Friday 16 January 2009

To begin with...

Need to do this.
Have to do this.
Must do this.

Pengisian pertama untuk tahun baru. Dahpun tamat dua minggu. 50 more to go. Tangguh. Menangguh. Tertangguh. Azam yang nampak gaya belum cukup berazam. Masih ada kurang. Masih ada ruang. Tapi perlu segera.

Mari kita kembali bernukilan. Jemari yang tak mahu diam sekian lama ingin cari alasan merayap di butang-butang keyboard. Tangan gampil menconteng kertas dengan teriak minda dan luah hati yang pelbagai. Namun pencuri masa melekakan aku. Tanpa profit, tanpa benefit.

Apa yang dah berubah buat masa ini? Dalam jangka dua minggu yang berlalu tanpa sedar ini? Rasanya masih lagi lembab. Semua kerana bertangguh. Idea pula kontang gara-gara lama benar terhenti bersiaran dari hati ke jari ke mata ini.

Sangkut. Gagap. Kosong.

Teratak usangku perlu dikemas lagi. Semua angkara pencuri masa yang masih degil tidak mahu meninggalkan aku. Pinggan mangkuk di sinki (tak mahu membasuh dengan air sejuk), baju-baju di bilik (di atas lantai, bukan di dalam bakul!), buku-buku di atas katil (sekadar 'hiasan' daripada sesi tutorial yang sudah-sudah). Mahu pula ditinggalkan teratur kemas kini. Lama pula aku tiada selepas ini. Dihantar ke ceruk sejuk, di pekan kecil. Jadi doktor dalam komuniti mereka itu. Yang mungkin bekukan lagi otak kaku aku. Yang mungkin meresahkan lagi aku dalam kesuraman dan kesejukan.

Aku jangka, dalam beberapa pengisian berikutnya aku perlu back-date untuk mencoret sedikit 'sejarah' di tahun lalu. Masih aku mahu sentuh. Masih aku mahu gamit.

Penat. Mahu rehat seketika. Juga aku sedari ingatanku tak semegah dulu. Ada sahaja yang ingat-ingat lupa. Perlu main Sudoku lagi. And need more brain training. Perlu main "Who Has The Biggest Brain?" kerap lagi.

Now, what was I trying to say again earlier? Hmm... Ah, nevermind! Dah terlupa lagi...

No comments: