Friday 27 February 2009

Catatan Anekdot Bayu - Part III

Hampir senja baru Khairul pulang. Menemani Tina berjalan balik sebelum dia sendiri melangkah pergi. Siang hari pada hujung minggu terisi berteman. Tak disangka. Namun, dia tetap sedikit senang hati. Walaupun dalam hati mengomel sendirian lagi tentang Tina yang bertingkah comel mahu dibelanja makan. Apa-apa ajalah!
“Assalamualaikum…” ucap Khairul di hadapan pintu sambil melangkah masuk.
“Waalaikumussalam. Aku di dapur ni.”
Teman serumahnya, Syafiq sedang sibuk memasak untuk makan malam. Aroma hidangan Melayu semerbak hingga ke pintu flat mereka.
“Sedap bau kau masak, Syafiq!”
“Pergi mana tadi?” tanya Syafiq dengan semacam nada.
“Keluar ke bandar, jalan-jalan.”
“Seorang?”
“Asalnya. Kemudian jumpa Tina. Lunch dengan dia.”
“Oh ok,” sudah Syafiq ringkas.
Musykil Khairul akan temannya itu. Marah? Merajuk? Atau lapar sangat menunggu waktu makan? “Kau tu kenapa, Syafiq? Sakit perut ke?” terus Khairul bertanya. “Tak ada apa-apa. Kalau nak makan dulu, makanlah. Tapi basuh semua periuk pinggan dalam sinki tu nanti, ya!” nada selamba yang ada makna.
Ya Rabbi! Maaf, Syafiq. Aku lupa!”
“Apa yang kau lupa?” ujar Syafiq.
“Lupa giliran aku yang masak! Maaf, ya?” tersengih Khairul.
“Iya lah. Aku nak tengok TV dulu.”
Walau begitupun, Khairul masih lagi hairan. Seolah-olah Syafiq benar-benar terganggu. Tapi Syafiq selalu begitu. Dan akan kembali normal selepas beberapa hari. Tak berani dia nak terlalu masuk campur. Biarkan aja dia buat kini, kata hati Khairul buat dirinya sendiri. Dia mencapai pinggan dalam kabinet. Nasi berlauk ayam masak merah dan sayur campur. Memang pandai si Syafiq itu memasak. Khairul – hanya cukup syarat. Bukanlah tak tahu memasak langsung.

Sudah makan, Khairul menuju ke biliknya. Dibiarkan semua pinggan mangkuk itu tinggalkan tak berbasuh di dalam sinki.
“Khairul, takkan sinki nak biar penuh macam tu aja?” laung Syafiq dari ruang tamu mereka.
“Panggil aku bila kau dah sudah makan,” jawabnya ringkas.
Bersandar malas di kepala katil. Menghela nafas panjang. Mata merenung ke luar jendela dalam kelam malam. Renungan yang lebih jauh daripada pandangan matanya. Waktu yang selalu bagi Khairul kembali bersendirian dan bernostalgia.

Pandangannya beralih kembali ke ruangan biliknya itu. Almari baju, meja belajar, sistem stereo mini… Banyak benda tapi masih rasa kosong. Lampu di tepi katil bercahaya, menyuluh ke atas bingkai gambar kecil di situ. Ditatap seketika foto di dalamnya. Seketika. Khairul mengeluarkan dompet dan telefon bimbitnya dari poket seluarnya dalam rehatnya itu.

Trit, trit…” telefon berdering dalam tangannya. Khairul melihat skrin telefon memapar caller ID.
“Hello, Khairul. Mengganggu?” suara yang dia kenal.
“Hai, Tina. Tak apa, aku baru siap makan aja tadi.”
Mereka berbual sebentar. Tina lupa mengucapkan terima kasih kepada Khairul yang menemaninya siang tadi, dan terima kasih untuk makan tengah hari. Perbualan telefon yang cukup ringkas, setelah mendengar laungan Syafiq dari dapur minta dibasuh pinggan mangkuk di sinki mereka itu.

