Sunday 31 August 2008

A new chapter.

Kesejahteraan buat semua...

SALAM MERDEKA 50+1
untuk negaraku yang tercinta

SALAM RAMADHAN
buat Muslimin Muslimat sekalian

Bagi aku, saat ini permulaan hidup baruku.
Sepuluh jari ku susun pohon ampun maaf zahir batin dari semua.

Terima kasih kepada semua...

Wednesday 27 August 2008

Heartache! Any doctor around?

Dah dua malam aku berjaya lena. Di waktu sepatutnya. My bio-clock needs resetting. Aku bakal langkah kembali ke Tahun Akhir. Next week. Wish me luck. Rasanya mudah untuk aku kali ini. Yakini aja diriku!

Tapi celik pula mataku kala ini. Mungkin segar dari mandiku. Rasa sihat pun ada. Endorphine dan adrenaline masih deras mengalir dalam salur nadiku. Sejam di gelanggang badminton tadi. Lenguh badan dari bermain bola bersama teman-teman Malaysiaku vs. remaja Arab minggu lepas pun belum hilang. Ah, alangkah bahagianya kalau ada si dia layaniku bak raja kala ini! Ah, mampu aku impikan saja saat ini...

Oh, Malaysia won
4-0 by the way! Malaysia memang boleh.

Kerinduan.
Tiba-tiba rasa itu menerjah dalam jiwa.
Kerinduan di kejauhan yang puluhan ribu batu itu.
Di kejauhan mataku tapi tak pernah dari hatiku...

Rindukan tilam bujang di study room, kerana aku bukan lagi penghuni tetap rumah yang perlu bilik sendiri. Kepingin akan segala macam hidangan yang sentiasa tersedia untukku. Missing my brother and sisters, my parents and my maid "The Big Sis". Kangen sama deru ombak di pesisir pantai indah itu - mandi-manda ketika kecilku, bercengkerama di kala teruna muda.

Ini Minggu Penghayatan Kenangan buat aku, mungkin. Membawa aku kembali. Go back in space and time. Bila dan di mana hidup bukan suatu masalah.

Apa lagi aku rindukan? Hmm... Yang terbijaksana. Perkenalan yang ringkas, tapi itu sebelas tahun dahulu. Sedekad yang menjalinkan sebuah persahabatan penuh keakraban. Saling memahami. Always there for one another. Saling menyayangi. Saling mencintai? Neah. Friendship yang terlampau suci untuk dinoda begitu. Benarkah? Tapi masa beri peluang untuk perubahan, dan masing-masing berubah. Aku cuma sentiasa di sini mendoakan kebahagiaanmu, wahai sahabat. Engkau tetap yang terbijaksana.

Heartache! Kerana kerinduan. Perlukah diubati? Aku cuma kerinduan, dan aku terbaring di sini dengan senyuman. Again...

Tuesday 26 August 2008

The Lost Treasures: Felicitous moments...

Lagi aku merungkai kisah lama. Dari diary-cum-notebook lama di cyberspace. Tak banyak entri aku di sana. Mungkin semangat hati yang hangat-hangat tahi ayam. Mungkin juga karena aku terlalu banyak ratapan daripada luahan, sedangkan aku sendiri perit mahu membaca semua itu kembali. Maka pencarianku di lorong memori menemukan aku dengan coretan bernada gembira dan istimewa...

"Every cloud has its silver lining - somewhere..."
Waktu di laptopku menunjukkan jam 3:26 pagi. Teman-teman serumahku sudah nyenyak dibuai mimpi. Tinggal bilikku saja yang masih diterangi lampu. Seperti rentetan-rentetanku yang lain, lagi banyak kebosanan daripada keceriaan. Lagi banyak kesedihan daripada kegembiraan. Adakah kerana memang tiada istilah "kegembiraan" dalam hidupku? Ah, mustahil sampai begitu sekali! "Dude, you're such a pussy!" agaknya begitulah fikir orang terhadapku yang kerap kali membebel tentang kebosanan, kesedihan, kesunyian... Mungkin juga. Memang kepalaku sekarang ini serabut dengan semua itu. Tak apa, kali ini aku berikan kelainan. Akan aku tulis kecamuk mindaku ini lain kali - atau aku lupakan saja. Biarkan coretanku yang ini aku isi untuk berkongsi saat-saat gembiraku selama tiga bulan sunyi tanpa nota.

