Thursday 24 December 2009

I go past all this...

Perasaan kacau.
Buat aku. Buat dia. Buat mereka.

Apa lagi? Entah. Masih nak diganggu begitu kah? Kenapa?

Maafkan aku para kalian kerana bermula kembali begini. Namun, kurang lebihnya aku berekspresi semula. Tapi kacau begini, bukan?

Apa lagi? Hilang sekian lama dan muncul dalam kacau. Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang. Boleh pula begitu?

Aku berjaya akhiri kembara Ilmu Tabib.
Aku tinggal pergi dari Granite City.
Aku kenal ramah bersama teman-teman lama.
Aku hijrah ke Pekan With Love.

Hujan. Basah. Sejuk.
Granite City di Tanah Melayu.
Buat aku rindu di kejauhan.
Kalian rindukan aku jua?

Perlu tidak aku susuri titian Memory Lane? Atau sekadar menatap dia yang muram di kaunter itu?

Benar, aku salah. Atau salahkah aku benar?

Ah, maaf saja! Mudah. Mudah?

Thursday 19 March 2009

Time. Quick. Slow. Fast. Period.

"All my possessions for a moment of time." - Elizabeth I

Tergesa-tergesa dalam malam sejuk. Termengah-mengah sendirian. Terpinga-pinga mengurus kehidupan.

Permulaan semua ini tanpa keakuan. Buat aku terasa seakan-akan kurang self-centredness. Walaupun itu memang aku. Buat masalah, sekadar terperasan persembahan diri yang sedemikian. Namun pasti benar aku ada yang bisa bidas hal ini. Picisan aja penyataan sampah itu. Aku tak selfish? Di dunia mana? Di sini - mungkin?

Aku masih lagi dibelenggu pencuri masa. Mahu aku salahkan keadaan. Nak aku tuding kepada nasib. Bolehkah begitu? Tapi juga aku penuh pengharapan. Untuk semua itu berakhir. Waktu untuk penghijrahan kini - mungkin?

Honestly, I am now happy. Segembira yang aku mahukan. Yang aku impikan sebelumnya. Gembira. Indah. Manis. Tiada cela itu kecuali aku. Dan aku masih mahu hijrah. Bukan hal jauh dekat. Tapi hal cepat lambat.

Kala ini, aku berdiri tinggi untuk pandangan mataku melihat dunia dan kehidupan; yang mereka dan yang aku. Mengapa perlahan benar? Bukan perlahan masa. Tapi perlahan segala peristiwa yang tersirat dan bakal tersurat. Aku terkejar-kejar. Aku dikejar? Pencuri masa jahanam!

24. Aku suka. 3. Kini aku juga suka. Dan aku gembira. Nota buat kalian: aku gembira.

***** *** ***** *** ***** *** *****

I viewed the world... And life seems to be going so slow, as I continue to wait...

Monday 9 March 2009

"I'm not feeling too good, Doc..."

Bertangguh.
Petaka.
Celaka!

Termasuk entri ini.
Tandus setelah beberapa ketika.
Tak reti untuk tetap konsisten.

Boleh pula demam...
Bukan seksa, tapi penyuci.
By the way... I'm getting better now, thanks.

Deadline.
Dan bukannya itu masalah, sekadar beban kecil.
Detik demi detik itu berlalu dekat lagi.

Crashed!
Cukup menghancurkan aku.
Cubaan demi cubaan, yang ini mencuri memori pergi dari aku...

***** *** ***** *** ***** *** *****

Semua yang berlaku minggu lalu. Pada hari-hari akhir aku di ceruk pekan kecil yang sejuk itu. Menduga. Mencabar. Hanya mampu sabar.

Aku teruskan saja menaip huruf demi huruf ini di latar elektronik, walaupun bukan milik aku. Mungkin sedikit kepayahan tanpa komputer riba sendiri kini, tapi itu hanya mungkin.
"Nah, ini antibiotik."
"Makan sekarang, Tuan Doktor?"
"Tunggu beberapa hari lagi. Kalau dah sembuh, tak perlu ambil. Tapi kalau masih sakit, makan sebiji tiga kali sehari ya!"

Sudahlah...

Friday 27 February 2009

Catatan Anekdot Bayu - Part III

Hampir senja baru Khairul pulang. Menemani Tina berjalan balik sebelum dia sendiri melangkah pergi. Siang hari pada hujung minggu terisi berteman. Tak disangka. Namun, dia tetap sedikit senang hati. Walaupun dalam hati mengomel sendirian lagi tentang Tina yang bertingkah comel mahu dibelanja makan. Apa-apa ajalah!
“Assalamualaikum…” ucap Khairul di hadapan pintu sambil melangkah masuk.
“Waalaikumussalam. Aku di dapur ni.”
Teman serumahnya, Syafiq sedang sibuk memasak untuk makan malam. Aroma hidangan Melayu semerbak hingga ke pintu flat mereka.
“Sedap bau kau masak, Syafiq!”
“Pergi mana tadi?” tanya Syafiq dengan semacam nada.
“Keluar ke bandar, jalan-jalan.”
“Seorang?”
“Asalnya. Kemudian jumpa Tina. Lunch dengan dia.”
“Oh ok,” sudah Syafiq ringkas.
Musykil Khairul akan temannya itu. Marah? Merajuk? Atau lapar sangat menunggu waktu makan? “Kau tu kenapa, Syafiq? Sakit perut ke?” terus Khairul bertanya. “Tak ada apa-apa. Kalau nak makan dulu, makanlah. Tapi basuh semua periuk pinggan dalam sinki tu nanti, ya!” nada selamba yang ada makna.
Ya Rabbi! Maaf, Syafiq. Aku lupa!”
“Apa yang kau lupa?” ujar Syafiq.
“Lupa giliran aku yang masak! Maaf, ya?” tersengih Khairul.
“Iya lah. Aku nak tengok TV dulu.”
Walau begitupun, Khairul masih lagi hairan. Seolah-olah Syafiq benar-benar terganggu. Tapi Syafiq selalu begitu. Dan akan kembali normal selepas beberapa hari. Tak berani dia nak terlalu masuk campur. Biarkan aja dia buat kini, kata hati Khairul buat dirinya sendiri. Dia mencapai pinggan dalam kabinet. Nasi berlauk ayam masak merah dan sayur campur. Memang pandai si Syafiq itu memasak. Khairul – hanya cukup syarat. Bukanlah tak tahu memasak langsung.

Sudah makan, Khairul menuju ke biliknya. Dibiarkan semua pinggan mangkuk itu tinggalkan tak berbasuh di dalam sinki.
“Khairul, takkan sinki nak biar penuh macam tu aja?” laung Syafiq dari ruang tamu mereka.
“Panggil aku bila kau dah sudah makan,” jawabnya ringkas.
Bersandar malas di kepala katil. Menghela nafas panjang. Mata merenung ke luar jendela dalam kelam malam. Renungan yang lebih jauh daripada pandangan matanya. Waktu yang selalu bagi Khairul kembali bersendirian dan bernostalgia.

Pandangannya beralih kembali ke ruangan biliknya itu. Almari baju, meja belajar, sistem stereo mini… Banyak benda tapi masih rasa kosong. Lampu di tepi katil bercahaya, menyuluh ke atas bingkai gambar kecil di situ. Ditatap seketika foto di dalamnya. Seketika. Khairul mengeluarkan dompet dan telefon bimbitnya dari poket seluarnya dalam rehatnya itu.

Trit, trit…” telefon berdering dalam tangannya. Khairul melihat skrin telefon memapar caller ID.
“Hello, Khairul. Mengganggu?” suara yang dia kenal.
“Hai, Tina. Tak apa, aku baru siap makan aja tadi.”
Mereka berbual sebentar. Tina lupa mengucapkan terima kasih kepada Khairul yang menemaninya siang tadi, dan terima kasih untuk makan tengah hari. Perbualan telefon yang cukup ringkas, setelah mendengar laungan Syafiq dari dapur minta dibasuh pinggan mangkuk di sinki mereka itu.

