Hati ini
bergelojak.
Hati ini
kecamuk.
Hati ini
pinta diluahkan.
Hati ini
pasrah...
Sekian lama
aku tinggalkan kalamku. Reput dek masa. Rapuh dek alam. Ah, repek apa aja aku
ini! Tapinya, benar. Entah halus entah kasar lirikku kini. Kaku. Karat. Kosong.
Kaku jemari
mahu mencoret.
Karat akal
mahu berfikir.
Kosong hati
mahu merintih.
Tahun yang telah
aku lalui ini banyak benar duka dan gembira. Luka dan ceria. The usuals. Tak
asing buat aku yang penuh sandiwara dan drama.
Suatu ketika
penuh pujuk rayu. Penuh ratap tangis. Sudahlah... Bukan?
Buku hitam
itu mahu aku tutup. Kunci. Bakar.
Lembaran
putih terhampar. Suci. Bersih.
Pena kembali
bertemu temannya.
Jari-jemari
mula mendakapi butang-butang hitam yang ada.
Datang dan
pergi.
Hilang dan
kembali.
Temani aku,
ya?
1 comment:
you forgot my birthday :(
-d
Post a Comment