Tuesday 15 February 2011

Break-even. / Break, even. / Break. Even?

Perlukah lagi tentang soal hati? Apa lagi mahu ditanyakan? Persoalkan? Jelas sudah bagi mereka. Bagi aku?

Tiada apa yang diendah, tiada apa yang indah.
Hanya sakit, hanya perit.
Yang terindah itu tercela oleh yang perit.
Jadi tak diendah kerna yang sakit.

Another trip down Memory Lane? Ya ampun, tolong benar aku inginkan titian Memory Lane indah itu! Ada, aku yakin benar ada...

Rambut pendek ini makin gugur. Kegatalan. Berkudis luka? Tubuh lebar ini makin ringan. Musykil aku, bukan kerana bangga dipuji berjaya. Sure I lost weight. Just that I still am now without even trying anymore. Sakit?

Bahagia itu ada.
Yakin.
Pasti.
Benar.
Ada.

Maka... Perlukah lagi? Sudah tentu perlu.

Sepasang mata terus merenung jauh dlm gelap malam. Berkilau rintik hujan membias kalimantang koridor itu. Sepasang telinga disapa titis gerimis atas daunan dan sepoi angin yang membelai.

Can I not want it to be part of Memory Lane for now? Please?

*sigh*

2 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Bangga ketika dipuji itu adalah fitrah. Asalkan kita tidak menunjukkan riak. Syukurlah seadanya rezeki yer Doc..

* apa yang dicari? * said...

tiada mahu berbangga, tiada mahu dipuji.
hanya mahu disedari dan diendah.

jodoh dan rezeki itu kepastian hak-Nya. aku hanya mencari itu...