Sunday, 18 January 2009

It's time to leave.

Sejuk.
Basah.
Teh.
More caffeine.

Deadly combination for my bladder. Lima kali hajat seni dalam setengah jam yang baru berlalu. Malam yang sejuk dengan angin bak ribut. Malam yang basah dengan rintik hujan. Teh panas tatkala bual kosong dengan sang teman. More caffiene from my thirst for soft drinks. Tak cukup itu, langkah lemahku untuk pulang dalam sejuk dan basah ditemani Double Scoop Sundae. Mengidam. Agaknya.

Siangku riang dan girang. Dengan mentari yang menyinar cerah walau cuaca dingin. Dengan sembang mesra tetamu bertandang. Really made myself feel at home. Not just under any roof. My own shelter. Mungkin itu rezeki dan berkat yang mereka bawa untukku si tuan rumah peramah. Meriah dapur aku, meriah lounge-cum-ex-bedroom aku. Meriah juga seketika bilik aku tika mini-tour para ziarah.

Semerbak aroma serata ceruk rumahku. Melekat bau enak dari dapur. Walaupun sudah siap masak lama. Nasi lemak - lama sungguh tak merasa. Sambal tumis udang - tanpa belacan, lupa kirim bekal dari Mak. Ikan bilis - goreng garing. Sayur kangkung - special and exclusive for today. Timun - untuk mereka yang tak tahan pedas. Telur - direbus, dah cukup minyak dan lemak dari yang lainnya. Mengingatkan aku kata-kata Mr KeepFit yang beri nasihat "3 eggs, 1 yolk" untuk kesihatan. Kemudian dihidangkan bersama cucur udang dan kuih bakar. Dan Mr KeepFit pun bersuara lagi, "Banyak betul gula untuk kuih bakar!"




Buat aku sedikit tenang. Relaxed. Perlu ke ceruk pekan kecil yang sejuk esok. Masih belum berkemas. Tapi masih tenang. Still relaxed. Senang hatiku. Selalunya pening aku di saat-saat sebegini. Semua jadi serba tak kena. Apa yang tak kena pun taklah aku tahu sebenarnya. Masih mampu terbaring rehat sambil jemari giat di laptop putih aku ini. Masih mampu bergebang repek di teratak usang maya ini. Tanpa risau, tanpa resah. Senang hatiku.

Deru kencang angin dah beransur gemulai. Malam ini benar-benar tenang. Cool and calm. Saat buat aku dodoi diri untuk serah roh ke langit malam ini. Dalam ketenangan.

Aku suka. Tapi aku juga duka untuk pergi. Sedikit duka cuma untuk pergi, namun gembira untuk hijrah di tahun baru ini. Tiba masa untuk berlalu...

Friday, 16 January 2009

To begin with...

Need to do this.
Have to do this.
Must do this.

Pengisian pertama untuk tahun baru. Dahpun tamat dua minggu. 50 more to go. Tangguh. Menangguh. Tertangguh. Azam yang nampak gaya belum cukup berazam. Masih ada kurang. Masih ada ruang. Tapi perlu segera.

Mari kita kembali bernukilan. Jemari yang tak mahu diam sekian lama ingin cari alasan merayap di butang-butang keyboard. Tangan gampil menconteng kertas dengan teriak minda dan luah hati yang pelbagai. Namun pencuri masa melekakan aku. Tanpa profit, tanpa benefit.

Apa yang dah berubah buat masa ini? Dalam jangka dua minggu yang berlalu tanpa sedar ini? Rasanya masih lagi lembab. Semua kerana bertangguh. Idea pula kontang gara-gara lama benar terhenti bersiaran dari hati ke jari ke mata ini.

Sangkut. Gagap. Kosong.

Teratak usangku perlu dikemas lagi. Semua angkara pencuri masa yang masih degil tidak mahu meninggalkan aku. Pinggan mangkuk di sinki (tak mahu membasuh dengan air sejuk), baju-baju di bilik (di atas lantai, bukan di dalam bakul!), buku-buku di atas katil (sekadar 'hiasan' daripada sesi tutorial yang sudah-sudah). Mahu pula ditinggalkan teratur kemas kini. Lama pula aku tiada selepas ini. Dihantar ke ceruk sejuk, di pekan kecil. Jadi doktor dalam komuniti mereka itu. Yang mungkin bekukan lagi otak kaku aku. Yang mungkin meresahkan lagi aku dalam kesuraman dan kesejukan.

Aku jangka, dalam beberapa pengisian berikutnya aku perlu back-date untuk mencoret sedikit 'sejarah' di tahun lalu. Masih aku mahu sentuh. Masih aku mahu gamit.

Penat. Mahu rehat seketika. Juga aku sedari ingatanku tak semegah dulu. Ada sahaja yang ingat-ingat lupa. Perlu main Sudoku lagi. And need more brain training. Perlu main "Who Has The Biggest Brain?" kerap lagi.

Now, what was I trying to say again earlier? Hmm... Ah, nevermind! Dah terlupa lagi...

Thursday, 1 January 2009

Good time for a new start.

Menunggu. Sendirian. Kaca TV bersiaran CSI: Miami yang sudah berapa kali diulang tayang. Di lounge-cum-ex-bedroom aku yang sedikit kecah. Dalam sejuk yang hanya dipanaskan kaki-kaki semata. Menunggu. Dalam kalut akal. Serabut minda dengan perkara picisan yang mungkin tak pernah bebankan orang lain pun. Tapi mereka tiada bermasalah. Aku? Mencari masalah.

Menunggu. Waktu. Berlalu untuk yang baru. Pengakhiran. A new beginning, from the end. Good end? Bad end? Belum lagi aku muhasabah diri.

Menunggu. Senarai azam. Bakal diusahakan. Hanya perlu lebih MOTIVASI. Seems to be a vital word in my life right now. Really essential. Right now.
  1. Not needing 'three times lucky'. Cukup aku diberi peluang kedua.
  2. Tak mahu dicop Mr Nice Guy lagi. Dah tak perlu. Aku bukannya baik sangat pun.
  3. Mahu merantau lagi. Berteman? Itu option. Solo pun tak apa.
  4. Procrastination - struck off my list. Hopefully.
  5. Lebih sihat. Lebih segak? Mungkin.
Menunggu. Berakhir. Aku mahu keluar. Dari rumah ini. Dari tahun ini. Dari hidup lama ini.

***** *** ***** *** ***** *** *****

Salam Maal Hijrah 1430H
Happy New Year 2009A.D.

* apa yang dicari? *
Granite City

Tuesday, 30 December 2008

One good deed deserves another(?)

Siang yang asalnya bersinar cerah kian malap. Belum pun lagi jam lima petang, matahari sudah pun mengundur diri. Cuaca yang sejuk-sejuk suam makin sejuk. Berapa lama saja aku melihat sinar mentari dalam beberapa hari cutiku ini. Jagaku yang selalunya hampir tengah hari kala langit mendung. Pejam celik sedar-sedar sudahpun maghrib kemudiannya.

Aku sudah mahu menulis tentang hal ini suatu masa lalu. Tapi masih kabur-kabur isinya sebelum ini. Masih kabur-kabur juga isinya kini. Sekadar rangkai-rangkai frasa yang bermain di fikiran saja mampu aku kumpulkan di sini. Hal yang hak dan baik.

You will find pleasure in doing good deeds.

Buatlah baik kepada orang, walaupun tak ada orang berbaik kepada kita.

Buat baik berpada-pada...

"Tak mahu terlampau baik lagi."

Please be nice. Hopefully I'll be nice, too.

Don't misinterpret the good intentions. I just wanna be good. Period.

Aku tak mahu banyak onar, tak mahu jahat. Kalau boleh, mahu hentikan terus. Tapi nyata benar, “Forbidden things have a secret charm.”

Jangan asyik salahkan ibu mengandung. Jangan lupa si anak juga kalau asyik terkurang ajar.

Satu persatu aku senaraikan dalam ayat-ayat itu. Mungkin waktu itu aku bengang. Mungkin waktu itu aku tertekan. Mungkin waktu itu aku sekadar making a point. Lebih untuk diri sendiri. Peringatan.

Baikkah aku? Jahatkah aku? Tahun baru menjelang - perubahan apa untuk aku?

Monday, 29 December 2008

Things happen for a reason... or do they?

"History is fables agreed upon." - Voltaire

Sengal. Lenguh. Badanku. Demam kembali menjengukku yang sendirian di rumah kala hujung minggu ini. Sengal dan lenguh berkunjung sesudah aku teral diri mencuba NIKE Total90 Shoot II FG baruku. Mungkin kasut baru beri kelebihan. Mungkin aku dah makin bagus. Mungkin good day aku semata.

Terpaksa beradu awal semalam. Terlena awal pun sebenarnya. Demam mamah tenaga. Bersukan turut mamah tenaga. Makan malam tetap berselera, lalu bawa kantukku lekas di lounge-cum-ex-bedroom. Jagaku awal pagi ini. Enak menjamah sarapan sambil menonton wayang di skrin laptop sendiri.

Aku tiada idea untuk hari ini. Sekadar teringatkan minit-minit dan hari-hari yang telah berlalu selama disappearance aku dari teratak mayaku ini. Jadi, biarkan aku senaraikan segala peristiwa yang telah berlaku selama itu. Mungkin akan aku huraikan dalam pengisian berasingan kelak.
  • Bermula aku menyepi kerana aku sakit teruk. Sakit teruk yang mulanya dengan sakit mengada-ngada tika musim kian sejuk. D&V. Cukup takat itu. Tak mahu ada yang loya. Cukup sekadar tahu aku tak mampu bangun dari perbaringan dan tanpa makan seharian.
  • Paediatrics and Psychiatry rotations. Dua-dua yang tanpa aku sangka agak menarik. Don't like sick kids, not really confortable with psych patients. Tapi mampu pula aku layan mereka dengan senyuman kali ini.
  • Sambutan Aidil Adha di rumah. First own open house! Jayanya dengan sendiri. Tapi tak dilupa yang datang membantu juga.
  • Jejak umur 26 tahun Hijriah. Tapi aku masih terfikir, any change? For better or worse? Entah.
  • Kebakaran! Duvet aku kini dah ada cop sendiri. Two duvets, to be exact. Perlu shopping lagi nanti.
  • Kerja gila - spontaneous act of buying a return bus ticket to London. Walau begitupun, masih tetap berbaloi. Setiap saatnya...
Lapar. Sejuk. Perlu makan. Undur diri dahulu...

Saturday, 27 December 2008

I got mugged.

Baru pulang. Hampir seharian di luar. Pulang sebentar hanya untuk makan dan tinggal barang di rumah. Dan keluar lagi. Itu pun beli juga pakora ayam untuk bawa pulang kemudiannya. Kini, di hadapan monitor komputer ribaku untuk menaip. Bernukilan kembali. Akhirnya dimulakan kembali. Gembira aku. Kalian pula?

Boxing Day.

Hari untuk ramai manusia membeli-belah sambil berjimat. Kadang-kadang cukup banyak. Juga hari untuk ramai manusia berboros. Juga kadang-kadang cukup banyak.

Aku? A bit of both. Ada yang perlu. Ada yang semata-mata mahu. Ada yang sekadar keperluan am. Ada yang semacam perlu tapi tak semestinya begitu perlu juga.


Barangan keperluan am
Bateri 9V nak diganti dari CO alarm dalam rumah yang dah banyak kali menjerit minta ditukar baru. Kalendar 2009 Manchester United F.C. untuk mulakan tahun baru tak lama lagi.

Barangan yang perlu
Sarung duvet yang perlu diganti selepas kejadian duvet berlubang (butiran lanjut dalam entri berikutnya). Juga kemeja baru. Wardrobe kerjaku dah terlampau pudar. Mahu variasikan sedikit warna pakaianku. Yes Yuna, my favourite colour is blue. Lalu, aku memilih warna pink(?). Mahu juga cari seluar, but that would be almost impossible on Boxing Day for me. Perlu diacu-pakai. Potongan badan aku sedikit beda berbanding populasi umum lelaki.

Barangan yang mahu
Three NIKE apparels. Kesemuanya on sale, jadi bedal ajalah! Jika waktu di kolej dahulu, satu kasut baru untuk setiap semester. Empat semester aku di sana. Some guys do like shoes too. Lagipun dah lama benar aku tak membeli kasut yang non-sport-related.

Barangan perlu tapi tak begitu perlu (atau perlukah?)
Kipas. Di Granite City? In winter? £4. Beli dulu. Musim panas di sini agak panas juga. Kalau tidak, bawa pulang ke tanahair bagus juga.

Seronok aku berjaya kembali ke sini. I'm definitely a terrible procrastinator. Nak mula saat aku cecah 26 tahun Hijriah umur, ditangguh. Mahu mula awal bulan lalu, kembali ditangguh lagi. Seksa, seksa... Banyak benar yang dah berlaku sepanjang aku menghilang. Akan aku senaraikan sebelum Tahun Baru. 100 entries by then, perhaps? Cabaran untuk diri aku sendiri.

Dah kenyang. Mengantuk pula. Tapi perlu simpan dulu barang-barang yang dah dibeli tadi. Dapur pun masih belum berkemas selepas masak.
My wallet is now thin.
As thin as my debit card.
You have mugged me dry, Boxing Day...

Tuesday, 2 December 2008

It has been a while...

Ke hadapan kalian,
Telah lama aku menghilang. Telah banyak yang berlaku. Sakit. Malas. Seksa. Gembira juga ada. Hampir hilang sense of time.

Aku kini kembali. I will catch up with what you have all missed.
See you in a bit.