Saturday, 10 May 2008

Catatan Anekdot Bayu - Part I

Buka mata. Matahari dah tegak atas kepala di luar. Tapi dia masih terbaring di katil. Sendirian.

Malas.

Gosok gigi. Basuh muka. Tak rasa mahu mandi. Tukar baju. Bilik bersepah. Biarkan. Cuaca indah, namun tak menggembirakannya. No mood.

Malas.

Tak apa. Dia bersiap. Mungkin lebih mudah ke luar dari terus duduk terperap di bilik. Mana tahu ilham datang. Tengahari yang panas, tapi berangin. Ada juga yang gila berjemur. Lama sangat tiada matahari secerah dan seindah begini agaknya. Sebab itu mereka berkulit pucat belaka. Kalau yang gelap sedikit pun, fake. Cat badan sendiri. Berjemur atas sunbed. Asalkan mereka bahagia. Tapi bahagia kah kalau dah terkena barah kulit?

Tak ada apa yang menarik di bandar. Orang ramai menikmati mentari. Dia? Mundar-mandir saja. Tiada tarikan buatnya. Kepala berfikir tapi entah apa yang difikirkan. Tak jelas. Hanya samar kabur.

Bosan.

Melihat orang lain keluar beramai-ramai. Menikmati makan tengahari bersama keluarga. Pelanggan dan peniaga sibuk berurusniaga. Dia sendirian.

Bosan.

Memikirkan dia yang memilih kehidupan begitu. Dia tak kisah. Tapi dia masih memikirkannya. Dia tak suka, tapi dia pilih juga. Sendirian, tak perlukan orang lain. Tak perlukah?

"Khairul," namanya dipanggil.


aku nak kembali menulis kembali. aku nak cari ilham. ada? tiada? apa nak ditulis? rasa tak bermodal. tunggu sajalah...

No comments: