Saturday, 16 August 2008

A ten-day cocktail mix. Now let's get it on!

Idea di kedai kopi...
Serangga di buku nota...

Hati mahu berontak. Tapi untuk apa?
Tak senang.
Freedom or seclusion?
Do not ask too much.
IDEAS in red - bored and MAD at self!

I need privacy.
I need freedom.
Live alone. Choice. Desperation?

Empat puluh. Dua ratus. Sembilan.
Pasangan bertentangan. Kaki bermainan. Ingatkan nakal aku bersama dia. Berani depan si Papa yang senantiasa diam tapi serius.
***** *** ***** *** ***** *** *****

bits and pieces. thoughts from abroad. jotted down away from home.

with attempts of making sense. honest.

Friday, 15 August 2008

The day fades. From morning, now to noon, later evening...

"I have learned now that while those who speak about one's miseries usually hurt, those who keep silence hurt more." - C. S. Lewis

This life alone kinda sucks. Kini lost track of time. Terlepas menulis semalam. Sekurang-kurangnya buat sedar akan dunia. Gila, sudah Jumaat! Lupa...

*damn!*

Rasa hilang pedoman. Sendirian tanpa haluan. At least buat masa ini.

Kemudian, keluhan tentang hidup. Rela mati, dah tak mahu merana. Seolah tiada makna. Hendak saja mati belum hilang dara, begitukah? Any thought fulfilling life's wants and needs first? Hati pecah. Badan sakit. Otak tepu.

*blank*

Luahan tanpa rahsia. Perkongsian. Mendengar tanpa judgement. Penyudahan. Ada?

Ingat.
Ingat.
Ingat.

Jangan pernah mahu jadi Tuhan yang tentukan hayat. Jangan pernah biar nafsu takluk akal.

Ini.
Tiada aku, tiada kau, tiada dia.

Itu.
Kehilangan. Sakit. Merana.
Lupakan saja...

*relief*

Wednesday, 13 August 2008

As I continue to stare at the blank screen with a blank mind in the blank space...

Subuh jam 3 pagi. Aku tidur sekarang, aku bakal kantoi solat Fajr aku. Yang dah hampir cukup seminggu aku lepas. Alarms don't seem to work well with me lately. Diigaukan bersama bunyian dalam mimpiku.

Excited seharian semalam. Kini dunia di hujung jemariku dari sofa-cum-katil di lounge. Seronok mampu berekspresi dalam lenang. Cuma perlu cari MOTIVASI lagi.

Di luar kini sunyi. Seketika, kesuraman dan kesunyian bertukar seram dan menggerunkan. Tapi cuma seketika. Deru enjin motorsikal mengejutkan aku tatkala Ghost Hunters menganalisa bising entiti misteri dalam rakaman.

In the blankness, aku masih mencari idea menulis. Apa yang nak aku kongsi? Kosong. Masih sifar. Zero.

Aku hanya mahu mencoret. Tangan gampil mahu menaip. Idea? Entah. Coming soon. Maybe. Perhaps.

Otak aku tak berkembang. Tetap sendiri begini, tiada kongsian madah minda. Hubungan aku dengan dunia hanya ini: Internet, telefon. Itu pun dalam kejarangan. Minat aku kian pudar. Chats don't really glue me to the chair often anymore. Deringan telefon juga jarang. Sangat. Cuma panggilan direct sales di talian rumah yang aku abaikan saja. Juga Finance Department tentang overdue bills aku. Ada siapa-siapa mahu ziarah aku di teratak usang ini?

***** *** ***** *** ***** *** *****

By the way, Tila Tequila is hot! Tak pernah rasa begini, terakhirnya tika aku 14 tahun. Dengan Siti Nurhaliza, yang kini bakal jadi ibu. Sounds crazy, but...



Tila, can I get A Shot At Love with you? Think I'm falling for you already. Memang gila. Comel, seksi, party-type, biseksual - my type? Boleh saja mencuba - I think.

Thursday, 7 August 2008

They know, but do not notice. Or do they notice, but not know? [PART III]

1. Aku anak Mak. Some see this troublesome. Susahkan bini nak bermanja nanti, kata mereka. Don’t worry. Ibu dan isteri adalah dua insan punyai kepentingan dan keperluan yang berbeza walaupun hampir serupa.

2. Kuat makan tu satu hal. Aku juga lahap semua jenis makanan. Tak memilih. Yang penting bersih dan halal. Tak susah nak jaga aku, kan?

3. Kadangkala aku paranoid orangnya. Fikirku orang mengata aku bila berbisik di depanku. Atau orang tak suka aku bila aku sendiri rasa terpinggir tak berteman. Gila…

4. Tak suka jeans. Kalau tak sebab cuaca sejuk di bumi orang, pilihan seluarku hanya khakis dan slacks sahaja. Oh! Juga shorts dan track bottoms. Bukan jeans.

5. Favourite gadget – mobile phones! Seronok aku di sini, dapat telefon bimbit baru at least 2 kali setahun! Up to date, aku dah punya tiga belas dalam tempoh lima tahun.

6. Aku agak particular with arrangements, especially kalau aku yang mengemas. Everything has to be in order. Simptom OCD? Aku tak sure.

7. When a problem occurs, I run away from it. Tapi itu cuma first step aku. Jangan terusik andai aku abaikan perhatian kalian. Aku selesaikan bila mana aku lebih bersedia.

8. I’m not afraid to wear a pink top. Tak hilang pun maskuliniti aku. Baby blue pun aku pakai saja.

9. Bercakap tentang warna, aku punyai senarai favourite colours – biru, putih, hitam dan kelabu.

10. Aku pernah ada fobia petir guruh dan kumbang-kumbang kecil. Aku takkan dapat tidur malam kalau hujan lebat. Aku ada bad experience involving bugs and my ear.

11. Aku sedikit body-conscious. Dah makan banyak, kemudian risaukan berat bertambah. Sentiasa perlu pastikan aku ada bersukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. At least 2 hours.

Write it up. Save it. Show it.





Sedikit coretan entah apa-apa sepanjang perjalanan jauh aku di bumi Benelux. Mahu saja aku tuliskan di sini sekali, tapi rasa bagai dairi. Tapi kalau ada yang mahu, akan aku tulis.


Fin.

Friday, 1 August 2008

It's a journey.

3:56pm, 22nd July 2008
Thalys: Amsterdam Centraal to Paris Nord
Background tune: Rob G feat. Chamillionaire - Texas Boyz

Panas. Tapi bukan untuk enjoy Amsterdam. Terperap 4 jam lebih dalam high-speed train ini. Perjalanan pun tak serancak irama yang merangsang gegendang telingaku. Perancangan memang prone to changes. Hujan di tanah Belanda kurangkan masa meronda-ronda. Nenek masih tak habis mengomel hal tinggal di hostel, hal bilik tinggi di tingkat 3 bertangga curam. Mak pula? Serahkan Nenek untuk aku uruskan. Senang cerita. Aku pun tak kisah.

Perlukah aku tulis diari? Siapa mahu tahu hal aku jelajah tanah Eropah? Siapa nak baca kisah aku kini actor di kaca TV Belgium? Hmm...

Dulu pernah aku simpan dairi. Tak pernah cukup setahun. 1997/98 kemudian 2002. Nota otak: MOTIVATE yourself! Aku tak mahu procrastinate. Cuba jangan lagi.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Sorry. Aku lama menghilang. Bawa diri. Cari ketenangan. Semangat baru.

Baru pindah rumah. Sakit kepala gagal exam. Jalan jauh. Internet belum ada lagi.

Alasan-alasan aku. Tak apa.

I'm back.

Us. Or just me?

Aku suka. Aku mahu.
Karyanya. Coretanmu. Nukilan dia.
Aku ada. Aku punya. Sendiri.

Maka, untuk apa?
Beda. Banding. Better?
Ini aku. Itu juga aku?

Envy. Iri hati. Jealousy.

Jangan.
Lain mereka. Lain engkau. Dia juga.

Jangan.
Ekspresi aku, dunia aku.
Biar mereka, engkau, dia, faham aku.

Jangan.
Sama. Aku hilang kelak.
Tinggal mereka, engkau, dia.

Aku. Mereka. Engkau. Dia.
See. Hear. Read.

Kita, share. Cukup.