***** *** ***** *** ***** *** *****

maaf, kalian. lama benar tertangguh. tapi semangat baru muncul. yang terjaga dari lena panjang. mungkin sedikit mamai, tapi sudah sedar, walaupun belum segar. mahu lagi dan lagi kini!

Monday 23 February 2009

It is only that.

Menghela panjang...

Dari waktu bersama mereka. Kini sendirian menatap skrin berlatar putih yang satu demi satu abjad muncul dengan setiap taipan aku. Ke mana arahnya aku sebenarnya sendiri tak pasti. Tapi terasa perlu. Setelah menghela panjang lagi.

Aku tertarik akan komen-komen yang aku terima kebelakangan ini. Yang pandang aku mandom, depressed, bermasalah. Yang rasa aku lebih sedih daripada gembira. Yang melihat aku gelap dan suram.

Sedar benar aku akan keadaan itu. Arif sangat aku akan diri ini. Betul. Tapi aku juga terasa ada beda. Ada beza.

Merasakan ada yang kisah dan ada yang endah. Aku suka dan aku gumbira.
Merasakan ada lebih daripada keseorangan semata-mata. Aku berdamai dengan dunia.
Merasakan ada kesempurnaan. Aku kembara bersama mereka.

Tidaklah aku benar-benar pasti. Namun aku tahu ada lain untuk aku kini. Melangkah satu demi satu dalam hidup yang makin uzur, tapi dengan hati yang makin hidup.

Bersandar malas...

Ah, apa saja yang aku repek ini! Penat sudah. Kini mahu berlangkah malas. Pulang. Dalam keriangan berhias senyuman di wajah ala Ah Chong yang tak pandai cakap Bahasa Cina, Mandarin ataupun Kantonis.

Langit mendung... Maka?

Tuesday 10 February 2009

They know, but do not notice. Or do they notice, but not know? [PART IV]

1. Can't read in a moving car. Memeningkan dan meloyakan. OK saja dalam kapal terbang atau kereta api.

2. Kalau aku yang mengemas, jangan terkejut pabila kalian hanya nampak kecah. Aku sepah dahulu kemudian kemas dan susun.

3. I can live with cough or a temperature. Tapi aku sangat tak suka selesema! Hidung berhingus buat aku jadi sedikit pengotor orangnya.

4. Walaupun mudah merajuk, namun tetap suka menyakat. Juga suka bergurau. Sometimes physical, sometimes too much. Ada yang kata aku bergurau kasar. Maaf, ya!

5. Proven: Can be spontaneous. Rujuk bukti.

6. Aku suka kucing (now left with only two at home). Even so, I'm still atopic and allergic to cats, but only if they stay in the house.

7. Mengingatkan aku bahawa aku penghidap childhood asthma. Actually, I had one attack four years ago. One. Only. No more.

8. Also related (maybe): Aku tak merokok. Tak pernah. Tak akan. Peristiwa ragging waktu jadi budak baru di asrama penuh buat aku bernazar, "I'll pay RM50 each for those who caught me smoking." No joke. Sekarang aku kadang kala termimpi-mimpi menghisap batang neraka itu di khalayak ramai... Nightmare!

9. Tidak mahu memandu di JB, KL atau Pulau Pinang. Tak suka traffic jam! Aku lebih selesa memandu di sini, walau seteruk mana pun kesesakannya.

10. I should be wearing eyeglasses, but I don't. And no, I don't use contacts either. Aku rabun jauh, dan aku rabun malam.

11. "Tomatoes give you rosy cheeks," ujar Mak waktu aku kecil dulu. Aku makan buah tomato kerana blusher-effect itu waktu kecil dulu.

Saturday 7 February 2009

Snow White is just a fairy tale...

“The crow wished everything was black, the owl, that every thing was white.” - William Blake

Sepanjang minggu ini, aku rasakan sang suria bagaikan menyinar lebih cerah dan girang. Buat aku riang dan ceria. Mengasyikkan. Ecstacy.

Negara besar Rusia rasa pemurah, mahukan aku di sini berkongsikan secebis kemeriahan musim sejuk mereka. Salju putih tak henti berkunjung tiba. Melitupi seluas saujana mata memandang. Lebih daripada yang pernah aku alami selama ini. Jauh lebih.

Lebih sejuk.
Lebih tebal.
Lebih putih.
Lebih indah.


Memandang aku ke luar sana. This is no fairy tale. This is real beauty.

Tangan yang kian berkedut ini terus berkarangan. Jemari yang makin lesu ini terus bercoretan. Kulit yang kian kering ini terus bernukilan.

Sekadar mengamati alam. Menghargai diri. Mensyukuri jiwa.

Aku kini gumbira!

Monday 2 February 2009

Pain. Miserable. Sanity?

Week out. Weekends.

Hujung minggu yang dinantikan. Not that I had too hard or too busy of a week as such. Cuma terasa mahu beristirehat. Perlu ketenangan hujung minggu. Sangat perlu. Dua hari terakhir minggu ini seakan-akan cuba memerah segala tenaga dan semangat untuk istirehat agung aku.

Cuaca The Highlands yang redup. Suram. Basah. Sejuk. Suasana kesedihan. Cukup mengganggu kewarasan diri. Semacam bakal serba tak kena hari aku.

Pagi Jumaat yang mula menguji emosi aku. Terasa bagai salah aku melihat si ibu menangisi anak kecilnya yang masih tidak memahami apa yang sedang berlaku itu. Anak lima tahunnya itu diberi diagnosis kencing manis. Aku di situ menyaksikannya. Sedangkan aku sendiri jua terkedu. Kaget. Too much to take in. A life simply changed because of that single word. "Diabetes". Aku sendiri masih terkedu. Kaget.

Cuaca The Highlands kian redup. Lebih suram. Makin basah. Sangat sejuk. Semakin mengganggu kewarasan diri. Mula serba tak kena hari aku.

Two home visits. Two elderlies. Melawat mereka yang sakit, dan bersendirian. Mereka sedar mereka sakit, tapi mereka tidak tahu. Sad to see. They seem depressed. The weather was depressing. Now I was feeling depressed! Oh, tidak...

Downhill. Semua serba tak kena hari aku. PMS. It been quite a while now. Sakit kepala, tekanan perasaan, penat. Tertekan lagi. Aku terpaksa nyah pergi.

Things happen for a reason, don’t they? Kalian masih belum kenal aku, bukan? Kala ini aku perlukan masa sebagai temanku. Sungguh aku hargai kalian yang kerisauan dan berkeperihatinan. Fahami aku. Aku mungkin resah, kelesah, gelisah. Aku mungkin tak tenteram. Aku juga mungkin sedih, bersedih, menyedihkan. Tapi kala ini cuma. Bertanyalah. Maka aku minta masa sebagai temanku. Tunggu aku. Cukup.

Home. On the bed. Rest. Eyes wide shut. Sleep.

Overnight. Itu saja aku perlukan. Granite City dikunjungi sang suria. Selamat datang! Menyegarkan. Menenangkan. Menggembirakan! Juga bersama Cik Temah & Co. yang gamat dengan bual kosong dan gosip-gosip 'tempatan' yang ada. Menceriakan.

Kalian semakin mengenali aku, ya? Aku kembali kepada kalian. Masa akan tetap berlalu. Aku sudah kembali. Recharged.

Cuma aku masih berfikir. Tatkala aku resah, tika aku tak tenteram, saat aku sedih itu, hati aku menangis. Tapi tiada berair mata buatku.

Mengapa?
Hati keras?
Mati hati?
Tunjukkanlah kepadaku yang aku perlu, wahai Engkau yang Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani...

Week in. Weekdays.

Wednesday 28 January 2009

Everything about me no one knew...

Back-dating. Karena dah lama mahu aku kongsi ini. Sekadar buat kepuasan sendiri. Too many past entries not written although wanted to. Maka ini salah satu daripadanya…

I would've never done it any other time.