Tanahairku - Malaysia. 17 Jun 2005. Aku kembali. Betapa gembiranya aku hari itu. Syukurku tiba pesawat MAS Boeing 747 menyentuh bumi Sepang. Senyumku kepada peramuga-peramugari semua. Ceriaku menatapi pemandangan yang sudah biasa aku lihat selama 20 tahun pertama hidupku.

"Mak, lapar..."

Sudah kecur mulutku memikirkan hidangan-hidangan kegemaranku. Semua akan aku rasa sepanjang dua bulanku nanti. Nasi dagang, nasi kerabu, kerepok lekor, char kuey teow, sata, laksam, ikan bakar... Nak saja aku senaraikan semua. Banyak. Memang banyak. Kuat makan, tapi takut gemuk. Macam-macam perangai... Mahu semua itu, tapi perlu tunggu sampai rumah dulu. Maka, makanan pertamaku di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur cuma set hidangan Big Mac dan Fish-o-Filet di McDonald's. Seronok! Mak hanya mampu menggeleng tersenyum melihatku makan. Nampak biasa bagi orang lain, tapi itu sudah cukup istimewa untukku bersama ibu dan adikku yang menemaniku pulang dari United Kingdom hari itu.

Hari itu kegembiraan bukan hanya untukku. Aku kongsi dengan seorang teman istimewa. Bertemu untuk pertama kalinya bersama. Si kecil molek. Bertentang mata tanpa kata. Hanya mampu tersenyum penuh keceriaan. Senyuman yang dah lama aku rindukan. Indahnya! Andai masa boleh dihentikan, berikan waktu itu untuk kami bersama lebih lama... Duduk di bangku, menghadap Anjung Tinjau. Berceloteh mesra. Bergelak ketawa. Banyak benar cerita yang mahu dikongsi. Dari dulu aku sering fikirkan - kenapa saat-saat gembira itu sentiasa bagai berlalu begitu pantas? Sudah bertemu, tiba waktu berpisah - untuk seketika kini. Tak dapat aku lupakan semua itu. Masih membuatkan aku tersenyum kala sendirian. Termasuk ketika ini, aku melirit sekuntum senyuman kerinduan...

Lega rasanya dapat bernukilan kembali. Kisah makan, kisah pertemuan. Hanya dua. Namun sudah cukup istimewa, sudah cukup indah. Lagipun, coretan dua bulan bukannya ringkas. Untuk kembali bercerita setelah tiga bulan lenyap, ini pun sudah cukup panjang.
Aku yang sendirian kala ini mampu mengukir senyum manis di sini...


Monday 25 August 2008

The Lost Treasures: When it all began...

Hari ini terasa berkenan menyusuri rintisan hidup aku. Yang dah terkambus dek masa. Teringin mencungkil yang pernah tersurat dan tersirat. Membawa aku kembali ke permulaan semua ini. Blog lama aku, di waktu experimenting period. Mungkin minggu ini aku copy-paste saja cebisan-cebisan kisah lama aku. Rupanya hampir lima tahun sudah hidup aku dihiasi, disinari, diwarnai bait-bait madah dan rangkai-rangkai luahan berpuisi.

"Kecewa? Mengecewakan? Dikecewa? - Hatiku Untuk Siapa?"
Suasana gembira manusia di dunia dilanda kesuraman, kesedihan dan kehilangan besar. Keluarga bahagia terpisah, kemakmuran jadi porak-peranda, kedamaian indah ranap sekelip mata - angkara tsunami yang mengganas. Bak roda besar yang berputar... Ada waktu roda itu di atas, manusia bahagia, gembira dan aman dengan apa yang ada. Namun ada tika masa roda berputar untuk mencecah tanah - keras, panas, kotor berlecak atau pelbagai lagi keadaan yang harus ditempuhi. Manusia tersungkur dalam kesedihan, kesusahan, malah kekecewaan...

Bagi aku, ketika ini lubuk hati penuh kecelaruan dan ketakpastian... Diri sendiri cuba memahami perasaan yang bermain-main ini. Aku sedih? Aku sepi? Aku rindu? Aku cemburu? Seolah-olah semua itu ada dalam diriku tika ini, cuma tak pasti sebab dan asalnya.

