Perasaan kacau.
Buat aku. Buat dia. Buat mereka.
Apa lagi? Entah. Masih nak diganggu begitu kah? Kenapa?
Maafkan aku para kalian kerana bermula kembali begini. Namun, kurang lebihnya aku berekspresi semula. Tapi kacau begini, bukan?
Apa lagi? Hilang sekian lama dan muncul dalam kacau. Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang. Boleh pula begitu?
Aku berjaya akhiri kembara Ilmu Tabib.
Aku tinggal pergi dari Granite City.
Aku kenal ramah bersama teman-teman lama.
Aku hijrah ke Pekan With Love.
Hujan. Basah. Sejuk.
Granite City di Tanah Melayu.
Buat aku rindu di kejauhan.
Kalian rindukan aku jua?
Perlu tidak aku susuri titian Memory Lane? Atau sekadar menatap dia yang muram di kaunter itu?
Benar, aku salah. Atau salahkah aku benar?
Ah, maaf saja! Mudah. Mudah?
Thursday, 24 December 2009
Thursday, 19 March 2009
Time. Quick. Slow. Fast. Period.
"All my possessions for a moment of time." - Elizabeth I
Tergesa-tergesa dalam malam sejuk. Termengah-mengah sendirian. Terpinga-pinga mengurus kehidupan.
Permulaan semua ini tanpa keakuan. Buat aku terasa seakan-akan kurang self-centredness. Walaupun itu memang aku. Buat masalah, sekadar terperasan persembahan diri yang sedemikian. Namun pasti benar aku ada yang bisa bidas hal ini. Picisan aja penyataan sampah itu. Aku tak selfish? Di dunia mana? Di sini - mungkin?
Aku masih lagi dibelenggu pencuri masa. Mahu aku salahkan keadaan. Nak aku tuding kepada nasib. Bolehkah begitu? Tapi juga aku penuh pengharapan. Untuk semua itu berakhir. Waktu untuk penghijrahan kini - mungkin?
Honestly, I am now happy. Segembira yang aku mahukan. Yang aku impikan sebelumnya. Gembira. Indah. Manis. Tiada cela itu kecuali aku. Dan aku masih mahu hijrah. Bukan hal jauh dekat. Tapi hal cepat lambat.
Kala ini, aku berdiri tinggi untuk pandangan mataku melihat dunia dan kehidupan; yang mereka dan yang aku. Mengapa perlahan benar? Bukan perlahan masa. Tapi perlahan segala peristiwa yang tersirat dan bakal tersurat. Aku terkejar-kejar. Aku dikejar? Pencuri masa jahanam!
24. Aku suka. 3. Kini aku juga suka. Dan aku gembira. Nota buat kalian: aku gembira.
***** *** ***** *** ***** *** *****
I viewed the world... And life seems to be going so slow, as I continue to wait...
Monday, 9 March 2009
"I'm not feeling too good, Doc..."
Bertangguh.
Petaka.
Celaka!
Termasuk entri ini.
Tandus setelah beberapa ketika.
Tak reti untuk tetap konsisten.
Boleh pula demam...
Bukan seksa, tapi penyuci.
By the way... I'm getting better now, thanks.
Deadline.
Dan bukannya itu masalah, sekadar beban kecil.
Detik demi detik itu berlalu dekat lagi.
Crashed!
Cukup menghancurkan aku.
Cubaan demi cubaan, yang ini mencuri memori pergi dari aku...
Semua yang berlaku minggu lalu. Pada hari-hari akhir aku di ceruk pekan kecil yang sejuk itu. Menduga. Mencabar. Hanya mampu sabar.
Aku teruskan saja menaip huruf demi huruf ini di latar elektronik, walaupun bukan milik aku. Mungkin sedikit kepayahan tanpa komputer riba sendiri kini, tapi itu hanya mungkin.

"Nah, ini antibiotik."Sudahlah...
"Makan sekarang, Tuan Doktor?"
"Tunggu beberapa hari lagi. Kalau dah sembuh, tak perlu ambil. Tapi kalau masih sakit, makan sebiji tiga kali sehari ya!"
Friday, 27 February 2009
Catatan Anekdot Bayu - Part III
Hampir senja baru Khairul pulang. Menemani Tina berjalan balik sebelum dia sendiri melangkah pergi. Siang hari pada hujung minggu terisi berteman. Tak disangka. Namun, dia tetap sedikit senang hati. Walaupun dalam hati mengomel sendirian lagi tentang Tina yang bertingkah comel mahu dibelanja makan. Apa-apa ajalah!
Sudah makan, Khairul menuju ke biliknya. Dibiarkan semua pinggan mangkuk itu tinggalkan tak berbasuh di dalam sinki.
Pandangannya beralih kembali ke ruangan biliknya itu. Almari baju, meja belajar, sistem stereo mini… Banyak benda tapi masih rasa kosong. Lampu di tepi katil bercahaya, menyuluh ke atas bingkai gambar kecil di situ. Ditatap seketika foto di dalamnya. Seketika. Khairul mengeluarkan dompet dan telefon bimbitnya dari poket seluarnya dalam rehatnya itu.
“Trit, trit…” telefon berdering dalam tangannya. Khairul melihat skrin telefon memapar caller ID.
“Assalamualaikum…” ucap Khairul di hadapan pintu sambil melangkah masuk.Teman serumahnya, Syafiq sedang sibuk memasak untuk makan malam. Aroma hidangan Melayu semerbak hingga ke pintu flat mereka.
“Waalaikumussalam. Aku di dapur ni.”
“Sedap bau kau masak, Syafiq!”Musykil Khairul akan temannya itu. Marah? Merajuk? Atau lapar sangat menunggu waktu makan? “Kau tu kenapa, Syafiq? Sakit perut ke?” terus Khairul bertanya. “Tak ada apa-apa. Kalau nak makan dulu, makanlah. Tapi basuh semua periuk pinggan dalam sinki tu nanti, ya!” nada selamba yang ada makna.
“Pergi mana tadi?” tanya Syafiq dengan semacam nada.
“Keluar ke bandar, jalan-jalan.”
“Seorang?”
“Asalnya. Kemudian jumpa Tina. Lunch dengan dia.”
“Oh ok,” sudah Syafiq ringkas.
“Ya Rabbi! Maaf, Syafiq. Aku lupa!”Walau begitupun, Khairul masih lagi hairan. Seolah-olah Syafiq benar-benar terganggu. Tapi Syafiq selalu begitu. Dan akan kembali normal selepas beberapa hari. Tak berani dia nak terlalu masuk campur. Biarkan aja dia buat kini, kata hati Khairul buat dirinya sendiri. Dia mencapai pinggan dalam kabinet. Nasi berlauk ayam masak merah dan sayur campur. Memang pandai si Syafiq itu memasak. Khairul – hanya cukup syarat. Bukanlah tak tahu memasak langsung.
“Apa yang kau lupa?” ujar Syafiq.
“Lupa giliran aku yang masak! Maaf, ya?” tersengih Khairul.
“Iya lah. Aku nak tengok TV dulu.”
Sudah makan, Khairul menuju ke biliknya. Dibiarkan semua pinggan mangkuk itu tinggalkan tak berbasuh di dalam sinki.
“Khairul, takkan sinki nak biar penuh macam tu aja?” laung Syafiq dari ruang tamu mereka.Bersandar malas di kepala katil. Menghela nafas panjang. Mata merenung ke luar jendela dalam kelam malam. Renungan yang lebih jauh daripada pandangan matanya. Waktu yang selalu bagi Khairul kembali bersendirian dan bernostalgia.
“Panggil aku bila kau dah sudah makan,” jawabnya ringkas.
Pandangannya beralih kembali ke ruangan biliknya itu. Almari baju, meja belajar, sistem stereo mini… Banyak benda tapi masih rasa kosong. Lampu di tepi katil bercahaya, menyuluh ke atas bingkai gambar kecil di situ. Ditatap seketika foto di dalamnya. Seketika. Khairul mengeluarkan dompet dan telefon bimbitnya dari poket seluarnya dalam rehatnya itu.
“Trit, trit…” telefon berdering dalam tangannya. Khairul melihat skrin telefon memapar caller ID.
“Hello, Khairul. Mengganggu?” suara yang dia kenal.Mereka berbual sebentar. Tina lupa mengucapkan terima kasih kepada Khairul yang menemaninya siang tadi, dan terima kasih untuk makan tengah hari. Perbualan telefon yang cukup ringkas, setelah mendengar laungan Syafiq dari dapur minta dibasuh pinggan mangkuk di sinki mereka itu.
“Hai, Tina. Tak apa, aku baru siap makan aja tadi.”
***** *** ***** *** ***** *** *****
maaf, kalian. lama benar tertangguh. tapi semangat baru muncul. yang terjaga dari lena panjang. mungkin sedikit mamai, tapi sudah sedar, walaupun belum segar. mahu lagi dan lagi kini!
