Tuesday 20 January 2009

A slow one is better than none.

Jaga pagi dalam kegelapan dan kesejukan dan kesepian. Dari ruang jendela, kebun kecil diselaputi putih dalam samar-samar subuh. Juga sedar beberapa kali dari tidur. Tak terlalu terganggu. Mungkin kerana lena di katil baru. Mungkin sebab aman di bilik baru. Malam pertama yang tak terlalu terganggu.

Agak terasa perubahan. Walaupun cuma hari pertama. Berjalan pergi dalam kegelapan dan kesejukan dan kesepian menuju destinasi.

Yang sakit dan yang merawat.
Yang mengadu dan yang mendengar.
Yang susah dan yang memudahkan.

Agak terasa berbeza. Walaupun cuma hari pertama. Bersua dan bersuai kenal dengan wajah-wajah baru.

Yang tersenyum.
Yang lembut bicara.
Yang keletah.

Agak terasa kelainan. Walaupun cuma hari pertama. Melangkah pulang juga dalam kegelapan dan kesejukan dan kesepian.

Mana orang?
Tiada life ke?
Apa saja yang ada?

Hari beransur begitu saja. Duduk di dapur luas serba penuh, menjamah makan malam. Hidang sendiri dari peti sejuk ke mirowave oven ke meja. Sambil bersembang dengan landlady peramah yang geli dengan escargots, oysters and half-boiled eggs as food.

Sendirian di bilik mewah. Menatap monitor yang sepatah demi sepatah terisi. Dan beberapa patah lagi berisi. "Rocket" berlegar dalam ruang akustik dengan volume sederhana.

Masih mampu bernukilan. Walau hanya dengan sambungan Internet yang perlahan. Tak apa. A slow one is surely better than none at all.

Lega.

***** *** ***** *** ***** *** *****

p.s. - Mana aku?

1 comment:

Wahidah said...

mana aku ??

right there..:P

slow n steady win the race..huhuhu