Friday, 20 June 2008

Low latent inhibition - I see noise, I feel smell, I hear light...

"I wept not, so to stone within I grew." - Dante Alighieri


Subuh. Langit kembali cerah. Seagulls pagi-pagi buta lagi dah memekak. Mata aku yang bersekang dari malam masih lagi terbeliak. Since it's been almost two weeks aku tak mencoret, bagus juga aku luangkan masa di sini - where I am who I wanna be: ME.

Imagine suatu pagi, bangkit dari penyerahan roh sepanjang lail...

Mentari yang menyinar dari jendela bilik bukan sinar, tapi jelas membias spektrum warna pelbagai di tepi katil.
Riuh seagulls bukan hanya suara, tapi tones and tunes yang beri seribu satu info.
Fizikal bukan hanya baring di katil, tapi tactile stimuli of every square inch yang merangsang dermis oleh tubuh bogel dengan selimut dan cadar.

Tak lagi menilai sesuatu with what it personally represents, but wholeness to its very essence.

Faham? Tidak?

Terciptakah kita untuk take things for granted?

Try this. Di villa tepi pantai. Angin sepoi bahasa menghembus ke balkoni. Duduk. Berhadapkan laptop di ribaan. Anak-anak kecil riang di pantai. Hot aromatic coffee served. On the table.

Tengok anak-anak riang. Tiada getar kipas laptop di riba.
Nikmati kopi. Anak-anak hilang auditorily.
Melayan kerja di laptop. Mana pergi deru angin?

Kenapa memilih? Why not all together? So, benar kita take things for granted, bukan?

Pilihan itu nature. Itu sebab Darwin lihat hidup ini ada natural selection. It seems. "Choice = nature = life". Cuma yang Dia berikan "kelebihan" untuk tidak mampu memilih, dunia itu berkemungkinan infiniti.

Di villa tepi pantai. Angin sepoi bahasa menghembus ke balkoni. Duduk. Berhadapkan laptop di ribaan. Anak-anak kecil riang di pantai. Hot aromatic coffee served. On the table.

Getar kipas laptop di ribaan dengan bahangnya, ditemani sepoi bayu dari pantai. Bersama aroma kopi tatkala mengarang cerpen fiction berlatarkan riuh suara anak-anak girang. Overwhelmed? Overload? Or simply ultra-sensory excitation?

Aku merapu. Bukan? Siapa kenal Scofield? Nasib baik IQ tinggi. Kalau tak, alamatnya dia dah gila. Bukan macam Mahone. Tapi juga geliga. Break it. Prison break. Prison of mind, soul and life.

*** *** *** *** *** *** *** *** ***

By the way, my days are numbered. In hours. Aku menunggu.

*berdebar*

Aku penuh kehinaan. Kejam tiada mengingati-Mu.
Kembali menyembah-Mu untuk aku jaya. Ampunkan aku.
Tapi hamba-Mu yang hina lagi kejam ini kembali mencari-Mu.
Sedar kerdilnya aku dan mereka semua. Hanya Engkau.
Maha Penentu segala.
Aku mohon jaya. Dari-Mu, wahai Ilahi...

Sunday, 8 June 2008

Girls. Ladies. Females. Women.

"Be to her virtues very kind, Be to her faults a little blind."
- Matthew Prior



a tribute for those who have shaped me to be who I am, what I am now.

thank you for my housemaid who has taken care of me since I was merely 4 years old. I have always asked for an older sis, didn't really realise that I already have one!

*blessed!*

terima kasih classmates kerana jadi temanku tika di tadika. the boys cuma mahu bermain dengan adikku. mana aci, he wasn't even supposed to be in the 6 year-old kindergarten!


*cemburu*

arigato guru-guru. without you, sampai sekarang mana mungkin aku boleh hafal jadual sifir. appreciate your comfort after my first exam result came out. walaupun tak dapat no.1, kau yakinkan aku Mak akan benarkan juga aku balik kampung dengan tempat ke-6 dalam kelas.

*tersipu-sipu*

shukriya buat para pencuri hatiku selama hidup aku ini. aku tahu ramai yang aku kecewakan. tapi kalian jaga hatiku, temani aku, hiburkan aku. sweet memories together. tapi pandangan luar anggap aku buaya, playboy. maaf, not me.

*wink*

merci for my friends. tak tahu mengapa aku ramai rakan wanita daripada yang lelaki. but your presences have helped me carry on. saat aku kesepian, tak kira jauh dekat.

*terharu*

mahalo buat yang terbijaksana. dia yang selalu untuk aku tak kira bila dan di mana. I know time has changed us, but I wish you well. dari dulu hingga kini, friendship yang satu ini aku treasure.

*bliss*

khawp khun khrap for her that brought me up, presented me to life. mana mungkin aku lupakanmu, Mak. segala terima kasih dan penghargaan buatmu, jadikan aku siapa aku kini.

*rindu!*


buat kaum Adam sekalian, aku juga hargai anda semua. tapi kali ini, they get my special attention. come to think of it, they ALWAYS get my special attention. touché!

It ends. It starts. Again.

Last one - done.

Tempoh aku di Fort William dah luput. Really gonna miss Belford Hospital. Sudah tu weather so brilliant sepanjang aku di sini. Bandaraya minyak Eropah pula bagaimana? Typical Scottish weather: spring hujan, summer pun hujan, autumn pun hujan, winter yang sepatutnya bersalji pun hujan! Aku bakal mandom.

Anyway, bak ungkap Ahli Jiwa, "every beginning has its ending; but in life, every ending is just another beginning". Kini tamat juga Tahun Akhir aku.

*lega*

Tapi akan bermula hidup baru. Exam in 10 days time. Wish me luck. Habis saat itu, aku bakal punya gelaran baru - Doktor.

Ups and downs hidup terungkai dalam student life aku.Yang mulanya mahu aku coret jadi novel tapi sangkut. Semak. Sakit. Suka? Duka.

*blank*

Mulai kala ini, aku mahu senaraikan azam baru hidup aku. Hann babe, you gave me inspirations! Hehe...

Bersemangat!

1) Save £10,000 (in Pounds Sterling tu, Hann!) in the next 12 months.
2) Belajar urus finance. Tak boleh boros lagi. Or my kids will starve to death. Minta jauh.
3) Manage life by prioritising.
4) Mula balas jasa parents aku. Kalau tak sekarang, bila lagi? Miss Mak...
5) Start planning on my wedding! Calon pun tak tentu lagi dah nak rancang hari besar aku. Haha!

Itu semua perancangan. Yang tentukan jadi atau tidak hanya Dia. Aku menurut penuh redha.

Namun aku pohon... Aku cukup pohon Kau bantu aku yang penuh lemah lelah dalam kehidupan, Kau bawaku pulang ke jalan yang pernah Kau tunjukkan padaku dahulu. Aku rindu dekat pada-Mu.

Maka mula di sini. Kembali.