Kesedihan? Sedih kerana tiada teman yang benar-benar dapat menemaniku kala aku benar-benar memerlukannya. Kesepian? Sepi kerana tiada insan istimewa itu yang selama ini telah menceriakan kehidupanku. Kerinduan? Rindukan saat-saat bahagia bersama si dia yang pernah aku miliki, rindukan memori-memori yang telah aku kongsi bersama, rindukan kemanjaan dan kasih sayang yang dicurahkan. Cemburu? Cemburu aku memerhatikan kasih sayang yang dicurahkan, memori indah sekadar pemerhati, tidak mampu merasai semua itu lagi...

Bukan aku mengharapkan masa berputar kembali untuk aku melalui semua itu sekali lagi. Bukan aku mengharapkan sejarah berulang kembali. Mana mungkin dapat aku nafikan aku impikan semua itu, tapi untuk apa aku menanti sesuatu yang tiada kebenaran dan penuh rasa mustahil yang nyata?

Pilihan di tanganku. Telah banyak yang berlaku sepanjang dua puluh satu tahun kehidupanku ini. Aku peroleh pengalaman sepanjang perjalanan yang tidak begitu singkat ini. Apa aku boleh buat? Apa boleh aku pilih? Kembali mencari jalan baru untuk aku teruskan perjalanan ke destinasi yang masih aku cari.. atau berhenti seketika, menilai jarak perjalanan yang telah aku tempuhi, menghayati perhentian seketika yang aku singgahi kini sebelum aku kembali meneruskan pengembaraan yang telah aku mulakan tujuh tahun dahulu. Lebih lima laluan yang telah aku tempuhi untuk sampai ke mana aku sekarang ini...

Yang paling nyata ketika ini... Aku masih mencari kepastian, masih mencari kebenaran, masih mencari sokongan yang aku harapkan...
Ini first entry aku di sana. Tatkala frust dengan segala yang berlaku di sekelilingku. Hati luka yang aku bawa jauh merantau waktu itu. Lalu, diluahkan saat santaiku di sofa empuk teman-temanku di Dublin, Disember 2004.

Saturday 23 August 2008

Are you still awake? No?

"Dreams pass into the reality of action. From the actions stem the dream again; and this interdependence produces the highest form of living." - Anaïs Nin

Kelam malam. Cahaya lampu jalan menelusi jendela di ruang tamu. Terang monitor komputer riba menyuluh mata. Lampu meja menyinar dari sudut. Termenung. Merenung.
Andaikan ku bisa,
Lebih adil pada cinta kau dan dia,
Aku bukan Nabi yang bisa sempurna,
Ku tak luput dari dosa...
Ya. Rossa menemani kegelapan dan kedinginan malam aku. Dan Rossa kembalikan aku dalam saat duka lama. Memori silam yang kelam itu. Sekelam malam ini. Segelap hati tak luput dosa.

Oui. Jemari ini terus mengarang minda kosong yang kini bersulam kekelaman dan kegelapan. Walau bukan itu yang mahu terukir di sini. Tak apa, biar aku tinggalkan memori itu. Kenangan.

Yes. Kala malam ruangan kelam aku jadi terang. Tika lail ini aku celik untuk bercoretan. Mungkin sekadar nota hidup, mungkin hanya rima-rima kata, mungkin susunan baris-baris nukilan cuma.
Bahang dunia bukan tidak terasa. Bahu juga bagai tidak tertanggung dosa semalam. Dan di kesempatan yang ada, dia bermunajat bersama Khaliqnya. Semoga apa yang berlaku semalam, ketidak sengajaan yang tidak akan berulang. Dan hari ini dia sedar, keterlanjuran cerita semalam perlu ditamatkan bersama cerita hari ini dengan penuh kesyukuran.
Iya. Sedar Hisyam kini, sekian lama alpa dia akan amanah hidup. Trilogi Saga itu aku belek, aku baca, aku tatap. Persahabatan, tragedi, kekeluargaan, romantik percintaan. Tanpa prejudis, pengisahan hidup ini Abdul Talib Hassan nukilkan. Buat aku amati, buat aku hayati. Bermula saat aku menyukai bahasa, mencintai sastera.

Aye. Aku cemburu melihat mereka yang mampu mengekspresi diri. Mereka yang mampu suarakan isi hati tanpa bicara. Bagai Vincent van Gogh yang mewarnakan kehidupannya di kanvas putih. Bak Tongkat Waran yang memahat warta dalam rangkai-rangkai kata puitis.