***** *** ***** *** ***** *** *****

maaf, kalian. lama benar tertangguh. tapi semangat baru muncul. yang terjaga dari lena panjang. mungkin sedikit mamai, tapi sudah sedar, walaupun belum segar. mahu lagi dan lagi kini!

Monday 23 February 2009

It is only that.

Menghela panjang...

Dari waktu bersama mereka. Kini sendirian menatap skrin berlatar putih yang satu demi satu abjad muncul dengan setiap taipan aku. Ke mana arahnya aku sebenarnya sendiri tak pasti. Tapi terasa perlu. Setelah menghela panjang lagi.

Aku tertarik akan komen-komen yang aku terima kebelakangan ini. Yang pandang aku mandom, depressed, bermasalah. Yang rasa aku lebih sedih daripada gembira. Yang melihat aku gelap dan suram.

Sedar benar aku akan keadaan itu. Arif sangat aku akan diri ini. Betul. Tapi aku juga terasa ada beda. Ada beza.

Merasakan ada yang kisah dan ada yang endah. Aku suka dan aku gumbira.
Merasakan ada lebih daripada keseorangan semata-mata. Aku berdamai dengan dunia.
Merasakan ada kesempurnaan. Aku kembara bersama mereka.

Tidaklah aku benar-benar pasti. Namun aku tahu ada lain untuk aku kini. Melangkah satu demi satu dalam hidup yang makin uzur, tapi dengan hati yang makin hidup.

Bersandar malas...

Ah, apa saja yang aku repek ini! Penat sudah. Kini mahu berlangkah malas. Pulang. Dalam keriangan berhias senyuman di wajah ala Ah Chong yang tak pandai cakap Bahasa Cina, Mandarin ataupun Kantonis.

Langit mendung... Maka?

Tuesday 10 February 2009

They know, but do not notice. Or do they notice, but not know? [PART IV]

1. Can't read in a moving car. Memeningkan dan meloyakan. OK saja dalam kapal terbang atau kereta api.

2. Kalau aku yang mengemas, jangan terkejut pabila kalian hanya nampak kecah. Aku sepah dahulu kemudian kemas dan susun.

3. I can live with cough or a temperature. Tapi aku sangat tak suka selesema! Hidung berhingus buat aku jadi sedikit pengotor orangnya.

4. Walaupun mudah merajuk, namun tetap suka menyakat. Juga suka bergurau. Sometimes physical, sometimes too much. Ada yang kata aku bergurau kasar. Maaf, ya!

5. Proven: Can be spontaneous. Rujuk bukti.

6. Aku suka kucing (now left with only two at home). Even so, I'm still atopic and allergic to cats, but only if they stay in the house.

7. Mengingatkan aku bahawa aku penghidap childhood asthma. Actually, I had one attack four years ago. One. Only. No more.

8. Also related (maybe): Aku tak merokok. Tak pernah. Tak akan. Peristiwa ragging waktu jadi budak baru di asrama penuh buat aku bernazar, "I'll pay RM50 each for those who caught me smoking." No joke. Sekarang aku kadang kala termimpi-mimpi menghisap batang neraka itu di khalayak ramai... Nightmare!

9. Tidak mahu memandu di JB, KL atau Pulau Pinang. Tak suka traffic jam! Aku lebih selesa memandu di sini, walau seteruk mana pun kesesakannya.

10. I should be wearing eyeglasses, but I don't. And no, I don't use contacts either. Aku rabun jauh, dan aku rabun malam.

11. "Tomatoes give you rosy cheeks," ujar Mak waktu aku kecil dulu. Aku makan buah tomato kerana blusher-effect itu waktu kecil dulu.

Saturday 7 February 2009

Snow White is just a fairy tale...

