Friday 18 April 2008

I'd love to be in the sky...

Yesterday I saved a life. Hari ini pula aku selamatkan kewujudan aku sendiri. Untuk esok dan lusa, apa yang beza dengan hidup aku pula?

Hari ini, Hann tanyakan aku soalan yang tak pernah terlintas di benakku selama ini.

"Kalau semut hibernate, what will happen if makanan tak cukup?"

Pertamanya, mungkinkah ia berlaku? Kedua, bagaimana harus ia berlaku? Ketiga, mengapa? Aku letakkan semua yang berlaku itu atas kekuasaan Yang Esa, Maha Penentu segala sesuatu. Nak logik akal... They've been doing it for ages. Same thing over and over again. They've been programmed so (?). Yang membawa kepada persoalan seterusnya - bagaimana? If their programmes haywired, what happens next? Aku yang kembali bertanya, aku yang kelu.

Tiada lagi semut-semut kecil yang mengingatkan kita jangan terlampau sepah dengan makanan. Makhluk tauladan setiakawan dan kerajinan pun tak ada. No more night crawlers buzzing around the lights when it rains. Then they shed their wings once they landed on ground.

Kau mahu terbang dengan sayap yang kau ada. Aku mahu jadi bayu untuk mereka yang ada impian serupamu. Hidup aku bayu. Yang menghembus nyaman untuk semua. A life saver, I wish...

No comments: