi yang serba sedikit. Just wanna get the day's jobs done and over with. Jagaku. Badanku. Cuaca. Mood. Perjalanan. Mindaku. Mahu terus mula dan tamat.

Hampir mengalah tiba di pertengahan hari. Menyuap kepingan separa rangup cheese-and-onion crisps ke mulut, menghirup jus epal yang terasa bagai lumpur (? expiry date). Drug lunch yang serba ringkas, menu hidangan tak banyak. Tapi cukup. Entah apa berlaku sepanjang sejam lebih itu. Yang sedikit mula pudar...

Semuanya jadi pantas. Semuanya jadi exciting. Semuanya bersemangat. Untuk aku.

*enthusiastic mode*

Seronok benar aku. "You work like a junior doctor today," ditegur Staff Grade. A compliment. An accomplishment. Makin galak aku. Bukan menggatal. Bekerja. Semua nak aku uruskan, semua mahu aku tolong. Pulang lewat dengan kepuasan. Terlekat ukir senyum sendiri.

A spoilt night, unfortunately. Apa jadi, aku pun tak tahu. As much as "It is only a game," bak kata Billy, aku terasa cincai. Terasa merosakkan mood orang lain sekali. Bersukan cuma lebih bagus dikit aja dari disaster night of badminton bersama mereka di Dewan Sivik sana dulu.

Pulang untuk terus menghempas diri ke katil empuk tapi sejuk itu. Tanggalkan saja yang mana sempat. Lalu lelap dalam gelap. Sudah. Esok masih ada. I hope.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Things in life just change in a glimpse. Sedetik itu cukup untuk bezakan semua, apatah lagi beza satu malam. How else would I have changed? Aku masih-masih fikir. Masih-masih renung kembali. Untuk semua ini - beda fizikal, psikologi, persekitaran atau hormonal? Kehidupan itu terbentang sepanjang dan selama mana masa itu wujud. Paradigma atau continuum? Bagaimana? Bagaimana... Perlu aku tetap begini? Perlu aku adapt and/or adaptive?

Help. Please?

Tuesday 14 October 2008

"Biarlah Rahsia"... NOT!

"Forbidden things have a secret charm." - Publius Cornelius Tacitus

Blog ini aku buka seawal pagi aku bangun, walaupun tidaklah awal aku bangun dan lewat pula aku untuk ke hospital. Keperluan untuk membaca isian sendiri dan komen-komen yang ada. Terima kasih. Dalam keserabutan, lenguh badan dan kegesaan aku melangkah deras. Mentari cerah dalam sepoi angin sejuk. Still colder weather to come.

Blog aku ini mencatat semangat ceria aku pagi ini yang disedari para pesakit yang dah lama menghuni wad. Aku sendiri pelik. As if I wasn't myself. Odd. Tiada simptom-simptom "Monday Blues". Langsung. Buat aku rasa riang dan rajin hari ini.

*bersemangat!*

Blog ini untuk aku luahkan perasaan ataupun buah fikiran. Maka aku luahkan perasaanku di sini. Betapa pagi ini menyemarakkan sanubari aku. Dengan ceria aku uruskan ward work yang ada. Even those impossible-to-Venflon veins didn't stand a chance - prestasi canulation terbaik aku. However, later it went downhill from there. Melepasi waktu tengah hari, badan aku mula kelesuan. Tiga jam di football pitch dengan darah-darah muda baru turun padang semalamnya. Kemudiannya simple canulations yang tak lepas. TIGA kali! Bloods procedures apatah lagi, EMPAT kali gagal! Kasihan pula aku dengan dua pesakit terakhirku. Maaf. Aku sendiri tak tahu apa berlaku. Sedangkan junior medical student yang aku ajar awalnya pun sukses.

*hampeh!*

Blog aku yang dah hampir usia setengah tahun. An early achievement for me staying strong so far, for now. Just of whatever, wherever or whenever. Aku suka, aku gembira. Aku sedih, aku duka. Ada saja, ada belaka.

Blog ini sudah tak mahu lagi aku 'sembunyikan'. Tiada yang sulit, tiada yang rumit, tiada yang rahsia pun. Siapa masih belum kenal aku? Tanyakan saja. Yang sudah kenal? Do keep in touch. Selama ini pun bagaikan ada thrill. Entah apa aja. The sweetness of the forbidden fruit. The excitement of a sin...

***** *** ***** *** ***** *** *****

Maka, aku ucapkan...
Selamat Datang Semua!

Sunday 12 October 2008

Distressed, on a miserably disastrous day!

Kelesuan sepanjang malam. Tidur mati sampai ke pagi. Subuh pun entah ke mana. Semacam kepenatannya. Bangun dalam kemamaian. Dah hampir tengah hari. Tapi cuaca semacam mendung dan kesejukan. Malas benar mahu keluar dari kelubung duvet.

Hari ini seolah-olah hari malang - everything just went wrong. Dengan rasa longlai yang mungkin dari makan malam yang lewat dan terlampau mengenyangkan, terus saja ke dapur bersiapkan alatan untuk membuat kek. Cheese cakes. Yang dah berkurun lama rasanya tidak dibuat. Half way through, the mixer broke down. Had to rush down to buy an emergency whisk, which was only used for ten seconds before deciding to just use the hand blender. First time trying the new recipe, ended up looking pretty liquid for a cake mix. Luckily the cakes went out okay (not the best, frankly speaking). The cakes done, only to then realised got locked in the kitchen (the handle was already broken before)! Had to take the piece off the door with a screwdriver to get out.

Percayalah, itu cheese cakes...

Sebelum kejadian "pecah dapur"

Selepas kejadian "pecah dapur"

Tiba di majlis keramaian sedikit lewat. Makanan yang terhidang pun dah tinggal yang mana ada. Cheese cakes dihidang. Tetamu dah pun duduk melayan acara majlis. Kesudahannya, satu bekas sedikit berjamah dan yang lagi satu tu diberikan saja Miss NamakuCTNurhaliza untuk bawa pulang. Sedikit hampa, tapi at least kek-kek itu habis. Bergambar pula, hanya beramai-ramai. Salah sendiri juga tak beramah agaknya. Kalau mahu dicop "loser", patutnya ambil saja gambar sendirian dengan tripod mini itu.

Seolah-olah PMS mode kali kedua dalam sebulan. Tertekankah? Biarkan. Malam ini kembali lena untuk lupakan segala-galanya. Hilangkan tekanan dengan sukan lagi dan lagi. Mission: 2kg/2weeks bermula esok.

Saturday 11 October 2008

Thank You for answering my prayers...

Aku masih lagi tak bertetamu. Si Mr Small-Not-So-Little-Man tak jadi tetamu sementara a.k.a. "Official Squatter" di teratak usang aku ini. Dah dia punya atap untuk berteduh, tilam untuk berlabuh, cermin untuk berurus. Tak apa, lagi bagus dia begitu... Aku ada sekadar menolong jika termampu.

Tuhan makbulkan doaku, berikan tetamu sementara. Harap-harap datang dia dengan berkat dan rezeki, bukan dosa dan bala. Minta jauh.

Bagus juga kau bertandang, kemas rumah aku. Diberi kerajinan untuk aku susun atur selerak kediamanku yang peranda. You wanna know if I'm messed up? Check my crib. Tempat tinggalku menggambarkan status semasaku.

Apa-apa pun, paling penting sekarang cuma ini dan ini:
  • Aku benar-benar tahu aku memang tahu menganyam ketupat.
  • Beratku sudah susut 7kg dalam masa enam minggu, dan aku mahu turun lagi 2kg!
  • Aku baru sedar, my body is pretty messed up. Bilateral dodgy ankles, lutut kanan yang kerapkali sengal kini, subluxated right shoulder if not careful, right tennis elbow, jerawat yang masih lagi menyerang dalam usia suku abad... (dan senarai yang berterusan!)
  • I'm down to my last Ali Tea sachet(!)
Mr Small-Not-So-Little-Man bersembang denganku sampai ke subuh. Daripada makan kepada berdandan kepada menganyam ketupat kepada diskusi alam keluarga. Macam-macam. Mungkin kesedaran usia bukan lagi si kanak-kanak riang. Tapi kau buat aku kantuk melampau!

Aku dah terpaksa habiskan Ali Tea aku yang terakhir! Need more, please help!!!

Terima kasih, ya Rabbi.

Friday 3 October 2008

So cold in here!

“Every heart has its secret sorrows which the world knows not, and oftentimes we call a man cold, when he is only sad.” - Henry Wadsworth Longfellow

Awal lagi jagaku hari ini. Serupa semalam. Beza cumanya aku merebah diri ke katil malam tadi jauh lewat daripada malam sebelumnya. Kini sudah celik, sudah cerah mata. Bahana tidur di siang hari. Kini terkebil-kebil di depan monitor laptop menanti ilham tiba untuk bernukilan.

Masuk hari Syawal ke-4. Suasana Aidilfitri tahun ini cukup beda untuk aku. Kemeriahan di hari pertama cukup sudah buatku. Hari kedua dan seterusnya itu sekadar hari-hari lain, only with the addition of 'puasa enam'. Tahun ini yang ke-3 aku amalkan puasa sunat Syawal. Tahun ke-2 untuk harap-harap sempurna enam. I started too late in Year 1, I only got four days of fasting. Atau lima hari? Entah. Lupa.

Un, deux, trois, quatre, cinq, six.

Jika waktu kecil, aku tak mungkin mampu lena malam tadi. Kencang angin bak ribut bunyinya di luar. Flat di penjuru blok perumahan pula tambahkan lagi turbulence.

Teringatkan saat kanak-kanak itu. Terpaksa mengetuk pintu bilik Mak dan Ayah, perlukan teman tidur di tengah malam buta. Cuba untuk lena di tilam sebelah katil mereka.

Teringatkan saat kanak-kanak itu. Kali terakhirnya berteman tidurku kala begitu tatkala umur 11 tahun. Malam itu hujan lebat, berpetir dan berguruh. Juga aku dalam keadaan tak sedap perut. Esoknya dihantar pulang dari sekolah kerana demam panas dan sakit perut yang masih tak surut. Kini, bangga aku tunjukkan parut appendectomy kepada rakan-rakan. Ayah himself cut me open. Aye. He was also 'The Man' that:
* 'made' me a man,
* took a broken piece of dead shrub out of my foot,
* and had excised a wart off my calf
.
Unethical? Hanya untuk penilaian masing-masing. Untuk aku, fine.

Demam dah surut. Lega. Bosan sendirian di rumah. Sekurang-kurangnya masa terisi jika di hospital. Ada saja ward work untuk diuruskan. Bloods? Serahkan. Tapi mungkin untuk bulan ini aku takkan terlalu sunyi. Mr Small-Not-So-Little-Man perlu atap untuk berteduh, perlu tilam untuk berlabuh, perlu cermin untuk berurus. He could have just gone to IKEA, tapi kedai itu tiada di sini. Aku pun pernah merempat. Sesungguhnya aku mohon Kau rahmati hidup mereka yang pernah berikan aku tempat berteduh, tempat berlabuh dan tempat berurus, wahai Yang Maha Pemurah. A friend in need is a friend indeed. Good for him, good for me too. Tidaklah gila aku bicara sendirian di depan monitor tanpa reply.

*menggigil*

Sejuk! Cuaca dah berubah. Pepohon dan dedaun bakal bertukar warna dan rupa. Makin sejuk, berangin dan basah. Seperti hari ini. Seperti semalam. Summer is officially over! Masa untuk aku geledah kembali jackets dan sweaters untuk dipakai sekarang. Or should I get some new ones? Di mana lagi nak aku simpan semuanya?! Dua almari baju penuh untuk seorang lelaki bujang yang tinggal sendirian dan tiada kepentingan untuk melaram di sini. Silap-silap aku bakal jadi "keluarga beranak empat" pula tak lama lagi.

*masih menggigil*

Dah! Tak tahan lagi. Aku tinggalkan monitor ini untuk berkelubung kembali...


p.s. By the way, you CAN call this man cold, since he is not actually sad.

Thursday 2 October 2008

Shocking News: Thaksin has passed away (Rest In Peace)

Suasana raya yang meriah bertukar suram di rumah. Aku di perantauan ini juga terasa kesayuannya. Demam aku semalam mungkin takkan kebah untuk hari ini. Kejutan buat aku yang kebetulan menghubungi keluargaku di rumah.

Kucing peliharaan keluargaku telah pulang menemui Penciptanya, tepat 1.30 petang waktu Malaysia. Tika aku di talian bersama 'housemaid'ku sebelum itu, Thaksin tiba-tiba sesak nafas dan dalam keadaan nazak. Ya, kucing aku diberi nama Thaksin. Oleh Ayah. Mungkin kerana sifat nakalnya dan kuat membuli adik-adiknya yang lain. Adikku juga bergurau bagaimana nazaknya lama mungkin kerana 'dosa-dosanya' itu. Kebun kecil di belakang rumah kini tapak persemadiannya.

Sayang aku akan kucing-kucing aku. Dari kecil lagi aku sukakan kucing. Waktu dulu aku tiada kucing sendiri kerana childhood asthma. Mak risaukan aku alergik. Sekarang walaupun ada untuk dibela, mereka hanya dibelai dan dimanja di luar. Dalam rumahku No Entry zone. Kini aku punyai adik-adiknya yang tinggal berdua cuma. Tapi kalau tak cukup dengan itu tak mengapa, ada lagi sembilan di rumah sebelah dan seekor lagi di rumah bertentangan. Aku boleh katakan kawasan perumahanku cukup feline-friendly.

Thaksin (R.I.P. October 2, 2008)
"You will always be missed"

Kucing nakal ini penambah seri dan ceria keluarga kami. Juga pengerat kami sekeluarga dengan minat yang sama. Kelincahan yang buat kami tertawa, keriangan yang buat kami terhibur. Seri itu pudar hari ini. Kelincahan dan keriangan itu terhenti. Yang sememangnya jelas, adik-adiknya sudah berani pulang ke rumah dalam ketiadaannya kini.

Kini Thaksin pulang ke sisi-Nya, menunggu saat menjadi saksi aku dan keluarga di Hari Kebangkitan.

You will always be missed, dear pet...

Tuesday 30 September 2008

Catatan Anekdot Bayu - Special Part II

Meriah benar malam itu. Ummi sibuk di dapur bersama Adik menyediakan ketupat dan rendang. Along dan Angah membantu Abah di laman rumah memasang pelita dan lampu lip-lap menyinari kegelapan malam itu dengan kemeriahan. Anak-anak kecil jiran berlari-lari riang bersama kilauan bunga api. "Hati-hati sikit main bunga api tu!" laung Nek Da sebelah rumah. Risau pula melihat cucu-cucunya itu, kalaulah tercucuh di mana-mana mahunya berparut rayanya esok.

"Along, Achik mana?" tanya Abah.
Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira...
Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa,
Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terhingga...
Anuar Zain dan Ellina menemaninya di bilik malam itu. Lagu yang sentiasa terngiang-ngiang di telinganya apabila saat ini tiba. Dia sangat gembira di samping keluarga hari ini. Sudah terlalu lama berjauhan. Sudah banyak tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama. Kini, Syafiq pulang ke tanah air. Meriah dia melihat suasana raya di halaman sendiri dari jendela biliknya itu.

"Achik, Abah minta tolong ni! Turunlah!" laung Along dari bawah.
"Raya, raya, oh raya..." ngomelnya sendirian keluar dari bilik untuk turun membantu mereka.

*** ***** *** ***** ***

Di pagi raya Along terjaga awal, walaupun ke kamar tidur lewat di malamnya. Tanpa kantuk, dia segera bungkam dari tilam empuk yang melapik dan gebar selimut yang menyelubungi.

Excited!

Adik, Angah dan Along berebutkan bilik air yang satu itu. Semua bangkit awal, semua mahu bersiap hias awal di hari istimewa itu. Syafiq dah sedia maklum, lantas terlantar lagi di katil bujang tumpangannya. Dia pinjam bilik Along. Dah terlalu lama dia tidak di rumah, maka dia kini tiada bilik sendiri.

Siap sudah masing-masing. Syafiq turun memerap di dapur dengan mata kuyunya di meja, meratah ayam goreng bakal santapan di pagi itu. Ummi dah mula bising dari atas, arahnya segera mandi dan bersiap. Merangkak malas dia di tangga.

"Oh, aku rindukan semua ini!"

Sedang khusyuk Syafiq mandi, Adik melaung dari bawah, "Achik, Kak Ina dah datang!" Dari malas dia berubah segar, tiba-tiba gesa. "Tunggu kejap! I'm coming!"

Bergegas mahu turun tangga. Dah bukan Syafiq si pemalas mata kuyu awal pagi, tapi kini si kacak pujaan bunga di Aidilfitri.

"Amboi Achik, wanginya!" perli Adik.
"Eh diamlah kau, Adik!"

Bergegas Syafiq turun tangga. Namun, malang tak berbau...

GEDEDANG!!!

"Aiseh, macam mana boleh jatuh katil pula ni?! Ah, mimpi ke? Ina!!! Tidak, hari ni raya tapi tak cuti! Raya sendiri-sendiri pula tu!!!" raung Syafiq sendirian dalam bilik di tepi katil mengurut lengannya yang sakit jatuh ke lantai itu.

"Oi, Syafiq! Tak nak siap pergi sembahyang raya ke? Apalah mengigau pagi-pagi raya ini," kedengaran suara Khairul dari luar biliknya itu.

"Ya lah, ya lah... Aku nak bersiaplah ni. Tunggu kejap..." jawabnya lemah dan pasrah.

Pasrah...

***** *** ***** *** ***** *** *****

Kala bulan nan mulia ini,
Daku hulur salam dari kejauhan.
Di ambang detik keraian,
Daku susun sepuluh jemari keampunan,
Moga keberkatan Ramadhan,
Bawa gumbira di Aidilfitri.


So long, farewell... I am going to miss you badly...

Waktu itu tiba juga akhirnya.

Untuk tangisi pemergianmu, wahai Ramadhan penuh keberkatan. Tak pernah aku sebegini gembira kala ketibaanmu 29 hari lalu. Gembira, lapang dan bahagia. Tapi kini terasa benar kehilanganmu meninggalkanku.

Tahun ini kau bawakan aku azam. Kau berikan aku semangat baru. Mungkin aku tak manfaatkan sepenuh peluangku, namun banyak benar beza kau bawa untukku.

Wahai Engkau Yang Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Penyanyang,
Syukur hamba-Mu dalam bulan Ramadhan penuh keberkatan-Mu ini,
Bahagia daku dalam rahmat limpah-ruah dari-Mu,
Terima kasih untuk peluang ini,
Dekatkan aku lagi kepada-Mu,
Ya Rabbi,
Bawa aku menemui bulan-Mu ini lagi...
Bahagia. Kini masa untuk meraikan kejayaan ini.

Selamat tinggal, Ramadhan.
Selamat datang, Syawal...

Thursday 25 September 2008

Catatan Anekdot Bayu - Special Part I

Lagi suku jam satu pagi. Dalam gelap terbaring di katil. Sepi malam hanya ditemani detik saat jam dinding.

Matanya masih tak mahu lelap. Hatinya diserang resah. Gesaan perasaan yang merengsa. Terasa terlampau sunyi. Terasa terlampau bersendiri. Menyeksa, diseksa, terseksa rasanya.

Nurman menunggu. Tapi dia sendiri tak mengetahui apa yang ditunggunya. Dia mahu sesuatu untuk berlaku sekarang. Apa saja. Nurman sangat tak senang kini.

"Trit, trit..." telefon bimbit di study table berdering.
"Hey, hot guy! Hehe..." suara gurau manja seorang gadis di talian.
"Yes, Shiela. Tak ada hot guy di sini."
"Amboi, serius semacam je? Kenapa ni?"

Mereka berbual. Buat Nurman sedikit lega. Buat dia sedikit selesa. Tapi Nurman masih menunggu, cuma dia sendiri tak mengetahui apa yang ditunggunya.

"Kasihan pula dengar you macam ni, Nurman. Jom I teman you keluar, nak?" cadang Sheila. Tiba-tiba Nurman rasa lapar, perut minta diisi. Mungkin ini yang ditunggunya. "Teman makan boleh? Lagipun dah lama tak jumpa Jimmy Kebab tu." Sheila mengiyakan. Mahu Nurman bersiap sementara menunggunya tiba untuk mengambilnya keluar kemudian. Nurman lega. Dia lebih selesa.

Sheila tiba dalam kereta Vauxhall Astra merahnya. Berpakaian kasual - berblaus biru, jeans hitam dan berkasut Vans Off The Wall. Begitu pun, dia kelihatan semacam meriah. Nurman buka pintu depan dan duduk di sebelah Sheila yang memandu. Kembalilah Fiona dari 4U2C bermain di radio.

"Lagu Melayu? In Scotland?" kemusykilan si Nurman.
"Kereta I ini taklukan Malaysia. Lagu Melayu akan didendangkan whenever I like. Ke you nak jalan kaki, kita jumpa di kedai kebab aja?" sinis juga gurauan si periang itu.

Laju pula Sheila memandu. Apa saja yang nak dikejarnya. Namun begitu, cermat benar pemanduannya. Dia dah punya lesen memandu dari UK. Jauh lebih susah dan lebih ketat ujiannya. Pendekatan berkesan. Pemandu-pemandu jauh lebih berhemah kalau dibandingkan mereka yang memandu di Malaysia. Menyeramkan.

"Kata nak teman I pergi kedai kebab? Ni kita nak ke mana pula?"
"Ops, lupa nak bagitahu... Tadi Tina ada call I tanya buat apa. Told her teman you keluar."
"Dan dia nak ikut? Nak kena ambil dia juga?" teka Nurman.
"Err... Ha'ah. Tak apa kan?"

Sheila mahu menemaninya malam itu pun dia dah lega. Jadi kalau Sheila mahu ajak peneman, itu keputusan dia. Nurman mengikut saja. Sampai di rumah Tina, kelihatan gelap saja dari luar. Kata Sheila rumah Tina blackout. Ish, jarang benar berlaku di UK! Atau rumahnya pakai meter pra-bayar? Entah. Diajaknya Nurman ikutnya duduk di dalam dahulu sementara menunggu Tina bersiap. Kalau dah perempuan, memang perempuan. Ambil masa untuk bersiap.

