Saturday 23 August 2008

Are you still awake? No?

"Dreams pass into the reality of action. From the actions stem the dream again; and this interdependence produces the highest form of living." - Anaïs Nin

Kelam malam. Cahaya lampu jalan menelusi jendela di ruang tamu. Terang monitor komputer riba menyuluh mata. Lampu meja menyinar dari sudut. Termenung. Merenung.
Andaikan ku bisa,
Lebih adil pada cinta kau dan dia,
Aku bukan Nabi yang bisa sempurna,
Ku tak luput dari dosa...
Ya. Rossa menemani kegelapan dan kedinginan malam aku. Dan Rossa kembalikan aku dalam saat duka lama. Memori silam yang kelam itu. Sekelam malam ini. Segelap hati tak luput dosa.

Oui. Jemari ini terus mengarang minda kosong yang kini bersulam kekelaman dan kegelapan. Walau bukan itu yang mahu terukir di sini. Tak apa, biar aku tinggalkan memori itu. Kenangan.

Yes. Kala malam ruangan kelam aku jadi terang. Tika lail ini aku celik untuk bercoretan. Mungkin sekadar nota hidup, mungkin hanya rima-rima kata, mungkin susunan baris-baris nukilan cuma.
Bahang dunia bukan tidak terasa. Bahu juga bagai tidak tertanggung dosa semalam. Dan di kesempatan yang ada, dia bermunajat bersama Khaliqnya. Semoga apa yang berlaku semalam, ketidak sengajaan yang tidak akan berulang. Dan hari ini dia sedar, keterlanjuran cerita semalam perlu ditamatkan bersama cerita hari ini dengan penuh kesyukuran.
Iya. Sedar Hisyam kini, sekian lama alpa dia akan amanah hidup. Trilogi Saga itu aku belek, aku baca, aku tatap. Persahabatan, tragedi, kekeluargaan, romantik percintaan. Tanpa prejudis, pengisahan hidup ini Abdul Talib Hassan nukilkan. Buat aku amati, buat aku hayati. Bermula saat aku menyukai bahasa, mencintai sastera.

Aye. Aku cemburu melihat mereka yang mampu mengekspresi diri. Mereka yang mampu suarakan isi hati tanpa bicara. Bagai Vincent van Gogh yang mewarnakan kehidupannya di kanvas putih. Bak Tongkat Waran yang memahat warta dalam rangkai-rangkai kata puitis.

Si. Aku mahu itu. Bukan jadi mereka. Hanya seperti mereka. Cuma bagai mereka. Demi kerana aku juga sendiri. Jiwa sendiri. Akal sendiri. Hidup juga sendiri.

Ja. Di sini tempatku. Rasanya dah aku temui jiwaku. Yang terhembus dek bayu ke sini. Segala anekdot yang tercoret, yang dicoret, dan terus aku coret...

2 comments:

Anonymous said...

"ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati
yang mengalir lembut..."

I

aku punya memori silam
cuma ia lebih hitam
dari pekat malam kelam

tapi... di sini aku redha
berdiri teguh kerana cinta
menunggu masa itu tiba

aku punya dia
kerana aku cinta
tapi apakah aku bisa
bukakan hatinya?

sehening pagi di dalam terang
secelik mata yang sudah telanjang
aku baca catatat si pengarang

bibir berkata, "lihat, aku ada di sini"
tangan menyapa, "ayuh, berpaut pada diri ini"
hati berbisik "aku cinta sepenuh hati"

II

dengar sini bait-baitku
jangan kau bisa cemburu
kerana kau bukan aku
kerana mereka bukan kamu

ya, kita berbeza
namun kau juga bisa
suarakan hati tanpa bicara
warnakan kanvas tanpa krayon nya

sekian, harap maklum :)

:: !zyan :: said...

pergh...perfect lah wahai encik/cik "perfect..."