Saturday 3 May 2008

Ain't no mountain high enough...

2 weeks.

Dah dua minggu aku di sini -Tanah Tinggi Scotland. The Highlands.

Decided to go to McDonald's today. Needed to use the Net. Ada wi-fi untuk pelanggan. Rindu mahu kembali menulis. Rindukan perkongsian coretan-coretan hidup. Penting atau tidak, itu kemudian. Yang lebih relevan sekarang, aku kembali.

Nothing much has happened.

Pagi aku bangun, gosok gigi, basuh muka, breakfast.
Then a walk by the loch to Belford Hospital. A long day work.
Jalan pulang. Makan malam 6 petang.
Tonton tv dalam bilik.
Lastly a good night sleep.

Anyway...

Apa yang aku nak nukilkan hari ini? Life as a traveller. A traveller in life.

Masa mengembara ke hadapan. Always. Tapi kita manusia. Lagak pandang merata. Ada yang pandang ke depan. Ada yang bersifat lateral-thinking. Some want to live in the past. Aku? Semua yang disenaraikan. Tapi mengikut situasi.

Sekarang aku mengembara bagai waktu. Cuma, masa aku terbazir. Dah pelbagai perancangan aku sediakan. Mana pergi? Dalam sejarah masa, tanpa rentetan relevan untuk sesiapa pun.

Merepek? Mungkin.

"Ikut orang Jepun," kata Guru Besar di sekolah rendah aku dulu. "Mereka jalan laju, sebab tu mereka maju." They don't waste time on walks. Mereka ada lebih masa untuk kerja. Dalam banyak-banyak tip self-improvements, ini satu yang aku ambil hingga sekarang. Jadi amalan hidup. Ada benarnya. Lagi laju, kurang masa perjalanan. Aku pun lebih cergas. Badan cergas, otak cerdas. Lagi produktif.

Menarik.

Well, it's good to be back. Tak lama lagi, aku bakal capai gemawan putih di langit biru...

No comments: