Thursday 19 March 2009

Time. Quick. Slow. Fast. Period.

"All my possessions for a moment of time." - Elizabeth I

Tergesa-tergesa dalam malam sejuk. Termengah-mengah sendirian. Terpinga-pinga mengurus kehidupan.

Permulaan semua ini tanpa keakuan. Buat aku terasa seakan-akan kurang self-centredness. Walaupun itu memang aku. Buat masalah, sekadar terperasan persembahan diri yang sedemikian. Namun pasti benar aku ada yang bisa bidas hal ini. Picisan aja penyataan sampah itu. Aku tak selfish? Di dunia mana? Di sini - mungkin?

Aku masih lagi dibelenggu pencuri masa. Mahu aku salahkan keadaan. Nak aku tuding kepada nasib. Bolehkah begitu? Tapi juga aku penuh pengharapan. Untuk semua itu berakhir. Waktu untuk penghijrahan kini - mungkin?

Honestly, I am now happy. Segembira yang aku mahukan. Yang aku impikan sebelumnya. Gembira. Indah. Manis. Tiada cela itu kecuali aku. Dan aku masih mahu hijrah. Bukan hal jauh dekat. Tapi hal cepat lambat.

Kala ini, aku berdiri tinggi untuk pandangan mataku melihat dunia dan kehidupan; yang mereka dan yang aku. Mengapa perlahan benar? Bukan perlahan masa. Tapi perlahan segala peristiwa yang tersirat dan bakal tersurat. Aku terkejar-kejar. Aku dikejar? Pencuri masa jahanam!

24. Aku suka. 3. Kini aku juga suka. Dan aku gembira. Nota buat kalian: aku gembira.

***** *** ***** *** ***** *** *****

I viewed the world... And life seems to be going so slow, as I continue to wait...

Monday 9 March 2009

"I'm not feeling too good, Doc..."

Bertangguh.
Petaka.
Celaka!

Termasuk entri ini.
Tandus setelah beberapa ketika.
Tak reti untuk tetap konsisten.

Boleh pula demam...
Bukan seksa, tapi penyuci.
By the way... I'm getting better now, thanks.

Deadline.
Dan bukannya itu masalah, sekadar beban kecil.
Detik demi detik itu berlalu dekat lagi.

Crashed!
Cukup menghancurkan aku.
Cubaan demi cubaan, yang ini mencuri memori pergi dari aku...

***** *** ***** *** ***** *** *****

Semua yang berlaku minggu lalu. Pada hari-hari akhir aku di ceruk pekan kecil yang sejuk itu. Menduga. Mencabar. Hanya mampu sabar.

Aku teruskan saja menaip huruf demi huruf ini di latar elektronik, walaupun bukan milik aku. Mungkin sedikit kepayahan tanpa komputer riba sendiri kini, tapi itu hanya mungkin.
"Nah, ini antibiotik."
"Makan sekarang, Tuan Doktor?"
"Tunggu beberapa hari lagi. Kalau dah sembuh, tak perlu ambil. Tapi kalau masih sakit, makan sebiji tiga kali sehari ya!"

Sudahlah...