Satu malam Jumaat. Kala ramai yang sibuk menambah amalan (ada yang baik, ada yang buruk), aku pula sibuk meyakinkan diri sendiri. Meyakinkan diri sendiri to just be spontaneous and just do it. Cuti bermula esoknya dan aku masih tiada perancangan. Idea Mr KeepFit untuk meredah tanah England hingga ke kota London. Weekend getaway. Idea pagi tadi. Transportation? Accommodation? Entah. Mula ligat akal berfikir mencari segala alternatif yang ada. Naik kapal terbang? Naik kereta api (yang kini guna elektrik)? Terlalu mahal. Kesudahannya? Tempahan dua tempat duduk semi-comfy untuk perjalanan 12 jam yang bakal memerah segala tenaga yang ada untuk tetap duduk, berdiri dan berjalan kemudiannya. Hingga ke saat akhir, rezeki kami murah. Disediakan tempat berteduh untuk hari-hari berikutnya di kota besar England itu.

Why? This was why it all happened.


Dahulunya gharib benar buat aku. Tapi bukan hanya dia. Kononnya si universal tune listener tapi tersangat alien dengan indie genre. Kononnya si universal music admirer tapi lebih dipengaruhi Justin Timberlake, Usher, Ludacris, Linkin Park and even Too Phat.

A share of likes and interests. Terima kasih, Mademoiselle DownUnder. Mana lagi mahu aku lupakan itu? Melekat. Tapi bukan hanya dia. Untuk semuanya.

Expressive. Emotional. Seperti aku. Lebih dekat dengan hati. Walaupun aku sekadar melakar emosi di lembar maya ini. Tak segah Allahyarham Tongkat Waran. And not as talented or as disturbed as Vincent van Gogh on his coloured canvasses. Jauh sekali dengan Ludwig van Beethoven yang mengilhamkan irama tanpa mampu dihayati pendengaran sendiri. In the heart. Aku suka.

A review? Aku tak reti. Cukup sekadar aku mampu menyatakan Yuna me-universal-kan (what have I done to the language?!) lagi minat musik aku. Juga terima kasih.

Yuna.

I suppose it is all about sharing the fun and joy. So there I was. Bersama Mr KeepFit dan Now-Too-Excited-to-Meet-Her Guy. Hujung minggu dengan kelana jauh dan lama yang cukup menyeksakan postur dan tulang pinggul. Worth every sweat, discomfort and moment for it. Sekarang aku juga mahu berkongsi (dan mungkin juga mempromosi?).

Yuna (London Acoustic - 20 December 2008) - Rocket

Masih lagi.
Dekat di hati.
Ekspresi.
Emosi.
Penghargaan.
Penghayatan.
Terhadap semuanya.


I am still left with mixed thoughts and emotions, though. Unreal…
Still wondering, still pondering...

"Hmm, you think so?"


***** *** ***** *** ***** *** *****

p.s. buat Cik Yuna (jika anda membacanya)... jangan marah, ya! tak sangka ada gambar candid yang ini. hehe...

p.p.s. moral of the story: I can be spontaneous (almost everything about me. there's actually still more about me no one knew...)

Monday 26 January 2009

To rewind and unwind...

Tamat sudah hujung minggu.
Mula sudah minggu baru.

A good weekend it was. Not too quiet, not too busy. Setelah lima hari yang begitu rutin dengan keterangsangan yang minimal, aku berlari pantas menyandang beg baju separa penuh mengejar bas yang hampir tiba. Déjà vu dari mimpi aneh aku? Tapi bukan mengejar dia.

Perjalanan pergi dari ceruk sejuk di pekan kecil tanpa sebarang masalah. Sempat terlena seketika. Aku sudah penat. Drained. Tanpa cukup rehat. Musykil aku akan lima hari yang begitu rutin dengan keterangsangan yang minimal itu. Permulaan hujung minggu itu sedikit chaos pabila menyedari aku pulang ke Granite City tanpa kunci teratak usangku. Sedikit panik. Hanya dikit. Panggilan telefon kepada landlady peramah untuk menceritakan pengalaman cuaiku merupakan keputusan bagus tanpa aku sedari. Penghantaran ekspres kunci rumah tiba dari jauh dua jam kemudian. Segera pulang bersalin dan terus bersukan.

*excited!*

*puas*

Kepenatan berterusan. Payah benar untuk melelapkan mataku malam itu. Too tired to even fall asleep. Dan kelewatan aku untuk terlena melambatkan jagaku. Dan hujung minggu itu aku terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan-Nya. Kelewatan untuk mengikuti Kursus Penghayatan Solat. Aku sedar banyak kurang dan cacat cela aku. Banyak benar. Maka aku mengharapkan kursus yang begitu sedikit sebanyak membantu aku kembali suaikenal dan dekat kepada-Nya. Suatu kerugian besar buatku. Longlai aku seharian kerananya...

*hampa*

Aku berjaya mengubah sedikit perangai tangguhku. Mencuba untuk melakukan semua yang perlu secara terurus dan berterusan. It seemed to have helped with the organising of things to do and be done. Rumah berkemas, makan teratur, baju berbasuh dan tersusun. Tidur yang kerap terganggu kini mungkin beri aku lebih masa. Rehat tak perlu lama, hanya perlu cukup.

Ketagihan bersukan terubat juga. Petang Ahad dengan cuaca yang bagiku sudah cukup indah buat Granite City yang selalunya kelam dan kelabu. Larian dan sepakan bersama NIKE Total90 Shoot II FG memuaskan hati. Tak kisahlah digelar Torres, Park atau sekadar perasan diri Giggs. Tapi sembilan gol untuk aktiviti lebih 2 jam di padang 5-a-side itu memuaskan aku.

*relaxing*

Oh, well... Aku dah kembali pulang. Kembali ke rutin dengan keterangsangan yang minimal. Life goes on. Kehilangan. Hilang. Looking back through everything that has happened and passed. Now letting everything go as it should be (or should have been)...

*senyum tawar*

Wednesday 21 January 2009

Possibly in distress.

Tak tidur lena semalam. A negative start. To the entry, to my own day. Entah apa yang mengganggu. Tidur yang cukup lama tapi bangun dalam kelesuan. Terlebih tidur? Perhaps. Tapi mindaku juga penat. Masih dibelenggu ingatan mimpi-mimpi aneh. Also rather disturbing. Kelmarin juga agak serupa. Beza cumanya nightmare yang mengejutkan aku. Dream transition dari indah berubah menakutkan.

Tolong!

Only three days. Tiga hari. Trois jours. Selain waktu bersama doktor, tidak banyak lagi yang berlaku. Pulang ke rumah, terperuk di bilik. Turun kemudiannya untuk makan malam. Naik kembali kemudiannya untuk.. ke bilik. Buka buku, tutup buku. Menatap skrin laptop tanpa wi-fi connection itu. Agaknya tuan empunya Internet sedar ada pengguna haram pada malam sebelumnya. Aduhai!

Socorro!

Keluar pagi gelap. Pulang petang gelap. Dalam bilik juga bergelap. Boleh tertekan aku begini. SAD might set in if I'm not careful. Perlu keluar. Perlu buat sesuatu di luar. Aku rindu bersukan...

Ajutor!

No other human contact. Melainkan mereka yang sakit dan yang merawat, dan landlady peramah tiba waktu makan. Terpaksa juga cari alternatif untuk hubungan maya yang ada-tiada di sini. Aku pun dah bagai Chipsmore saat ini. Bil telefon bimbit bakal melambung. Dengan panggilan dan sms yang bakal jadi lebih kerap. Or, anyone wanna contact me here? Please?

Help!

Tak apa. Aku masih lagi waras. Still sane. For now. OK. Mahu keluar sekarang. Mahu hirup sinar mentari. Mahu melihat udara segar.

Eh?

Tuesday 20 January 2009

A slow one is better than none.

Jaga pagi dalam kegelapan dan kesejukan dan kesepian. Dari ruang jendela, kebun kecil diselaputi putih dalam samar-samar subuh. Juga sedar beberapa kali dari tidur. Tak terlalu terganggu. Mungkin kerana lena di katil baru. Mungkin sebab aman di bilik baru. Malam pertama yang tak terlalu terganggu.