Tina muncul dari biliknya. Dalam samar gelap itu Nurman melihat. Gayanya dah pun Tina bersiap. Perlu apa lagi? Bedak solek, celak mata dan gincu bibir? Sabar ajalah.

"I nak ke dapur kejap. Tekak keringlah!" ujar Tina sambil mempelawa mereka berdua duduk dahulu di ruang tamu. Dalam gelap mereka meraba-raba mencari arah. "Tangan tu simpan sendiri, ya?" lagi gurau sinis Sheila. Kenapa dia aja yang kena malam itu?

"Gedebab!"
"Adoi!" tersungkur Nurman belumpun sampai ke ruang tamu. Tersadung kaki dek kabel Internet ke router melintasi koridor ke bilik Tina. "Tina, kenapalah masih guna wired connection? Kan lagi senang guna wi-fi? Kemas pun kemas," keluh Nurman bangun mengibas-ngibas seluarnya bagai terjatuh ke pasir pula.
"Bisinglah, Nurman! I know you're ok," laung Tina dari dapur.
"You are ok, right?" tanya Sheila sambil membantu Nurman bangun.
"Tina, kalau ya pun blackout takkanlah bergelap aja? Tak ada lilin ke?"

"Nah, lilin!"
Nurman terkejut.

"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you..." dinyanyikan banyak suara dari ruang tamu. Tina pula keluar dari dapur membawa kek cerah berhias lilin. Ada Khairul, Syafiq, Hazriq, Syahira dan Mei Lin menunggu mereka berdua tiba.

"You planned all this, Sheila?" Nurman masih lagi tak percaya.
"Maaf buat you terkejut, hot guy."

Dalam kagetnya itu, dia tersentak. Dia mahu sesuatu untuk berlaku sekarang. Sesuatu berlaku. Tahun ini dia diraikan teman-teman. Sangkanya tiada siapa mengingati dan bakal jadi titik mula tarikh lahirnya jadi suatu tarikh seperti tarikh-tarikh lain dalam kalendar.

Satu kucupan di pipinya. Melepaskan dia dari lamunan dan sangkaan pelbagainya.
"You are now a man, Nurman. Selamat Hari Lahir," bisik Sheila rapat di telinganya.

Suis lampu dipetik. Rumah Tina kemudiannya kembali cerah.

***** *** ***** *** ***** *** *****

a kiss from a total stranger. how real can that be?

dan akhirnya, waktu itu berlalu. yang manis jadi memori, selebihnya disapu ombak masa. dipandang kembali untuk jadi kenangan.

bersambung juga kisah ini rupanya. sangka aku dah kering idea bernukilan. tapi, semua ini perlu lagi. perlu lagi dan lagi.

dan aku puas di sini. di luar, aku masih sendiri. masa itu berubah dan mengubah. buat aku tak endah dan tak kisah.

untuk mereka yang endah, terima kasih. untuk yang tak kisah, juga terima kasih. kerana semua yang berlaku dan ada sememangnya punya tujuan dan hikmah...

* apa yang dicari? *
24 September 2008

p/s that is as closest as an avatar can get to look like me. thank you. it is indeed a great gift.

Tuesday 23 September 2008

"Yet you're so proud and fanatically obsessed being one of them!"

Demam.
Penat.
Lenguh.
Sejuk.

Semacam tak kena semuanya aku semalam. Masuk tidurku malam sebelumnya lewat, tapi dengan keafiatan. Namun, bangunku di tengah hari merisaukan aku serba kerimasan. Hidung yang minta dibersih dari hingusan yang menyekat pendek nafasku. Badan yang berpeluh minta dikipas, tapi kipas terlalu sejuk lalu minta dikelubung. Tak berapa risaukan diri, lebihkan risau puasa - tahan tak aku nanti? Helaan lega juga kemudiannya, kesegaran menyerbu dengan hirup udara dari jendela yang dibuka.

I feel better now, thanks for asking. Tapi semalam itu hatiku seketika panas. Lagi panas daripada suhu badan aku waktu diduga acute tonsilitis dahulu. Kenapa kala mana mereka sibuk melaungkan semangat Melayu dan ketuanannya, saat itu jugalah kau tunjukkan kepadaku tak semua indah jiwa tuan itu?

Janji. Kalau sudah ada, tepatilah. Tapi aku yakin semua sudah maklum. Sudah biasa. Dan juga bangga. Janji Melayu - sudah ada 'cop mohor' sendiri. Makin lama aku dah mula mual, aku dah mula malu. Mula malu dan mual.

Asyik menunggu, asyik menangguh. Jika mahu tepat pada waktu, berjanjilah lebih awal. Maka aku kini berfikir, apa relevan punya masa 'on time'? Tapi jika begitu sekalipun, mahu berjanji awal pula mungkin terlalu awal maka perlu ditangguh lain kali. So, how can all these make sense?

Seadanya lumrah bukan semua dirancang menjadi. Ketentuan itu takdir yang telah disuratkan-Nya. Tapi kalau dah jadi tabiat, di mana betulnya? Atau, di mana silapnya?

Aku sayang rumpun keturunanku (walaupun aku yakin benar bukan 100% tulen anak Melayu). Kita sopan dan beradab, kita tertib dan santun, kita peramah dan berbudi. Bangga benar aku. Kalau tidak, mana mungkin top of my list untuk hari bahagiaku kelak (walaupun entah bila) mahu terlaksana penuh adat istiadat. Nothing less.

Kini yang jadi ikon kita bukan itu. "Mereka berbudi bahasa, tapi bukan di jalan raya" - terpampang besar di papan iklan waktu aku pulang ke kampung waktu kecil. Komen warga asing. Janji Melayu? Entah bila baru aku sampai untuk majlisku kelak jika aku terus begini, jika kita terus begitu.

Tipu aku tak pernah lewat dengan sengaja. Tapi kini aku mahu celik. Aku Melayu, namun tak mesti begitu. Melayu manis, Melayu berlenggang. Tapi Melayu lambat. Aku jadi Jepun. Aku jalan laju (rujuk "Ain't no mountain high enough..."), maaf tak gemalai tanpa lenggang. Tak lambat, tak lewat. Juga mampu sihat, without even spending a cent (or a penny in my case). Isu cermat dan berbahasa di jalan raya? Aku jadi British. Mungkin mereka kasar, tapi bukan di jalan raya. Sampai saat ini aku masih tak mampu yakini diri aku untuk berhijrah ke Pulau Pinang, Selangor, KL atau Johor atas sebab tersebut.

Kesudahannya, kita hanya terus bersabar dan hidup dengan cara demikian. Maaf didahulukan if I have managed to push some wrong buttons here. Kalau tak mahu hilang Melayu di dunia, usahakanlah begitu. Tapi jangan hanya membabi buta.

"Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar,
tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan."

"Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang."

Mata kian berat. Tangan makin malas. Otak mula sejuk. Saat aku serah roh untuk ke langit seketika. Aku sebenarnya gembira, dan mahu dikongsi sekalian. Mereka juga pasti gembira. Projek "Kad Raya Hujung Minggu" selesai sudah.

*puas*

Sunday 21 September 2008

Just an entry on the 20th of September...

20 September.

Tarikh ini lima tahun dahulu.
Cuaca redup dengan rintik renyai membasahi bumi. Setelah hampir 20 jam perkelanaan, perjalanan tiba di penghujungnya. Tapi hanya seketika cuma, kerana saat itu juga titik mula kehidupan dan penghidupan baru. Suhu 11 darjah Celcius menyambut ketibaan di bumi Granite City. Pemandangan suram kelabu dengan hembus nafas berkepul di udara. Langkah usia dan jejak hidup berubah di situ, dah diberi peluang istimewa. Kelebihan dari mereka yang lain. Lucky, beruntung, atau sememangnya rezeki?

Tarikh ini lima tahun lalu.
Bagaimana beza kehidupan penuh pengawasan dan peringatan sepanjang masa, dilepas ke tanah lapang penuh kebebasan tanpa sempadan.
Bagaimana beza lifestyle yang dimanjakan, jadi detik praktikal erti berdikari.
Bagaimana beza keakraban satu kaum dan agama, dibuka untuk mengenali erti keharmonian majmuk dan kesefahaman keagamaan.

Tarikh ini lima tahun lampau.
Kurang seminggu untuk tinggalkan alam belasan umur. Dicabar teman untuk grow up to be a man, not tall boy.

Tarikh ini lima tahun sudah.
Meninggalkan desa halaman tercinta berbekalkan beberapa helaian persalinan, buku dan alatan pengajian, sepasang sudu garfu bersama pinggan dan botol air, sepasang NIKE basketball shoes. Juga kecekalan dan azam baru.

***** *** ***** *** ***** *** *****

20 September.

Tarikh ini sekarang.
Dalam renyai gerimis. Dipandang dari jendela lounge-cum-bedroom yang diterjah silau mentari petang. Suam-suam sejuk. Terlupa menonton laporan cuaca di berita TV untuk lihat suhu. Detik mula yang sudah patut temu noktah, tersadung dek buruk nasib. Atau lalai? Atau bala?

Tarikh ini kini.
Sudah kenal erti kebebasan. Tapi masih belajar menilai batasnya.
Sudah faham makna berdikari. Tapi masih perlu dibantu untuk berdiri di sini.
Sudah maklum hidup majmuk. Tapi masih takjub dengan asabiyyah manusia dalam keramaian yang tak pernah ramai.

Tarikh ini mutakhir.
Kurang seminggu bakal jangkau suku abad. Perasaan tua, atau sekadar perasan tua? Grown up physically a man, still with some childish acts and some boyish looks. Cumanya, not tall enough.

Tarikh ini today.
Pertukaran alamat kediaman ke-4. Perpindahan penuh harta. "Bagai keluarga beranak tiga," senda si kawan. Oh! Juga berserta enam pasang NIKE footwears dan kasut-sandal-selipar yang lain. Kecekalan dan azam? Renewed. Nota otak: visa needing extension.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Aku dulu. Aku sekarang. Banyak beza? Masih sama? Kurang? Lebih? Entah. Lebih kurang aja agaknya. Perjalanan itu masih jauh, dan aku masih perlu mengembara dan berkelana. Ke mana? Pun entah.

Pendidikan ilmiah untuk tarikh ini:
Galileo Galilei was tried before the Congregation for the Doctrine of the Faith for teaching that the Earth orbits the Sun, in 1633 of this date.

Saturday 13 September 2008

Birth. Life. Death.

“Man has but three events in his life: to be born, to live, and to die. He is not conscious of his birth, he suffers at his death and he forgets to live.” - Jean de la Bruyere


Kehidupan. Pelbagai ragam, pelbagai gaya, pelbagai rupa. Kehidupan juga tak lama. Sedangkan kala Rasulullah tika ditanya jarak Kiamat ditunjukkan jarak dua jarinya, apa pula kita di kehidupan umat akhir zaman? Umur pun belum tentu cukup panjang. Kerjaya diatur, keluarga dibina, harta dikumpul. Amalan pula bagaimana? Persoalan yang sendiri aku tanyakan. Cukup atau tidak? Berlebih noda dari suci? Banyak perlu ditanya, kan?

Kelahiran itu dalam fitrah. Dan saat itu kaulah yang paling penting di dunia, untuk mulakan penghayatan baru. Masa kecil ditatang. Diteduh. Dibentuk. Digilap. Diasah. Dicungkil. Persediaan menghadapi penghidupan. Tiada yang lebih mulia dari kau. Tiada lebih istimewa dari kau.

Life? Kala ini penentu.
Betulkah tatangnya dulu?
Cukupkah teduhannya?
Tahankah bentuknya?
Bersinarkah gilapnya?
Tajamkah asahannya?
Timbulkah cungkilannya?

Mungkin kau fikir kau sama. Dulu, kini, selamanya. Kalau bukan kau, mereka rasa begitu. Insan-insan yang "menciptakan" kau. Tapi mungkin hanya zahir cuma. Bagai aku.

Maka amalan daripada kau yang "diciptakan" itu bawa kau to the edge of moments. Penentu muktamad. Haluan kau seterusnya. Mampukah kau terbang tinggi? Atau mungkinkah kau bergelandangan jatuh dalam dan dalam lagi? Kehidupan dan penghidupan dirumus di sini. Rewound and replayed.

***** *** ***** *** ***** *** *****

I need to get this off my chest. Seharian semalam aku mencari insan untuk diceritakan, namun tiada kesampaian. Dah tak senang duduk aku dibuatnya. Boleh gila jadinya!

Aku didatangi mimpi.
Aku. Russia. Merah dan biru. Nombor 11.
Aku. Pemain Manchester United akhirnya! Menentang musuh Chelsea utama.
Bangga anak watan Melayu!
Namun, tiba di changing room bersama teman seperjuangan... Nature called to the loo. Mata aku celik di sofa-cum-bed.
Damn!

Sunday 7 September 2008

At the crack of dawn...

Agak sejuk kala ini. Autumn is just around the corner soon enough. Dinihari yang sunyi. Selesai solat Tarawih sendirian. Saat aku tafakur sembah diri kepada Yang Esa, sungguh aman... Dalam tak tenang jiwaku kebelakangan ini, aku bahagia. Terasa istimewa.

Bulan ini datang lagi. Hatiku disentuh oleh-Nya tatkala ini. Tenang. Lapang. Aku bahagia. Ramadhan ini aku sambut kehadirannya dengan titisan air mata gembira. Ya, hatiku benar-benar Engkau sentuh.

Hatiku bernostalgia tika ini. Sedang aku mengemas bilikku, terpandang kotak perfume set Ted Baker kelabu di atas almari. Dicapai, dibuka. I was back down Memory Lane. Dairi kecilku (year 2002), kad-kad Hari Raya, birthday cards, surat-surat teman dan saudara.

People actually cared about me all this time. Happy moments saat aku baca semua satu persatu. Ah, kenapa entriku ini bernada melanolik? Tak mahu! Sebenarnya aku mahu kongsi kegembiraanku. Tiap baris kata dan nota mengiringi ucapan mereka melakar senyum di wajahku.

Sentimental aku ini. Some people think it's trash, bagi aku tiap satu ada sejarah. Aku masih punya buku rekod prestasi sekolah rendahku. Simpan sendiri foto-foto zaman kanak-kanak. Masih ada "nota-nota" peminat dari zaman itu. Bertanya si adik angkat comel kini menemani suami, "What should I do with all our 'notes' from school?" Aku faham. Hati mana minta disakiti oleh kenangan indah insan lain. Hmm... Aku pula? Sentimental aku ini. I will change for you when the time comes. Or will I? Simpan saja, dan usah khuatir. Itu hanya memori-memori. Aku tiada mesin masa untuk hidup kembali dalam keindahan dan kegembiraan lampau. Tapi semua itu for me to cherish in life.

Tell me what do you think? Perlukah aku buang semua itu bilamana aku mahu mulakan hidup baru? Perlukah aku bakar memori lama bilamana insan baru menemaniku? Perlukah aku kambus kotak lampau bilamana future menanti untuk bermula?

Entah bagaimana, bait-bait ini tercipta sebagai SMS di bulan puasa ini untuk temanku. Kononnya aku agung. Tapi...
Hamba ini tak suci hatinya,
Hamba ini penuh noda,
Hamba ini damba ampun Khaliqnya,
Hamba ini pohon Syurga,
Hamba ini cari makna...
Kurma sudah ku jamah. Susu sudah ku minum. Waktu Fajr pun bermula. Patutlah sejuk benar, hujan sudah menimpa bumi Granite City ini...

Friday 5 September 2008

It was the first milestone...

100 visitors.

Tak banyak, but it is a start.

Terima kasih.

Maaf aku sepi buat masa ini. Sedikit bingung dengan diri sendiri. Perlu masa menapak semula.

Tak lama. Aku bakal kembali. Idea ada, cuma jiwa sedikit kacau...

Sunday 31 August 2008

A new chapter.

Kesejahteraan buat semua...

SALAM MERDEKA 50+1
untuk negaraku yang tercinta

SALAM RAMADHAN
buat Muslimin Muslimat sekalian

Bagi aku, saat ini permulaan hidup baruku.
Sepuluh jari ku susun pohon ampun maaf zahir batin dari semua.

Terima kasih kepada semua...

Wednesday 27 August 2008

Heartache! Any doctor around?

Dah dua malam aku berjaya lena. Di waktu sepatutnya. My bio-clock needs resetting. Aku bakal langkah kembali ke Tahun Akhir. Next week. Wish me luck. Rasanya mudah untuk aku kali ini. Yakini aja diriku!

Tapi celik pula mataku kala ini. Mungkin segar dari mandiku. Rasa sihat pun ada. Endorphine dan adrenaline masih deras mengalir dalam salur nadiku. Sejam di gelanggang badminton tadi. Lenguh badan dari bermain bola bersama teman-teman Malaysiaku vs. remaja Arab minggu lepas pun belum hilang. Ah, alangkah bahagianya kalau ada si dia layaniku bak raja kala ini! Ah, mampu aku impikan saja saat ini...

