"Tina?"
Mengejutkan dia dari lamunan. Silau memandang
silhouette gadis kecil molek berdiri di belakangnya. "Hai, Khairul. Termenung jauh nampak?"
Ditarik kerusi dari meja. Tina duduk melabuh punggung di sebelah Khairul. Tersenyum manis. "Keluar
weekend seorang diri saja?" Si jelita mula bicara. Ada kah yang nak meneman?
"Tak
call I memang tak adalah yang nak meneman
you tu, cik abang..." guraunya dengan gelak kecil. "Bukan tak mahu ajak, tapi takut mengganggu. Lagipun, selalu saja aku keluar sendirian. Dah biasa." Hobi, rutin atau sekadar lumrah hidupnya, ramai yang tak pasti. Tapi sememangnya Khairul begitu. Jarang benar dilihat bersama orang lain. Kecuali saat majlis keramaian dan aktiviti riadah hujung minggu. Sedangkan dalam kuliah pun dia lebih senang menyendiri di hujung baris belakang auditorium.
"Khairul,
you know you can always give me a ring."
"Tak apa. Lagipun sekarang dah jumpa, kan? Kau dari mana, nak ke mana?"
"
I baru habis
group discussion dengan Julia dan Sam tadi. Jadi sekarang
lunch time!"
Dalam merenung, Khairul menatap wajah Tina. Rupawan, riang, kasual. Tapi sentiasa serius waktu lain. Perwatakan yang menarik. Kemudian Tina memegang lengannya, "Khairul,
care to treat me for lunch?" Merenung lagi dia dalam mata insan genit berlensa koko itu. Suka hati saja mentang-mentang comel, ngomelnya dalam hati. Dalam begitu pun dia senang menjawab, "Nak makan apa?"
Hari mula redup sedikit. Hidangan tengah hari selesai sudah dijamu. Personaliti
lone ranger Khairul jelas berubah sepanjang bualan waktu makan tengah hari mereka - petah berceloteh, ceria, aktif interaksinya. Bukan Khairul yang pendiam dan menyepi diri. Terlirik senyuman di bibir Tina sepanjang bual bicara mereka. Senang hatinya melihat Khairul terhibur.
Mereka berjalan meninggalkan kafe di tengah bandar sesak itu. Khairul bertanya, "Mahu ke mana sekarang?" Rancangan asalnya cuma keluar dari rumah hilangkan bosan terperap di rumah. Kini ada teman, kalau-kalau ada yang lain mahu dilakukan seterusnya.
"Ikut
you, boleh?"
"Balik rumah?"
"Boleh?"
"Nak kah?"
Anak-anak muda. Bergurau nakal. Hanya diakhiri gelak cuma. "Jom," ajak Khairul. "Ke mana?" Tina tak pasti. "Ikut saja."
Deras arus trafik ibu kota membingitkan. Mengiringi susur perjalanan mereka ke pelabuhan di pinggir kesibukan bandar. Bayu dingin North Sea berhembus, melambai ikal rambut Tina menyapu muka Khairul di sebelah.
"
Ops, sorry!"
***** *** ***** *** ***** *** *****
masih lembab. idea dari otak beku. mana pergi ilham when you most need it? sakan aku bersekang mata selepas Fajr. ini saja hasilku. ada sesiapa mahu bantu? mahu jadi inspirasi aku? sila langkah ke depan barisan ini. don't forget to take your number. aku perlu Ali-Tea!