Monday, 23 February 2009
It is only that.
Menghela panjang...
Dari waktu bersama mereka. Kini sendirian menatap skrin berlatar putih yang satu demi satu abjad muncul dengan setiap taipan aku. Ke mana arahnya aku sebenarnya sendiri tak pasti. Tapi terasa perlu. Setelah menghela panjang lagi.
Aku tertarik akan komen-komen yang aku terima kebelakangan ini. Yang pandang aku mandom, depressed, bermasalah. Yang rasa aku lebih sedih daripada gembira. Yang melihat aku gelap dan suram.
Sedar benar aku akan keadaan itu. Arif sangat aku akan diri ini. Betul. Tapi aku juga terasa ada beda. Ada beza.
Merasakan ada yang kisah dan ada yang endah. Aku suka dan aku gumbira.
Merasakan ada lebih daripada keseorangan semata-mata. Aku berdamai dengan dunia.
Merasakan ada kesempurnaan. Aku kembara bersama mereka.
Tidaklah aku benar-benar pasti. Namun aku tahu ada lain untuk aku kini. Melangkah satu demi satu dalam hidup yang makin uzur, tapi dengan hati yang makin hidup.
Bersandar malas...
Ah, apa saja yang aku repek ini! Penat sudah. Kini mahu berlangkah malas. Pulang. Dalam keriangan berhias senyuman di wajah ala Ah Chong yang tak pandai cakap Bahasa Cina, Mandarin ataupun Kantonis.
Langit mendung... Maka?
Tuesday, 10 February 2009
They know, but do not notice. Or do they notice, but not know? [PART IV]
1. Can't read in a moving car. Memeningkan dan meloyakan. OK saja dalam kapal terbang atau kereta api.
2. Kalau aku yang mengemas, jangan terkejut pabila kalian hanya nampak kecah. Aku sepah dahulu kemudian kemas dan susun.
3. I can live with cough or a temperature. Tapi aku sangat tak suka selesema! Hidung berhingus buat aku jadi sedikit pengotor orangnya.
4. Walaupun mudah merajuk, namun tetap suka menyakat. Juga suka bergurau. Sometimes physical, sometimes too much. Ada yang kata aku bergurau kasar. Maaf, ya!
5. Proven: Can be spontaneous. Rujuk bukti.
6. Aku suka kucing (now left with only two at home). Even so, I'm still atopic and allergic to cats, but only if they stay in the house.
7. Mengingatkan aku bahawa aku penghidap childhood asthma. Actually, I had one attack four years ago. One. Only. No more.
8. Also related (maybe): Aku tak merokok. Tak pernah. Tak akan. Peristiwa ragging waktu jadi budak baru di asrama penuh buat aku bernazar, "I'll pay RM50 each for those who caught me smoking." No joke. Sekarang aku kadang kala termimpi-mimpi menghisap batang neraka itu di khalayak ramai... Nightmare!
9. Tidak mahu memandu di JB, KL atau Pulau Pinang. Tak suka traffic jam! Aku lebih selesa memandu di sini, walau seteruk mana pun kesesakannya.
10. I should be wearing eyeglasses, but I don't. And no, I don't use contacts either. Aku rabun jauh, dan aku rabun malam.
11. "Tomatoes give you rosy cheeks," ujar Mak waktu aku kecil dulu. Aku makan buah tomato kerana blusher-effect itu waktu kecil dulu.

Saturday, 7 February 2009
Snow White is just a fairy tale...
“The crow wished everything was black, the owl, that every thing was white.” - William Blake
Sepanjang minggu ini, aku rasakan sang suria bagaikan menyinar lebih cerah dan girang. Buat aku riang dan ceria. Mengasyikkan. Ecstacy.
Negara besar Rusia rasa pemurah, mahukan aku di sini berkongsikan secebis kemeriahan musim sejuk mereka. Salju putih tak henti berkunjung tiba. Melitupi seluas saujana mata memandang. Lebih daripada yang pernah aku alami selama ini. Jauh lebih.
Lebih sejuk.
Lebih tebal.
Lebih putih.
Lebih indah.
Memandang aku ke luar sana. This is no fairy tale. This is real beauty.
Tangan yang kian berkedut ini terus berkarangan. Jemari yang makin lesu ini terus bercoretan. Kulit yang kian kering ini terus bernukilan.
Sekadar mengamati alam. Menghargai diri. Mensyukuri jiwa.
Aku kini gumbira!
Subscribe to:
Posts (Atom)