Oh, Malaysia won
4-0 by the way! Malaysia memang boleh.

Kerinduan.
Tiba-tiba rasa itu menerjah dalam jiwa.
Kerinduan di kejauhan yang puluhan ribu batu itu.
Di kejauhan mataku tapi tak pernah dari hatiku...

Rindukan tilam bujang di study room, kerana aku bukan lagi penghuni tetap rumah yang perlu bilik sendiri. Kepingin akan segala macam hidangan yang sentiasa tersedia untukku. Missing my brother and sisters, my parents and my maid "The Big Sis". Kangen sama deru ombak di pesisir pantai indah itu - mandi-manda ketika kecilku, bercengkerama di kala teruna muda.

Ini Minggu Penghayatan Kenangan buat aku, mungkin. Membawa aku kembali. Go back in space and time. Bila dan di mana hidup bukan suatu masalah.

Apa lagi aku rindukan? Hmm... Yang terbijaksana. Perkenalan yang ringkas, tapi itu sebelas tahun dahulu. Sedekad yang menjalinkan sebuah persahabatan penuh keakraban. Saling memahami. Always there for one another. Saling menyayangi. Saling mencintai? Neah. Friendship yang terlampau suci untuk dinoda begitu. Benarkah? Tapi masa beri peluang untuk perubahan, dan masing-masing berubah. Aku cuma sentiasa di sini mendoakan kebahagiaanmu, wahai sahabat. Engkau tetap yang terbijaksana.

Heartache! Kerana kerinduan. Perlukah diubati? Aku cuma kerinduan, dan aku terbaring di sini dengan senyuman. Again...

Tuesday 26 August 2008

The Lost Treasures: Felicitous moments...

Lagi aku merungkai kisah lama. Dari diary-cum-notebook lama di cyberspace. Tak banyak entri aku di sana. Mungkin semangat hati yang hangat-hangat tahi ayam. Mungkin juga karena aku terlalu banyak ratapan daripada luahan, sedangkan aku sendiri perit mahu membaca semua itu kembali. Maka pencarianku di lorong memori menemukan aku dengan coretan bernada gembira dan istimewa...

"Every cloud has its silver lining - somewhere..."
Waktu di laptopku menunjukkan jam 3:26 pagi. Teman-teman serumahku sudah nyenyak dibuai mimpi. Tinggal bilikku saja yang masih diterangi lampu. Seperti rentetan-rentetanku yang lain, lagi banyak kebosanan daripada keceriaan. Lagi banyak kesedihan daripada kegembiraan. Adakah kerana memang tiada istilah "kegembiraan" dalam hidupku? Ah, mustahil sampai begitu sekali! "Dude, you're such a pussy!" agaknya begitulah fikir orang terhadapku yang kerap kali membebel tentang kebosanan, kesedihan, kesunyian... Mungkin juga. Memang kepalaku sekarang ini serabut dengan semua itu. Tak apa, kali ini aku berikan kelainan. Akan aku tulis kecamuk mindaku ini lain kali - atau aku lupakan saja. Biarkan coretanku yang ini aku isi untuk berkongsi saat-saat gembiraku selama tiga bulan sunyi tanpa nota.

Tanahairku - Malaysia. 17 Jun 2005. Aku kembali. Betapa gembiranya aku hari itu. Syukurku tiba pesawat MAS Boeing 747 menyentuh bumi Sepang. Senyumku kepada peramuga-peramugari semua. Ceriaku menatapi pemandangan yang sudah biasa aku lihat selama 20 tahun pertama hidupku.

"Mak, lapar..."

Sudah kecur mulutku memikirkan hidangan-hidangan kegemaranku. Semua akan aku rasa sepanjang dua bulanku nanti. Nasi dagang, nasi kerabu, kerepok lekor, char kuey teow, sata, laksam, ikan bakar... Nak saja aku senaraikan semua. Banyak. Memang banyak. Kuat makan, tapi takut gemuk. Macam-macam perangai... Mahu semua itu, tapi perlu tunggu sampai rumah dulu. Maka, makanan pertamaku di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur cuma set hidangan Big Mac dan Fish-o-Filet di McDonald's. Seronok! Mak hanya mampu menggeleng tersenyum melihatku makan. Nampak biasa bagi orang lain, tapi itu sudah cukup istimewa untukku bersama ibu dan adikku yang menemaniku pulang dari United Kingdom hari itu.

Hari itu kegembiraan bukan hanya untukku. Aku kongsi dengan seorang teman istimewa. Bertemu untuk pertama kalinya bersama. Si kecil molek. Bertentang mata tanpa kata. Hanya mampu tersenyum penuh keceriaan. Senyuman yang dah lama aku rindukan. Indahnya! Andai masa boleh dihentikan, berikan waktu itu untuk kami bersama lebih lama... Duduk di bangku, menghadap Anjung Tinjau. Berceloteh mesra. Bergelak ketawa. Banyak benar cerita yang mahu dikongsi. Dari dulu aku sering fikirkan - kenapa saat-saat gembira itu sentiasa bagai berlalu begitu pantas? Sudah bertemu, tiba waktu berpisah - untuk seketika kini. Tak dapat aku lupakan semua itu. Masih membuatkan aku tersenyum kala sendirian. Termasuk ketika ini, aku melirit sekuntum senyuman kerinduan...

Lega rasanya dapat bernukilan kembali. Kisah makan, kisah pertemuan. Hanya dua. Namun sudah cukup istimewa, sudah cukup indah. Lagipun, coretan dua bulan bukannya ringkas. Untuk kembali bercerita setelah tiga bulan lenyap, ini pun sudah cukup panjang.
Aku yang sendirian kala ini mampu mengukir senyum manis di sini...