“The crow wished everything was black, the owl, that every thing was white.” - William Blake

Sepanjang minggu ini, aku rasakan sang suria bagaikan menyinar lebih cerah dan girang. Buat aku riang dan ceria. Mengasyikkan. Ecstacy.

Negara besar Rusia rasa pemurah, mahukan aku di sini berkongsikan secebis kemeriahan musim sejuk mereka. Salju putih tak henti berkunjung tiba. Melitupi seluas saujana mata memandang. Lebih daripada yang pernah aku alami selama ini. Jauh lebih.

Lebih sejuk.
Lebih tebal.
Lebih putih.
Lebih indah.


Memandang aku ke luar sana. This is no fairy tale. This is real beauty.

Tangan yang kian berkedut ini terus berkarangan. Jemari yang makin lesu ini terus bercoretan. Kulit yang kian kering ini terus bernukilan.

Sekadar mengamati alam. Menghargai diri. Mensyukuri jiwa.

Aku kini gumbira!

Monday 2 February 2009

Pain. Miserable. Sanity?

Week out. Weekends.

Hujung minggu yang dinantikan. Not that I had too hard or too busy of a week as such. Cuma terasa mahu beristirehat. Perlu ketenangan hujung minggu. Sangat perlu. Dua hari terakhir minggu ini seakan-akan cuba memerah segala tenaga dan semangat untuk istirehat agung aku.

Cuaca The Highlands yang redup. Suram. Basah. Sejuk. Suasana kesedihan. Cukup mengganggu kewarasan diri. Semacam bakal serba tak kena hari aku.

Pagi Jumaat yang mula menguji emosi aku. Terasa bagai salah aku melihat si ibu menangisi anak kecilnya yang masih tidak memahami apa yang sedang berlaku itu. Anak lima tahunnya itu diberi diagnosis kencing manis. Aku di situ menyaksikannya. Sedangkan aku sendiri jua terkedu. Kaget. Too much to take in. A life simply changed because of that single word. "Diabetes". Aku sendiri masih terkedu. Kaget.

Cuaca The Highlands kian redup. Lebih suram. Makin basah. Sangat sejuk. Semakin mengganggu kewarasan diri. Mula serba tak kena hari aku.

Two home visits. Two elderlies. Melawat mereka yang sakit, dan bersendirian. Mereka sedar mereka sakit, tapi mereka tidak tahu. Sad to see. They seem depressed. The weather was depressing. Now I was feeling depressed! Oh, tidak...

Downhill. Semua serba tak kena hari aku. PMS. It been quite a while now. Sakit kepala, tekanan perasaan, penat. Tertekan lagi. Aku terpaksa nyah pergi.

Things happen for a reason, don’t they? Kalian masih belum kenal aku, bukan? Kala ini aku perlukan masa sebagai temanku. Sungguh aku hargai kalian yang kerisauan dan berkeperihatinan. Fahami aku. Aku mungkin resah, kelesah, gelisah. Aku mungkin tak tenteram. Aku juga mungkin sedih, bersedih, menyedihkan. Tapi kala ini cuma. Bertanyalah. Maka aku minta masa sebagai temanku. Tunggu aku. Cukup.

Home. On the bed. Rest. Eyes wide shut. Sleep.

Overnight. Itu saja aku perlukan. Granite City dikunjungi sang suria. Selamat datang! Menyegarkan. Menenangkan. Menggembirakan! Juga bersama Cik Temah & Co. yang gamat dengan bual kosong dan gosip-gosip 'tempatan' yang ada. Menceriakan.

Kalian semakin mengenali aku, ya? Aku kembali kepada kalian. Masa akan tetap berlalu. Aku sudah kembali. Recharged.

Cuma aku masih berfikir. Tatkala aku resah, tika aku tak tenteram, saat aku sedih itu, hati aku menangis. Tapi tiada berair mata buatku.

Mengapa?
Hati keras?
Mati hati?
Tunjukkanlah kepadaku yang aku perlu, wahai Engkau yang Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani...

Week in. Weekdays.