Monday, 28 May 2012

☺ I hide behind every single one I gave away ☺

"Better by far you should forget and smile than you should remember and be sad." - Christina Rossetti

Siangnya redup. Tak terlampau terik. Tak terlalu gelap. Indah. Nyaman. Pagiku ringkas dan singkat. Sendirian bekerja, kemudian sendirian berkudap. Pulang bersendirian.


Penuh rancangan. Being the procrastinating me, things still not get done. Dua hari di hujung minggu sia-sia saja. Malas? Letih? Ada-ada aja.


Di saat berjaga ini, minda merewang panjang.
Sampai bila mahu terus mencari?
Selama mana harus aku sembunyi?
Siapa lagi?


Senyum. Senyuman. Senyumlah.
Aku sentiasa riang. Bukan?
Dilihat aku sentiasa ceria. Ya?
Bersama aku sentiasa girang. Kan?


Kemanisan yang aku kongsi itu ikhlas. Walaupun mungkin di balik semua itu ada duka. Tapi biarkan untuk aku. Kalian meriangkan. Keceriaan kita indah. Ceria aku bersama.


Masih pessimistic? Negatif?
Mungkin tidak lagi.

***** *** ***** *** ***** *** ***** *** *****

"Tapi background masih hitam. How?"

Thursday, 24 May 2012

It was tough, huh?


Hati ini bergelojak.
Hati ini kecamuk.
Hati ini pinta diluahkan.
Hati ini pasrah...

Sekian lama aku tinggalkan kalamku. Reput dek masa. Rapuh dek alam. Ah, repek apa aja aku ini! Tapinya, benar. Entah halus entah kasar lirikku kini. Kaku. Karat. Kosong.

Kaku jemari mahu mencoret.
Karat akal mahu berfikir.
Kosong hati mahu merintih.

Tahun yang telah aku lalui ini banyak benar duka dan gembira. Luka dan ceria. The usuals. Tak asing buat aku yang penuh sandiwara dan drama.

Suatu ketika penuh pujuk rayu. Penuh ratap tangis. Sudahlah... Bukan?

Buku hitam itu mahu aku tutup. Kunci. Bakar.
Lembaran putih terhampar. Suci. Bersih.

Pena kembali bertemu temannya.
Jari-jemari mula mendakapi butang-butang hitam yang ada.

Datang dan pergi.
Hilang dan kembali.

Temani aku, ya?

Sunday, 18 September 2011

So?

Terkebil-kebil.
Gelap.
Sejuk.

Mata yang masih tak mampu lelap. Dalam kelam bilik kecil bersepah ini. Kipas siling berputar laju pada malam tanpa gemawan.

Jiwa yang tiba-tiba kacau. Kenapa? Entah. Tak senang baring duduk aku dibuatnya. Menyeksakan. Sengsara.

Bodoh melayan rasa begini. Pointless. Untuk apa? Entah.

Kau yang membenci. Sudah nyah jauh.
Kau yang dibenci. Dan aku terus dekat.
Kau yang membuat aku benci. Selesai.

Aku?
Dikatakan tidak kisah.
Dilihat neutral.
Diperdengarkan lagak sialan.

Selfish.

Pada hari-hari lain aku terus hidup dengan kepelbagaian.
Emosi.
Riak wajah.
Perwatakan dan perawakan.

Bengong. Hampeh. Siot.

Karut. Siapa mahu percaya? Ada ingin mendengar? Sudi nak melayan? Kepala mata masih tegar. Hebat penangan nasi kandar awal pagi dengan hidangan lemang dan kopi 'o' kaw.

***** *** ***** *** ***** *** ***** *** *****

"You probably say that it was juvenile, but I think that I deserve to smile..."
- Jazmine Sullivan, "Bust Your Windows"

Wednesday, 14 September 2011

Change. Switch. Transform.

"All human situations have their inconveniences. We feel those of the present but neither see nor feel those of the future; and hence we often make troublesome changes without amendment, and frequently for the worse." - Benjamin Franklin

Dan masa terus berlalu. Meninggalkan segalanya dari pandangan. Baik yang indah, yang cela.
Yang mulia, yang hina. Tak kira yang gumbira, yang sayu. Berubah semuanya. Tiada yang kekal selamanya.

Aku? Turut berlalu. Juga ditinggal dan terpaksa meninggalkan segalanya. Pergi sudah. Indah, cela, mulia, hina, gumbira, sayu... Mengubah hidupku. Jelas tiada yang kekal buatku.

Life waits for no one. Not you, not me, not them. Everything is fluid, never static.

Aku? Baru mahu sedar yang aku perlu melangkah. Bukan berpaling. Dah banyak yang berlaku tapi masih mahu menunggu - apa lagi?

Saat ini pendek untukku.

Aku? Tetap aku. Rasanya... Sudahkah berbeza? Rasa-rasanya..?

Pengajaran di Hari Lebaran.

Monday, 21 March 2011

Physical emotions.

Oxymoron?

Enough said.

Setuju? Tidak?
Komen?

Jangan disamakan. Jangan dibandingkan.

Wednesday, 16 March 2011

Lets go back.


Boleh tak aku berbicara tanpa kata-kata?
Boleh tak aku luahkan semua tanpa suara?
Boleh tak aku coretkan hanya di mata?

Pictures say it all, bukan?

Smile, we're on camera!

Mari.
Kita pulang.
Aku tak mahu tangisan itu mengalir lagi.
Cukuplah menidakkan yang pasti itu.
Aku tahu.

Jom.
Pimpin tangan ini, ya?
Aku tahu. Aku takkan pergi jauh.
Aku mahu diikut sekali.
Bersama.

Ayuh.

Saturday, 5 March 2011

Look. And see.


***** *** ***** *** ***** *** *****

Nampak tak? Tak?
Tidak.

Sememangnya tiada apa pun. Mengapa diendahkan jika begitu, bukan?

Aku pun tak terkelihatan kini. Kerna itu aku mencari dan terus mencari.

Jika pergi, biar menjauh. Jangan gentar dengan pilihanmu itu, kerana hidup itu pilihan. Yang benar atau yang salah? Itu atas firasat dan pintar akal.

Jika berdiri, biar tegak. Jangan biar berayun ditiup bayu, kerana hidup penuh absolutes. Mahu yang lebih pasti? Bertanya dan berluahanlah.

Jika pasti, maka nampaklah.

Teruskanlah perjalanan itu. Pergi, berdiri, dan pastilah.
Bukan untuk aku, bukan untuk dia, bukan untuk mereka.

Kita pastikan sendiri. Ya?

***** *** ***** *** ***** *** *****

Yang benar(kah?),
* apa yang dicari? *

Tuesday, 1 March 2011

Forgive me, for I have sinned...

Diarimu.
Teratak usang mayaku.

Hati aku syahdu. Aku pasti kau tahu.
Hati aku kesal. Aku tahu kau mengerti.
Hati aku luka. Aku sedar kau merasainya.

Dahulu...
Aku tidak ketahui syahdu hatimu.
Aku tak mengerti kesal hatimu.
Aku tiada terasa luka hatimu.

Maafkan daku. Tiada lagi yang tinggal buatku tanpamu.
Harap dikau mengerti, harap dikau fahami, harap dikau memaafi.

Jawablah buatku...
Aku tahu dikau juga mahu.

Sunday, 27 February 2011

To Him I pray, a saviour I hope for...

助けて!

***** *** ***** *** ***** *** *****

It is what I need now.

Saturday, 26 February 2011

"So, when will it be?"

Panas petang membahang. Terik dengan silau menyapa mataku yang tak berapa luas ini. Bakal hujan kelak begini. Tapi kini, aku berpeluh kepanasan. Tengik. Hapak.

Mata melilau dalam keramaian. Mencari. Itu dan ini. Di situ dan di sini. Yang begitu dan yang begini. Tapi yang satu itu tetap tiada. Terus dicari. Keramaian yang makin ramai dan terus ramai. Hingar. Kecoh.

Duduk. Minum. Bersendirian di sudut hujung. Termangu. Kipas di dinding menyapa sipi. Hangat. Panas. Tak henti-henti perjalanan hidup mereka, dan mata ini terus menyusur setiap deruan yang melintas dan terlintas.

"Tiga atau empat orang cukup. Max."

Termenung dan merenung jauh. Through space and time. Ke hadapan. Di belakang hanya sampah, najis dan caci semata-mata. Mata hati bergenang tatkala melirik memerhatikan yang terkebelakang itu. Aku mahu yang akan ada itu.

"By the beach. Please?"

Janji. Kalah? Potong. Semua bakal memerhatikan itu. Mata mereka akan mencari. Ada lagi atau tiada sudah? Cabaran yang bukan sukar, kerana aku tahu apa mahuku. Kalian? Dia? Kamu? Usah dipersoalkan. Jangan diragui. Aku tahu mahuku.

"Paris dan Venice. Indah, kan?"

Mata ini aku pejamkan. Apa jadi kalau aku luput? Apa jadi kalau aku hilang? Apa jadi kalau aku uzur? Linangan itu meniris jatuh. Jangan biar lewat. Tak mahu terlambat. Kerana aku tahu apa mahuku.

"Mesti kerja. Not gonna stay at home."

I wanna be in this mode again. And again. And again. For life. Just need one. Only that one.
Heart.
Soul.
Chance.
Bukan yang lain. Bukalah mata...

Boleh? Aku tahu mahuku.

Bila?
Entah.

Wednesday, 16 February 2011

What is there?

"I never think of the future it comes soon enough." - Albert Einstein

Longlai langkah-langkah itu. Setapak demi setapak meninggalkan hingar teman, saudara dan pekerja sekalian. Menjauhi kotak sakit, perit, darah dan muntah itu. Tanpa berpaling. Langkah bertapak. Makin jauh.

Tersadai di tilam empuk, dalam bilik bujang berdebu. Berapa tebal lagi mahu disemai lapisan habuk di kamar itu. Bersinglet. Berkipas angin. Siling putih bersawang.

Untuk apa aku di sini?
Mengapa ke sini?
Ada apa aku pergi? Ada apa aku tunggu?

Repek apa lagi? Maka langkah makin bermaya itu mendekati. Daripada kotak sakit, perit dan muntah itu. Mendekati. Di depan itu dia.

Who? Why?
What is there?

Tuesday, 15 February 2011

Break-even. / Break, even. / Break. Even?

Perlukah lagi tentang soal hati? Apa lagi mahu ditanyakan? Persoalkan? Jelas sudah bagi mereka. Bagi aku?

Tiada apa yang diendah, tiada apa yang indah.
Hanya sakit, hanya perit.
Yang terindah itu tercela oleh yang perit.
Jadi tak diendah kerna yang sakit.

Another trip down Memory Lane? Ya ampun, tolong benar aku inginkan titian Memory Lane indah itu! Ada, aku yakin benar ada...

Rambut pendek ini makin gugur. Kegatalan. Berkudis luka? Tubuh lebar ini makin ringan. Musykil aku, bukan kerana bangga dipuji berjaya. Sure I lost weight. Just that I still am now without even trying anymore. Sakit?

Bahagia itu ada.
Yakin.
Pasti.
Benar.
Ada.

Maka... Perlukah lagi? Sudah tentu perlu.

Sepasang mata terus merenung jauh dlm gelap malam. Berkilau rintik hujan membias kalimantang koridor itu. Sepasang telinga disapa titis gerimis atas daunan dan sepoi angin yang membelai.

Can I not want it to be part of Memory Lane for now? Please?

*sigh*

Monday, 14 February 2011

I guess it won't be found afterall...

Kepulangan yang dinantikan. Walaupun sendirian, namun telah tetap pasti. Membawa hati kecamuk. Remuk. Kritikal?

Nightmares with every slumber. Makin aku kalut. Penuh kemelut. Mainan tidur. Igauan syaitan. Petunjuk?

Anekdot terus mencoret. Kalam maya ini berpena. Luahan dan luapan. Rintihan dan rentetan. Konklusi dan kesimpulan?

***** *** ***** *** ***** *** *****

Confession - it hurts. Truthfully, it does. Yet it heals. Time.
Perlu meredahinya kembali. Kini.
Kepuasan siapa? Yang mencari masih tak tahu.

Siapa yang memutuskannya? Kau? Aku?

I'm sorry. Truly am.

Sunday, 13 February 2011

What you give, you get back. But no thanks, anyway...

*mengeluh*

Aku menghampakan.
Diri sendiri.
Dia.
Kalian.
Diri sendiri.

Membiarkan segala macam susah dan salah terjadi.
Aku salah.
Dia betul.
Kalian? Semata-mata terlibat sama.
Aku salah.

*lost*

Hingga saat-saat yang berlalu ini, masih hilang punca dan masih terus mencari.
Aku mahu betulkan.
Dia? Masih tak tahu.
Dan kalian turut merasainya buat kami.
Aku mahu betulkan.

Sampai bila?
Aku tak pasti.
But I guess there will always be a time for everyone to move on.

My time?
Aku tak pasti.

*terdiam membatu*

Saturday, 12 February 2011

Home is where it belongs.

"Every day is a journey, and the journey itself is home." - Matsuo Basho

Bringing my heart back where it belongs.

If it is meant to bleed, bring it back to heal.
If it is meant to shine, bring it back to dazzle.

Bring it back home...

*** ***** *** ***** *** ***** ***

ただいま。

Thursday, 24 December 2009

I go past all this...

Perasaan kacau.
Buat aku. Buat dia. Buat mereka.

Apa lagi? Entah. Masih nak diganggu begitu kah? Kenapa?

Maafkan aku para kalian kerana bermula kembali begini. Namun, kurang lebihnya aku berekspresi semula. Tapi kacau begini, bukan?

Apa lagi? Hilang sekian lama dan muncul dalam kacau. Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang. Boleh pula begitu?

Aku berjaya akhiri kembara Ilmu Tabib.
Aku tinggal pergi dari Granite City.
Aku kenal ramah bersama teman-teman lama.
Aku hijrah ke Pekan With Love.

Hujan. Basah. Sejuk.
Granite City di Tanah Melayu.
Buat aku rindu di kejauhan.
Kalian rindukan aku jua?

Perlu tidak aku susuri titian Memory Lane? Atau sekadar menatap dia yang muram di kaunter itu?

Benar, aku salah. Atau salahkah aku benar?

Ah, maaf saja! Mudah. Mudah?

Thursday, 19 March 2009

Time. Quick. Slow. Fast. Period.

"All my possessions for a moment of time." - Elizabeth I

Tergesa-tergesa dalam malam sejuk. Termengah-mengah sendirian. Terpinga-pinga mengurus kehidupan.

Permulaan semua ini tanpa keakuan. Buat aku terasa seakan-akan kurang self-centredness. Walaupun itu memang aku. Buat masalah, sekadar terperasan persembahan diri yang sedemikian. Namun pasti benar aku ada yang bisa bidas hal ini. Picisan aja penyataan sampah itu. Aku tak selfish? Di dunia mana? Di sini - mungkin?

Aku masih lagi dibelenggu pencuri masa. Mahu aku salahkan keadaan. Nak aku tuding kepada nasib. Bolehkah begitu? Tapi juga aku penuh pengharapan. Untuk semua itu berakhir. Waktu untuk penghijrahan kini - mungkin?

Honestly, I am now happy. Segembira yang aku mahukan. Yang aku impikan sebelumnya. Gembira. Indah. Manis. Tiada cela itu kecuali aku. Dan aku masih mahu hijrah. Bukan hal jauh dekat. Tapi hal cepat lambat.

Kala ini, aku berdiri tinggi untuk pandangan mataku melihat dunia dan kehidupan; yang mereka dan yang aku. Mengapa perlahan benar? Bukan perlahan masa. Tapi perlahan segala peristiwa yang tersirat dan bakal tersurat. Aku terkejar-kejar. Aku dikejar? Pencuri masa jahanam!

24. Aku suka. 3. Kini aku juga suka. Dan aku gembira. Nota buat kalian: aku gembira.

***** *** ***** *** ***** *** *****

I viewed the world... And life seems to be going so slow, as I continue to wait...

Monday, 9 March 2009

"I'm not feeling too good, Doc..."

Bertangguh.
Petaka.
Celaka!

Termasuk entri ini.
Tandus setelah beberapa ketika.
Tak reti untuk tetap konsisten.

Boleh pula demam...
Bukan seksa, tapi penyuci.
By the way... I'm getting better now, thanks.

Deadline.
Dan bukannya itu masalah, sekadar beban kecil.
Detik demi detik itu berlalu dekat lagi.

Crashed!
Cukup menghancurkan aku.
Cubaan demi cubaan, yang ini mencuri memori pergi dari aku...

***** *** ***** *** ***** *** *****

Semua yang berlaku minggu lalu. Pada hari-hari akhir aku di ceruk pekan kecil yang sejuk itu. Menduga. Mencabar. Hanya mampu sabar.

Aku teruskan saja menaip huruf demi huruf ini di latar elektronik, walaupun bukan milik aku. Mungkin sedikit kepayahan tanpa komputer riba sendiri kini, tapi itu hanya mungkin.
"Nah, ini antibiotik."
"Makan sekarang, Tuan Doktor?"
"Tunggu beberapa hari lagi. Kalau dah sembuh, tak perlu ambil. Tapi kalau masih sakit, makan sebiji tiga kali sehari ya!"

Sudahlah...

Friday, 27 February 2009

Catatan Anekdot Bayu - Part III

Hampir senja baru Khairul pulang. Menemani Tina berjalan balik sebelum dia sendiri melangkah pergi. Siang hari pada hujung minggu terisi berteman. Tak disangka. Namun, dia tetap sedikit senang hati. Walaupun dalam hati mengomel sendirian lagi tentang Tina yang bertingkah comel mahu dibelanja makan. Apa-apa ajalah!
“Assalamualaikum…” ucap Khairul di hadapan pintu sambil melangkah masuk.
“Waalaikumussalam. Aku di dapur ni.”
Teman serumahnya, Syafiq sedang sibuk memasak untuk makan malam. Aroma hidangan Melayu semerbak hingga ke pintu flat mereka.
“Sedap bau kau masak, Syafiq!”
“Pergi mana tadi?” tanya Syafiq dengan semacam nada.
“Keluar ke bandar, jalan-jalan.”
“Seorang?”
“Asalnya. Kemudian jumpa Tina. Lunch dengan dia.”
“Oh ok,” sudah Syafiq ringkas.
Musykil Khairul akan temannya itu. Marah? Merajuk? Atau lapar sangat menunggu waktu makan? “Kau tu kenapa, Syafiq? Sakit perut ke?” terus Khairul bertanya. “Tak ada apa-apa. Kalau nak makan dulu, makanlah. Tapi basuh semua periuk pinggan dalam sinki tu nanti, ya!” nada selamba yang ada makna.
Ya Rabbi! Maaf, Syafiq. Aku lupa!”
“Apa yang kau lupa?” ujar Syafiq.
“Lupa giliran aku yang masak! Maaf, ya?” tersengih Khairul.
“Iya lah. Aku nak tengok TV dulu.”
Walau begitupun, Khairul masih lagi hairan. Seolah-olah Syafiq benar-benar terganggu. Tapi Syafiq selalu begitu. Dan akan kembali normal selepas beberapa hari. Tak berani dia nak terlalu masuk campur. Biarkan aja dia buat kini, kata hati Khairul buat dirinya sendiri. Dia mencapai pinggan dalam kabinet. Nasi berlauk ayam masak merah dan sayur campur. Memang pandai si Syafiq itu memasak. Khairul – hanya cukup syarat. Bukanlah tak tahu memasak langsung.

Sudah makan, Khairul menuju ke biliknya. Dibiarkan semua pinggan mangkuk itu tinggalkan tak berbasuh di dalam sinki.
“Khairul, takkan sinki nak biar penuh macam tu aja?” laung Syafiq dari ruang tamu mereka.
“Panggil aku bila kau dah sudah makan,” jawabnya ringkas.
Bersandar malas di kepala katil. Menghela nafas panjang. Mata merenung ke luar jendela dalam kelam malam. Renungan yang lebih jauh daripada pandangan matanya. Waktu yang selalu bagi Khairul kembali bersendirian dan bernostalgia.

Pandangannya beralih kembali ke ruangan biliknya itu. Almari baju, meja belajar, sistem stereo mini… Banyak benda tapi masih rasa kosong. Lampu di tepi katil bercahaya, menyuluh ke atas bingkai gambar kecil di situ. Ditatap seketika foto di dalamnya. Seketika. Khairul mengeluarkan dompet dan telefon bimbitnya dari poket seluarnya dalam rehatnya itu.

Trit, trit…” telefon berdering dalam tangannya. Khairul melihat skrin telefon memapar caller ID.
“Hello, Khairul. Mengganggu?” suara yang dia kenal.
“Hai, Tina. Tak apa, aku baru siap makan aja tadi.”
Mereka berbual sebentar. Tina lupa mengucapkan terima kasih kepada Khairul yang menemaninya siang tadi, dan terima kasih untuk makan tengah hari. Perbualan telefon yang cukup ringkas, setelah mendengar laungan Syafiq dari dapur minta dibasuh pinggan mangkuk di sinki mereka itu.

***** *** ***** *** ***** *** *****

maaf, kalian. lama benar tertangguh. tapi semangat baru muncul. yang terjaga dari lena panjang. mungkin sedikit mamai, tapi sudah sedar, walaupun belum segar. mahu lagi dan lagi kini!

Monday, 23 February 2009

It is only that.

Menghela panjang...

Dari waktu bersama mereka. Kini sendirian menatap skrin berlatar putih yang satu demi satu abjad muncul dengan setiap taipan aku. Ke mana arahnya aku sebenarnya sendiri tak pasti. Tapi terasa perlu. Setelah menghela panjang lagi.

Aku tertarik akan komen-komen yang aku terima kebelakangan ini. Yang pandang aku mandom, depressed, bermasalah. Yang rasa aku lebih sedih daripada gembira. Yang melihat aku gelap dan suram.

Sedar benar aku akan keadaan itu. Arif sangat aku akan diri ini. Betul. Tapi aku juga terasa ada beda. Ada beza.

Merasakan ada yang kisah dan ada yang endah. Aku suka dan aku gumbira.
Merasakan ada lebih daripada keseorangan semata-mata. Aku berdamai dengan dunia.
Merasakan ada kesempurnaan. Aku kembara bersama mereka.

Tidaklah aku benar-benar pasti. Namun aku tahu ada lain untuk aku kini. Melangkah satu demi satu dalam hidup yang makin uzur, tapi dengan hati yang makin hidup.

Bersandar malas...

Ah, apa saja yang aku repek ini! Penat sudah. Kini mahu berlangkah malas. Pulang. Dalam keriangan berhias senyuman di wajah ala Ah Chong yang tak pandai cakap Bahasa Cina, Mandarin ataupun Kantonis.

Langit mendung... Maka?