Agak terasa perubahan. Walaupun cuma hari pertama. Berjalan pergi dalam kegelapan dan kesejukan dan kesepian menuju destinasi.

Yang sakit dan yang merawat.
Yang mengadu dan yang mendengar.
Yang susah dan yang memudahkan.

Agak terasa berbeza. Walaupun cuma hari pertama. Bersua dan bersuai kenal dengan wajah-wajah baru.

Yang tersenyum.
Yang lembut bicara.
Yang keletah.

Agak terasa kelainan. Walaupun cuma hari pertama. Melangkah pulang juga dalam kegelapan dan kesejukan dan kesepian.

Mana orang?
Tiada life ke?
Apa saja yang ada?

Hari beransur begitu saja. Duduk di dapur luas serba penuh, menjamah makan malam. Hidang sendiri dari peti sejuk ke mirowave oven ke meja. Sambil bersembang dengan landlady peramah yang geli dengan escargots, oysters and half-boiled eggs as food.

Sendirian di bilik mewah. Menatap monitor yang sepatah demi sepatah terisi. Dan beberapa patah lagi berisi. "Rocket" berlegar dalam ruang akustik dengan volume sederhana.

Masih mampu bernukilan. Walau hanya dengan sambungan Internet yang perlahan. Tak apa. A slow one is surely better than none at all.

Lega.

***** *** ***** *** ***** *** *****

p.s. - Mana aku?

Sunday 18 January 2009

It's time to leave.

Sejuk.
Basah.
Teh.
More caffeine.

Deadly combination for my bladder. Lima kali hajat seni dalam setengah jam yang baru berlalu. Malam yang sejuk dengan angin bak ribut. Malam yang basah dengan rintik hujan. Teh panas tatkala bual kosong dengan sang teman. More caffiene from my thirst for soft drinks. Tak cukup itu, langkah lemahku untuk pulang dalam sejuk dan basah ditemani Double Scoop Sundae. Mengidam. Agaknya.

Siangku riang dan girang. Dengan mentari yang menyinar cerah walau cuaca dingin. Dengan sembang mesra tetamu bertandang. Really made myself feel at home. Not just under any roof. My own shelter. Mungkin itu rezeki dan berkat yang mereka bawa untukku si tuan rumah peramah. Meriah dapur aku, meriah lounge-cum-ex-bedroom aku. Meriah juga seketika bilik aku tika mini-tour para ziarah.

Semerbak aroma serata ceruk rumahku. Melekat bau enak dari dapur. Walaupun sudah siap masak lama. Nasi lemak - lama sungguh tak merasa. Sambal tumis udang - tanpa belacan, lupa kirim bekal dari Mak. Ikan bilis - goreng garing. Sayur kangkung - special and exclusive for today. Timun - untuk mereka yang tak tahan pedas. Telur - direbus, dah cukup minyak dan lemak dari yang lainnya. Mengingatkan aku kata-kata Mr KeepFit yang beri nasihat "3 eggs, 1 yolk" untuk kesihatan. Kemudian dihidangkan bersama cucur udang dan kuih bakar. Dan Mr KeepFit pun bersuara lagi, "Banyak betul gula untuk kuih bakar!"




Buat aku sedikit tenang. Relaxed. Perlu ke ceruk pekan kecil yang sejuk esok. Masih belum berkemas. Tapi masih tenang. Still relaxed. Senang hatiku. Selalunya pening aku di saat-saat sebegini. Semua jadi serba tak kena. Apa yang tak kena pun taklah aku tahu sebenarnya. Masih mampu terbaring rehat sambil jemari giat di laptop putih aku ini. Masih mampu bergebang repek di teratak usang maya ini. Tanpa risau, tanpa resah. Senang hatiku.

Deru kencang angin dah beransur gemulai. Malam ini benar-benar tenang. Cool and calm. Saat buat aku dodoi diri untuk serah roh ke langit malam ini. Dalam ketenangan.

Aku suka. Tapi aku juga duka untuk pergi. Sedikit duka cuma untuk pergi, namun gembira untuk hijrah di tahun baru ini. Tiba masa untuk berlalu...

Friday 16 January 2009

To begin with...

Need to do this.
Have to do this.
Must do this.

Pengisian pertama untuk tahun baru. Dahpun tamat dua minggu. 50 more to go. Tangguh. Menangguh. Tertangguh. Azam yang nampak gaya belum cukup berazam. Masih ada kurang. Masih ada ruang. Tapi perlu segera.

Mari kita kembali bernukilan. Jemari yang tak mahu diam sekian lama ingin cari alasan merayap di butang-butang keyboard. Tangan gampil menconteng kertas dengan teriak minda dan luah hati yang pelbagai. Namun pencuri masa melekakan aku. Tanpa profit, tanpa benefit.

Apa yang dah berubah buat masa ini? Dalam jangka dua minggu yang berlalu tanpa sedar ini? Rasanya masih lagi lembab. Semua kerana bertangguh. Idea pula kontang gara-gara lama benar terhenti bersiaran dari hati ke jari ke mata ini.

Sangkut. Gagap. Kosong.

Teratak usangku perlu dikemas lagi. Semua angkara pencuri masa yang masih degil tidak mahu meninggalkan aku. Pinggan mangkuk di sinki (tak mahu membasuh dengan air sejuk), baju-baju di bilik (di atas lantai, bukan di dalam bakul!), buku-buku di atas katil (sekadar 'hiasan' daripada sesi tutorial yang sudah-sudah). Mahu pula ditinggalkan teratur kemas kini. Lama pula aku tiada selepas ini. Dihantar ke ceruk sejuk, di pekan kecil. Jadi doktor dalam komuniti mereka itu. Yang mungkin bekukan lagi otak kaku aku. Yang mungkin meresahkan lagi aku dalam kesuraman dan kesejukan.

Aku jangka, dalam beberapa pengisian berikutnya aku perlu back-date untuk mencoret sedikit 'sejarah' di tahun lalu. Masih aku mahu sentuh. Masih aku mahu gamit.

Penat. Mahu rehat seketika. Juga aku sedari ingatanku tak semegah dulu. Ada sahaja yang ingat-ingat lupa. Perlu main Sudoku lagi. And need more brain training. Perlu main "Who Has The Biggest Brain?" kerap lagi.

Now, what was I trying to say again earlier? Hmm... Ah, nevermind! Dah terlupa lagi...

Thursday 1 January 2009

Good time for a new start.

Menunggu. Sendirian. Kaca TV bersiaran CSI: Miami yang sudah berapa kali diulang tayang. Di lounge-cum-ex-bedroom aku yang sedikit kecah. Dalam sejuk yang hanya dipanaskan kaki-kaki semata. Menunggu. Dalam kalut akal. Serabut minda dengan perkara picisan yang mungkin tak pernah bebankan orang lain pun. Tapi mereka tiada bermasalah. Aku? Mencari masalah.

Menunggu. Waktu. Berlalu untuk yang baru. Pengakhiran. A new beginning, from the end. Good end? Bad end? Belum lagi aku muhasabah diri.

Menunggu. Senarai azam. Bakal diusahakan. Hanya perlu lebih MOTIVASI. Seems to be a vital word in my life right now. Really essential. Right now.
  1. Not needing 'three times lucky'. Cukup aku diberi peluang kedua.
  2. Tak mahu dicop Mr Nice Guy lagi. Dah tak perlu. Aku bukannya baik sangat pun.
  3. Mahu merantau lagi. Berteman? Itu option. Solo pun tak apa.
  4. Procrastination - struck off my list. Hopefully.
  5. Lebih sihat. Lebih segak? Mungkin.
Menunggu. Berakhir. Aku mahu keluar. Dari rumah ini. Dari tahun ini. Dari hidup lama ini.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Salam Maal Hijrah 1430H
Happy New Year 2009A.D.

* apa yang dicari? *
Granite City