Saturday 25 October 2008

You make me sick!

Kenyang benar. Baru pulang dari makan lewat malam di bandar. Sendirian. Kebiasaan. Sekurang-kurangnya tak kacau waktu orang lain. Aku flexible. Kalau ada lain yang flexible,lemme know and join me.

Hanya ditemani Mr Bangla-Loves-Malaysians yang dah 14 tahun menyuap mulut dan mengenyangkan perut-perut manusia di Granite City ini. Dia gembira hidup begitu. Memang lagak yang mampu buat dia menang pilihan raya kalau bertanding. He knows his customers by name. Everyone is his friends and everyone loves him. Sekarang dia mahu aku carikan gadis Melayu untuk jadi penambat hatinya. Aku? Dia gembira hidup begitu, aku gembira untuknya.

Malam minggu. Riuh dengan tawa riang dan/atau jerit hura-hara kemabukan itu lumrah. Lali aku separuh dekad di sini (p.s. - Ya, Anonymous. Aku dah ke overseas, dan masih di sini, dan sudah separuh dekad pun! Mata ini dah lihat pelbagai). Keriangan itu mengakhiri malam dengan hancing basah dan busuk muntah. Empty cans included. You are all sick, now you make me sick.

Teringat saat aku sakit. Lantas gampil jemari aku mencari data kesihatanku dalam sistem di hospital. Dua tahun lalu, aku sakit teruk. Tak tahan, lalu perlu ke A&E Department di tengah malas sejuk.

Mahu teka apa uzurku? Sedikit kisah: Lima hari demam panas. Lemah dan letih. Sakit perut. Juga sakit tekak. Akhirnya ke hospital setelah dua kali muntah hijau (literally). Aku mencari test results untuk sampel darah yang mereka ambil malam itu. Mungkin ada yang mahu mengintepretasikan? Just click on them if you think they're too small for your eyes.

Venous blood sample: Haematological result

Venous blood sample: Biochemistry result

Jangan risau, aku kini sihat. Tapi sudah kenyang. Katil ini sudah cukup suam untuk tubuh aku berbaring dan berlabuh pergi. Tamat lapan minggu di Stroke Unit, learned a lot, sekarang aku penat...

4 comments:

tinta jiwa said...

semoga kamu itu baik2 sahaja di sana.jaga diri.

:)

Wahidah said...

penat yea...hehehe....acute bacterial tonsilitis..hehehe...bacterial tu..:P

Mr Am said...

Amenda tu bro?? blood test pon sampai macam tu eh??

* apa yang dicari? * said...

tinta jiwa:

Alhamdulillah, sekarang sihat aja. Walaupun baru kebah demam juga sebenarnya.


wahidah:

x aci teka, org dah bgtau!


mr am:

tu pecahan-pecahan results darah.

bila test darah, ada bahagian sel (haematology) utk tgk kurg darah ke (low Hb - anaemia) yg bermakna ada pendarahan ke, atau in my case high WBC (sel darah putih tinggi menandakan jangkitan).

satu lagi utk tgk zat badan (biochemistry) sama ada kurg garam (Na) menandakan mungkin kering (selalunya high Urea gak). ataupun tanda2 ada kerosakan buah pinggang ke. byk gak la leh dibaca drp pecahan-pecahan kecil nie.

begitulah adanya...