Si. Aku mahu itu. Bukan jadi mereka. Hanya seperti mereka. Cuma bagai mereka. Demi kerana aku juga sendiri. Jiwa sendiri. Akal sendiri. Hidup juga sendiri.

Ja. Di sini tempatku. Rasanya dah aku temui jiwaku. Yang terhembus dek bayu ke sini. Segala anekdot yang tercoret, yang dicoret, dan terus aku coret...

Thursday 21 August 2008

Catatan Anekdot Bayu - Part II

"Tina?"

Mengejutkan dia dari lamunan. Silau memandang silhouette gadis kecil molek berdiri di belakangnya. "Hai, Khairul. Termenung jauh nampak?"

Ditarik kerusi dari meja. Tina duduk melabuh punggung di sebelah Khairul. Tersenyum manis. "Keluar weekend seorang diri saja?" Si jelita mula bicara. Ada kah yang nak meneman?

"Tak call I memang tak adalah yang nak meneman you tu, cik abang..." guraunya dengan gelak kecil. "Bukan tak mahu ajak, tapi takut mengganggu. Lagipun, selalu saja aku keluar sendirian. Dah biasa." Hobi, rutin atau sekadar lumrah hidupnya, ramai yang tak pasti. Tapi sememangnya Khairul begitu. Jarang benar dilihat bersama orang lain. Kecuali saat majlis keramaian dan aktiviti riadah hujung minggu. Sedangkan dalam kuliah pun dia lebih senang menyendiri di hujung baris belakang auditorium.

"Khairul, you know you can always give me a ring."
"Tak apa. Lagipun sekarang dah jumpa, kan? Kau dari mana, nak ke mana?"
"I baru habis group discussion dengan Julia dan Sam tadi. Jadi sekarang lunch time!"

Dalam merenung, Khairul menatap wajah Tina. Rupawan, riang, kasual. Tapi sentiasa serius waktu lain. Perwatakan yang menarik. Kemudian Tina memegang lengannya, "Khairul, care to treat me for lunch?" Merenung lagi dia dalam mata insan genit berlensa koko itu. Suka hati saja mentang-mentang comel, ngomelnya dalam hati. Dalam begitu pun dia senang menjawab, "Nak makan apa?"

Hari mula redup sedikit. Hidangan tengah hari selesai sudah dijamu. Personaliti lone ranger Khairul jelas berubah sepanjang bualan waktu makan tengah hari mereka - petah berceloteh, ceria, aktif interaksinya. Bukan Khairul yang pendiam dan menyepi diri. Terlirik senyuman di bibir Tina sepanjang bual bicara mereka. Senang hatinya melihat Khairul terhibur.

Mereka berjalan meninggalkan kafe di tengah bandar sesak itu. Khairul bertanya, "Mahu ke mana sekarang?" Rancangan asalnya cuma keluar dari rumah hilangkan bosan terperap di rumah. Kini ada teman, kalau-kalau ada yang lain mahu dilakukan seterusnya.

"Ikut you, boleh?"
"Balik rumah?"
"Boleh?"
"Nak kah?"

Anak-anak muda. Bergurau nakal. Hanya diakhiri gelak cuma. "Jom," ajak Khairul. "Ke mana?" Tina tak pasti. "Ikut saja."

Deras arus trafik ibu kota membingitkan. Mengiringi susur perjalanan mereka ke pelabuhan di pinggir kesibukan bandar. Bayu dingin North Sea berhembus, melambai ikal rambut Tina menyapu muka Khairul di sebelah.

"Ops, sorry!"

***** *** ***** *** ***** *** *****

masih lembab. idea dari otak beku. mana pergi ilham when you most need it? sakan aku bersekang mata selepas Fajr. ini saja hasilku. ada sesiapa mahu bantu? mahu jadi inspirasi aku? sila langkah ke depan barisan ini. don't forget to take your number. aku perlu Ali-Tea!

Wednesday 20 August 2008

TQ - Thank You. 10Q - Not Thank 'Que'.

Dalam seminggu ini banyak aku berkomen dari menulis sendiri untuk aku. Tapi difikirkan kembali, itu pun isian, bukan? What have I written so far? Hmm...

***** *** ***** *** ***** *** *****

Menjawab isu non-Bumiputera ke UiTM di blog Ahli Jiwa
Kelakar aku. Kelakar kau. Kenapa hanya Cina jadi isu? Mengapa hanya Cina yang dirisaukan.

Tatkala yang cuba bawa perubahan buat Melayu, kongsikan dengan non-Bumi, dia yang bodoh. Dia lemah otak. Banyak kahwin sepupu? Halal saja. Argument style yang sungguh jelek. Sungguh bukan lil' Munchkin.

I don't mind. One can take my place. Usaha aku letak aku di tanah PM Gordon Brown. Itu yang jadi tanda dan tangga usaha. Melayu bukan tak mampu. Melayu hanya tak mahu.

Dulu Tanah Melayu, kini Malaysia. Kenapa perubahan? Kerana Tanah Melayu berubah. Lebih baik? Lebih teruk? Asal May 13th 1969 tak berulang, kita semua gumbira. Or at least, aku gumbira.

Kawan aku Samuel George, Zhuo Min, Nadia, Hann Zavemi, Ganesh. By name, bukan by race.

Sayang Melayu? Majukanlah. Jangan sekadar telagah. "Kau salah, aku betul. Mana boleh begini?!"

Takut jatuh, atau takut keselesaan culas selama ini pudar?

From: Yang bodoh mencari ilmu.


Memujuk hati Jackass yang lara dan mahu terus hidup baru
Well, you can count me in too.

Welcome to the club. Err... What club? Hehe...

*telanjang dan tersenyum juga (tapi pandangan yang menjelakkan mata!)

You can when you want to. And you want to...

Every cloud has a silver lining.


Meraikan 9,000 visitors ke alam Ahli Jiwa
you somehow reached out to me.

and that was a few thousand visits back.

harap hidup kau juga dicapai, kalau tak sama maka dengan cara berbeza.


Melayan Ahli Jiwa lepas perasaan
Well said and put.
Well deserving of an award.
"Best fucked-up life" and "Best tribute to the Fucked".

Sekadar di pinggir menonton dengan caramel popcorn, sambil ikut caci dan jadi batu api wayang itu. Menonton hingga ditengking "Berhambus!"

Dia di sana, kau tetap saja. Biar dia lari, nyah, pergi...

Dah. Aku senaraikan sinonim yang kau cari tadi.

Nasihat buat waniz... tatkala kecewa
tak perlu lupakan insan. tak perlu lupakan kenangan.

different things happen for a reason. sometimes good, sometimes bad.

pepatah orang kita juga, "buang yang keruh, ambil yang jernih" bukan?

di sebalik suram ada tawa gumbira. yang baik tak tetap, maybe the better waiting in line.

cheer up!

pi.es. maaf tumpang lalu. kebetulan saja.


Sembang kosong dengan Mr Am ex-kuli KFC
never thought I'd met an ex-KFC blogger. life as a big family. seronok. banyak kenangan. banyak drama. banyak juga tragedi. brings back all the memories, kembalikan senyuman di bibir saat teringat...

paling seronok... berjaya bawa perubahan. jadi cashier satu hari, foreign couple datang order. dengan machonya proper post-SPM English bersembang dengan customers. kini kembali ke KFC, semua cashiers pandai English. tak main-main punya. teringat juga kisah ala-drama dengan boyfriend orang.

dalam 5 bulan. saja luangkan masa post-SPM. dapat extra duit belanja, dengan gaji yang cuma tahan setiap hari ke-2 dapat gaji. hehe... customer crew (formerly known as Buzzers). tapi dah try semua Department.


Tatkala si Ahli Jiwa kerasukan jiwa kecewa palat
bahan-bahan:
- sodok sampah
- berus
- gam gajah

bagai tampalan pasu Sarawak yang terhempas berderai dari meja hiasan di dapur.

how to mend? help from people you trust, including yourself. me? i'm just around.

jamban mana kau cari? yang awam di Pasar Seni atau public ones juta-juta duit rakyat di BB?

heh.

20sen harga koci di jamban juta-juta.

worth the penny.

kelupaan?
- beta-blocker propanolol untuk PTSD
- kemalangan dengan otak cedera tapi sihat selainnya, jadi kau amnesik
- tidur, aktiviti ingatan minimal
- mabuk, stoned, high, horny...

again, i'm around.

***** *** ***** **** ***** *** *****

Sakit mata. Menaip depan laptop dalam suram. Main switch rosak, lampu tak mahu nyala. Kenapa malas bagitahu landlord?!

Saturday 16 August 2008

A ten-day cocktail mix. Now let's get it on!

Idea di kedai kopi...
Serangga di buku nota...

Hati mahu berontak. Tapi untuk apa?
Tak senang.
Freedom or seclusion?
Do not ask too much.
IDEAS in red - bored and MAD at self!

I need privacy.
I need freedom.
Live alone. Choice. Desperation?

Empat puluh. Dua ratus. Sembilan.
Pasangan bertentangan. Kaki bermainan. Ingatkan nakal aku bersama dia. Berani depan si Papa yang senantiasa diam tapi serius.
***** *** ***** *** ***** *** *****

bits and pieces. thoughts from abroad. jotted down away from home.

with attempts of making sense. honest.

Friday 15 August 2008

The day fades. From morning, now to noon, later evening...

"I have learned now that while those who speak about one's miseries usually hurt, those who keep silence hurt more." - C. S. Lewis

This life alone kinda sucks. Kini lost track of time. Terlepas menulis semalam. Sekurang-kurangnya buat sedar akan dunia. Gila, sudah Jumaat! Lupa...

*damn!*

Rasa hilang pedoman. Sendirian tanpa haluan. At least buat masa ini.

Kemudian, keluhan tentang hidup. Rela mati, dah tak mahu merana. Seolah tiada makna. Hendak saja mati belum hilang dara, begitukah? Any thought fulfilling life's wants and needs first? Hati pecah. Badan sakit. Otak tepu.

*blank*

Luahan tanpa rahsia. Perkongsian. Mendengar tanpa judgement. Penyudahan. Ada?

Ingat.
Ingat.
Ingat.

Jangan pernah mahu jadi Tuhan yang tentukan hayat. Jangan pernah biar nafsu takluk akal.

Ini.
Tiada aku, tiada kau, tiada dia.

Itu.
Kehilangan. Sakit. Merana.
Lupakan saja...

*relief*

Wednesday 13 August 2008

As I continue to stare at the blank screen with a blank mind in the blank space...

Subuh jam 3 pagi. Aku tidur sekarang, aku bakal kantoi solat Fajr aku. Yang dah hampir cukup seminggu aku lepas. Alarms don't seem to work well with me lately. Diigaukan bersama bunyian dalam mimpiku.

Excited seharian semalam. Kini dunia di hujung jemariku dari sofa-cum-katil di lounge. Seronok mampu berekspresi dalam lenang. Cuma perlu cari MOTIVASI lagi.

Di luar kini sunyi. Seketika, kesuraman dan kesunyian bertukar seram dan menggerunkan. Tapi cuma seketika. Deru enjin motorsikal mengejutkan aku tatkala Ghost Hunters menganalisa bising entiti misteri dalam rakaman.

In the blankness, aku masih mencari idea menulis. Apa yang nak aku kongsi? Kosong. Masih sifar. Zero.

Aku hanya mahu mencoret. Tangan gampil mahu menaip. Idea? Entah. Coming soon. Maybe. Perhaps.

Otak aku tak berkembang. Tetap sendiri begini, tiada kongsian madah minda. Hubungan aku dengan dunia hanya ini: Internet, telefon. Itu pun dalam kejarangan. Minat aku kian pudar. Chats don't really glue me to the chair often anymore. Deringan telefon juga jarang. Sangat. Cuma panggilan direct sales di talian rumah yang aku abaikan saja. Juga Finance Department tentang overdue bills aku. Ada siapa-siapa mahu ziarah aku di teratak usang ini?

***** *** ***** *** ***** *** *****

By the way, Tila Tequila is hot! Tak pernah rasa begini, terakhirnya tika aku 14 tahun. Dengan Siti Nurhaliza, yang kini bakal jadi ibu. Sounds crazy, but...



Tila, can I get A Shot At Love with you? Think I'm falling for you already. Memang gila. Comel, seksi, party-type, biseksual - my type? Boleh saja mencuba - I think.

Thursday 7 August 2008

They know, but do not notice. Or do they notice, but not know? [PART III]

1. Aku anak Mak. Some see this troublesome. Susahkan bini nak bermanja nanti, kata mereka. Don’t worry. Ibu dan isteri adalah dua insan punyai kepentingan dan keperluan yang berbeza walaupun hampir serupa.

2. Kuat makan tu satu hal. Aku juga lahap semua jenis makanan. Tak memilih. Yang penting bersih dan halal. Tak susah nak jaga aku, kan?

3. Kadangkala aku paranoid orangnya. Fikirku orang mengata aku bila berbisik di depanku. Atau orang tak suka aku bila aku sendiri rasa terpinggir tak berteman. Gila…

4. Tak suka jeans. Kalau tak sebab cuaca sejuk di bumi orang, pilihan seluarku hanya khakis dan slacks sahaja. Oh! Juga shorts dan track bottoms. Bukan jeans.

5. Favourite gadget – mobile phones! Seronok aku di sini, dapat telefon bimbit baru at least 2 kali setahun! Up to date, aku dah punya tiga belas dalam tempoh lima tahun.

6. Aku agak particular with arrangements, especially kalau aku yang mengemas. Everything has to be in order. Simptom OCD? Aku tak sure.

7. When a problem occurs, I run away from it. Tapi itu cuma first step aku. Jangan terusik andai aku abaikan perhatian kalian. Aku selesaikan bila mana aku lebih bersedia.

8. I’m not afraid to wear a pink top. Tak hilang pun maskuliniti aku. Baby blue pun aku pakai saja.

9. Bercakap tentang warna, aku punyai senarai favourite colours – biru, putih, hitam dan kelabu.

10. Aku pernah ada fobia petir guruh dan kumbang-kumbang kecil. Aku takkan dapat tidur malam kalau hujan lebat. Aku ada bad experience involving bugs and my ear.

11. Aku sedikit body-conscious. Dah makan banyak, kemudian risaukan berat bertambah. Sentiasa perlu pastikan aku ada bersukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. At least 2 hours.

Write it up. Save it. Show it.





Sedikit coretan entah apa-apa sepanjang perjalanan jauh aku di bumi Benelux. Mahu saja aku tuliskan di sini sekali, tapi rasa bagai dairi. Tapi kalau ada yang mahu, akan aku tulis.


Fin.

Friday 1 August 2008

It's a journey.

3:56pm, 22nd July 2008
Thalys: Amsterdam Centraal to Paris Nord
Background tune: Rob G feat. Chamillionaire - Texas Boyz

Panas. Tapi bukan untuk enjoy Amsterdam. Terperap 4 jam lebih dalam high-speed train ini. Perjalanan pun tak serancak irama yang merangsang gegendang telingaku. Perancangan memang prone to changes. Hujan di tanah Belanda kurangkan masa meronda-ronda. Nenek masih tak habis mengomel hal tinggal di hostel, hal bilik tinggi di tingkat 3 bertangga curam. Mak pula? Serahkan Nenek untuk aku uruskan. Senang cerita. Aku pun tak kisah.

Perlukah aku tulis diari? Siapa mahu tahu hal aku jelajah tanah Eropah? Siapa nak baca kisah aku kini actor di kaca TV Belgium? Hmm...

Dulu pernah aku simpan dairi. Tak pernah cukup setahun. 1997/98 kemudian 2002. Nota otak: MOTIVATE yourself! Aku tak mahu procrastinate. Cuba jangan lagi.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Sorry. Aku lama menghilang. Bawa diri. Cari ketenangan. Semangat baru.

Baru pindah rumah. Sakit kepala gagal exam. Jalan jauh. Internet belum ada lagi.

Alasan-alasan aku. Tak apa.

I'm back.

Us. Or just me?

Aku suka. Aku mahu.
Karyanya. Coretanmu. Nukilan dia.
Aku ada. Aku punya. Sendiri.

Maka, untuk apa?
Beda. Banding. Better?
Ini aku. Itu juga aku?

Envy. Iri hati. Jealousy.

Jangan.
Lain mereka. Lain engkau. Dia juga.

Jangan.
Ekspresi aku, dunia aku.
Biar mereka, engkau, dia, faham aku.

Jangan.
Sama. Aku hilang kelak.
Tinggal mereka, engkau, dia.

Aku. Mereka. Engkau. Dia.
See. Hear. Read.

Kita, share. Cukup.